Top Menu
27 November 2008
(AWAS )Berhati hati dengan Blog Syiah Melayu Yang semakin Rancak!!
Sejak beberapa bulan lalu percambahan blog-blog syiah Melayu semakin berkembang biak bakal menjadi virus kepada umat Islam tanah air. Pemilik-pemilik blog berkenaan sedang bertaqiyyah kononnya menyukai perpaduan Syiah dan Sunnah dengan sokongan kumpulan pro tarikat dan keturunan ahli bait Melayu tetapi bertujuan hanya satu iaitu menyebarkan fahaman Syiah Ghulat Imam Dua Belas yang telah jelas berbeza aqidah mereka dengan islam.
Blog-blog berkenaan memaparkan terjemahan hadis-hadis Syiah yang tidak bersanad bagi mengelirukan umat islam yang tidak menguasai ilmu dan metodologi hadith samada hadis Sunnah dan tidak biasa berdepan dengan nas-nas syiah imamiyah yang batil lagi palsu. Pada satu sisi yang lain, boleh jadi mereka cukup tahu kebanyakan kitab-kitab besar syiah tersebar merata dalam internet dan kitab-kitab rijal Syiah boleh diperolehi dengan mudah bagi menjelaskan siapa perawi-perawi Yahudi yang mengelilingi Imam-Imam mereka dan yang bertanggungjawab mereka hadis-hadis palsu Syiah. Namun bagi mereka yang masih baru dalam mengenali agama Syiah mereka pasti terpedaya dengan kata-kata hadis palsu dan tafsiran-tafsiran ayat al-Quran versi Syiah yang berpunca dari kitab-kitab tafsir batil mereka.
Oleh itu, anda di nasihatkan berhati hati apabila mengunjung ke laman web SYIAH melayu seperti di bawah
AWAS AWAS AWAS AWAS AWAS AWAS
AWAS AWAS AWAS AWAS AWAS AWAS
http://ummuabiha.blogspot.com/
http://abalzahra.blogspot.com/
http://almawaddah.uni.cc//
http://www.islamkreatif.blogspot.com/
http://ustazmoden.wordpress.com/ /
http://www.alhujjatmalaysia.blogspot.com/
AWAS AWAS AWAS AWAS AWAS AWAS
AWAS AWAS AWAS AWAS AWAS AWAS
8 November 2008
Musim Peperiksaan
Kena lebih dekat dengan Allah.... Ini yang Presiden Majlis Pelajar Nasihatkan....
kita tidak boleh menjadikan peperiksaan penghalang untuk kita dekat pada Allah....
Selepas berdoa Barulah bertawakkal....... Kepada kawan-kawan seperjuangan...... jangan ambil jalan mudah dengan MENIRU..... Kamu tidak mendapat faedah daripada meniru.... Kami menipu diri sendiri......Jadi kawan-kawan buanglah sifat buruk ini.... Jangan jadikan diri kita sebagai mainan nafsu.....
6 November 2008
Lawatan Daripada Bumi Anbiya'
Jangan berlebih-lebihan!!!
Allah berfirman mafhumnya:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.[31]”
(surah al-A’raaf Ayat 31)
Daripada ayat ini… Intipati yang ana nak tekankan di sini ialah kita hendaklah memakai pakaian yang elok, bersih dan menutup aurat ketika hendak bersolat/sembahyang di masjid. Ini adalah “point” utama ayat ini. Kita tengok masyarakat kita zaman sekarang banyak yang tidak mengambil berat tentang pakaian mereka ketika hendak solat di masjid. Ada yang memakai t-shirt yang mempunyai gambar-gambar yang negetif yang dibawa oleh orang-orang Barat misalnya tengkorak, naga dan macam-macam lagi.
Inilah kita umat Islam mudah terikut-ikut dengan agenda/ budaya orang kafir. Jadi ni yang kita perlu elakkan. Pakailah pakaian yang indah. Sekurang-kurangnya bersih, tidak mempunyai gamabar atau tulisan, dan menutup aurat.
Yang kedua, kita dibenarkan makan selagi makanan yang kita makan itu Halal, tetapi Allah melarang kita melampau batas. Melamapui batas disini bermaksud makan dengan gelojoh, membazir, dan macm-macam lagi. Jadi berhati-hatilah ketika makan kerana jika kita melampui batas sebagaimana yang Allah sebut tadi, maka termasuklah kita di dalam orang-orang yang dibenci oleh Allah.
Renungan Untuk Antum Semua
Kenapa Aku Diuji ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216
Kenapa Ujian Seberat Ini ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
Rasa Frust ?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
- Surah At-Taubah ayat 111
Kepada Siapa Aku Berharap ?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
Aku Tak Tahan !
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 87

