Jam locengnya bordering nyaring tepat jam 4.30 pagi. Putra
Daniel yang tersedar bingkas bangun menuju ke bilik air yang berdekatan.
Selepas bersiap membersihkan diri, Putra Daniel menghampar sejadah dan
berteleku menghadap tuhannya. Itulah sahaja yang mampu dilakukannya.
Hanya kepada yang Maha Kuasa lah tempat dia meluahkan semua kekalutan
dan kecelaruan yang dihadapi selama ini. Seusai menunaikan solat
Tahajjud dan Witir, Putra Daniel mencapai Al-Quran di rak yang
berdekatan. Inilah amalan yang dilakukannya saban hari. Dengan jalan ini
sahajalah dia dapat menguraikan segala kekusutan yang menghantui
hidupnya.Tenang dirasa tatkala setiap kalam Tuhan dibaca. Ayat demi ayat
ditadabbur dengan begitu teliti hingga hatinya sedikit terusik dek
kalam nan indah tersebut.
Apabila waktu
Subuh tiba, Putra Daniel lantas menunaikan kewajipannya sebagai hamba.
Usai solat Subuh, dia berkemas untuk ke sekolah biarpun dia tawar hati
bagi sesi pelajaran seperti hari-hari sebelumnya. Bukan sehari dua rasa
kurang minatnya untuk belajar hadir, namun segalanya berubah selepas
kematian ibunya.
Selepas bersiap-siap
dengan uniform sekolah, Putra Daniel bingkas menghidupkan enjin motor
kesayangannya. Sebelum bertolak, dia merenung seketika keadaan rumahnya.
Sedikit sebak dan kesal kerana kemewahan yang mencurah sedikitpun tidak
memberi kebahagiaan malahan sengsara bagi dirinya. Perjalanan ke
sekolah mengambil masa selama 15 minit. Tatkala dirinya masuk kawasan
sekolah, Putra Daniel terus mengatur langkah ke kelas bagi sesi
pembelajaran biarpun dirinya tidak begitu berminat untuk belajar. Rasa
bosan dan tertekan menggigit naluri jiwanya. Semua ini langsung tak
bermakna buatnya. Bukanlah dirinya melupakan amanat tunggal Puan
Umairah, namun baginya sekolah bukan tempat yang sesuai untuk memahami
keadaan dirinya sekarang. Dia begitu cemburu kepada rakan-rakannya yang
begitu gembira menjalani kehidupan mereka. Baginya, mereka tidak pernah
merasa apa yang dia lalui sekarang. Pun begitu, hatinya sedikit terpana
akan seseorang yang pernah bertanya akan perihalnya. Seseorang yang
pernah membuat hatinya berbelah bahagi. Namun, semua itu menjadi sejarah
apabila keprihatinan itu langsung tidak diendahkannya dahulu. Mungkin
ketika itu, emosinya tak terkawal dek kematian ibunya lantas
mengendahkan keprihatinan tersebut.
Detik
demi detik berlalu bagai air yang mengalir laju. Kesemua pembelajaran
yang dilalui langsung tidak singgah ke otaknya. Masalah yang dihadapi
makin mencelarukan fikirannya. Selesai sesi pembelajaran tamat, Putra
Daniel bergegas mendapatkan motornya untuk pulang. Tatkala dia baru
menghidupkan enjin, Putra Daniel terpaku sejenak. Seseorang ynag
menggetarkan sanubarinya muncul. Ya. Seseorang yang pernah mengambil
berat terhadapnya dahulu. Sesorang yang begitu rapat dengannya. Nur
Atiyyah Lyana. Bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, bahkan
prestasi dalam pelajarannya yang amat memberansangkan telah menjadikan
dirinya lebih dikenali di kalangan warga sekolah.
“PINN!!!” Putra Daniel tersentak.
“ Wei!! Nak mengelamun, cari tempat lain la...orang nak balik nie!!! Alamak mamat nie, nak ber feeling pon, pergi masuk Pilih Kasih arr!!” Salah seorang pelajar menghamburkan kemarahannya.
