Top Menu

10 November 2012

Untuk kesekian kalinya.

Alhamdulillah.!

Masih diberi peluang untuk menaip tinta bisu ini. Kali ini dan saat ini, saat jari ini menari-nari menyusun kalam, aku sendiri masih belum pasti untuk apa entri ini diterbitkan. Aku sendiri kurang pasti bicara apa yang akan ku lantunkan untuk perkongsian. Tapi yang pasti jiwa ini melonjak-lonjak untuk meninggalkan sebarang catatan di laman ini.



3 November 2012

Kembali memetik.


Salam Rahmat untuk anda,
Alhamdulillah, hari ini, 3 November 2012. Memang agak lama meninggalkan ruang blogger ini. Memang itulah yang akan terpacul di setiap awal kalam ini bila setiap kali aku ber entri. Entahlah. Terasa berat benar untuk memetik picu-picu keyboard ini. Mungkin kerana populariti Blogger jatuh menjunam ditelan arus fenomena FB dan Twitter yang semakin rancak menjadi tempat pengganti bagi Blogger. Dan aku turut sama menyertai keghairahan tersebut. hehe.