Tidak dinafikan dunia kita pada hari ini yang serba canggih
memberi akses dan kemampuan kepada manusia untuk memberikan segala maklumat dan
sebarang informasi tentang sesuatu permasalahan. Tiap hari ada saja isu dan
benda benda yang gamat dibincangkan di media sosial. Sehari dua ini kecoh di
kalangan masyarakat kita tentang isu Habaib dan kaitan mereka dengan satu
kumpulan tarekat yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan suatu
masa dahulu.