Putra Daniel membiarkan pelajar tersebut lantas bergegas meninggalkan
kawasan sekolah. Dalam perjalanan pulang, fikirannya kembali berserabut.
Ditambah dengan kejadian yang menimpanya sebentar tadi. Rasa malu dan
egonya bercampur aduk dalam benak hatinya. Deruan enjinnya semakin kuat
tatkala dia memecut laju...
***************
Merajuk. Itu sahaja yang dia rasa patut dia lakukan. Bukan niatnya
untuk meninggalkan Putra Daniel keseorangan di kala dia memerlukan
pendorong. Namun dia seakan tidak percaya semua itu. Putra Daniel yang
dia kenali selama ini begitu tabah dan sentiasa happy go lucky berevolusi dengan begitu mendadak.
“ Tiyyah, kau nie apsal?? Sejak dua tiga hari nie kau nampak gelisah
semacam jer..citerla sikit..kita kan dah lama kawan.” Syazwina Athirah
menyapanya.
Atiyyah Lyana seakan tidak mengendahkan sapaan Syazwina itu. Dia tampaknya masih dibuai perasaan.
“Tiyyah!!!” Syazwina meninggikan suaranya sambil mencubit lengannya.
“ Aduih..ishh..Wiena, apsal nie..main cubit-cubit pulak..” Atiyyah Lyana tersentak dari lamunannya.
“ Huh! Orang tegur dia, dia buat kita macam tunggul jer..Malas la layan kau nih!!” Syazwina Athirah mencebik.
“Alalala...tuan peteri dah merajuk..”
“Benci taw..aku nie dah macam tunggul kau buat..”
“Sorila..aku tengah fikirkan.....” Atiyyah Lyana serba salah untuk meneruskan kata-katanya.
“Ooooo..nie takde orang lain dah nie..mesti mamat yang kena hon tadi...hahaha”
“Urm... aku risaula tengok dia..tapi sakit hati pon ader...dia bukan
Putra Daniel yang aku kenal dulu. Aku nie dia anggap macam tak
wujud..Dia ingt dia sorang je ke yang ader perasaan.. pernah sekali aku
tanya keadaan dia, langsung dia buat derk jer..huh ” Atiyyah Lyana meluahkan segala perasaannya yang terbuku.
" Laaaa...pasal nie pon kau nak fikir jauh-jauh??aku taula yang korang
memang rapat dulu..tapi, takkan sampai dia tak endahkan kau pun ko nak
terasa ??Dia tu pakwe kau ke sampai dia kena bagi perhatian...."
" Huh!!!Kau nie Wiena!!! Sama jer dengan orang lain." Atiyyah Lyana
lantas beredar meninggalkan Syazwina terpinga-pinga.
********************
Fikirannya kosong ketika ini. Jiwanya bergelora hebat. Dia tidak ada
arah tujuan. Meskipun dia pulang ke rumah, dirinya masih tak mampu
menaggung segala keperitan dalam dirinya. Dia tidak kuat menghadapi
semua itu. Dia menunggang motornya pada kelajuan sederhana. Entah
bagaimana rupanya jika segala perasaan di dalam hatinya itu
diizharkan.Masalah demi masalah mengasaknya. Di rumah, di sekolah, malah
di mana-mana sahaja.
Ayah??? Sekolah???
Kawan-kawan?? Seolah-olah mereka itu tiada erti bagi hidupnya. Ingin
sahaja dia menangis bila mengenangkan semua itu. Tapi sekarang, air
matanya sudah kontang, tidak kuasa untuk menangis lagi. Namun, buah
fikirannya masih relevan untuk tidak melakukan tindakan-tindakan di luar
jangkauannya.
Jalan raya pada hari itu tidak
sesak seperti biasa. Tiba di selekoh masuk ke perumahannya, Putra Daniel
membelok masuk. Tanpa disedari, tayar di bahagian hadapan motornya
terjerumus ke dalam lubang di atas jalan yang berturap itu. Lubang yang
agak dalam itu menyebabkan Putra Daniel hilang kawalan, lantas rebah
bersama kenderaan kesayangannya.
“Argh!!!!!”...............
Merawat Masalah Kekeluargaan dan rumahtangga
4 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan
Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D