Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

18 April 2015

Isu Habaib : Bagaimana Harus Ku Katakan?

| |
0 Komen

Tidak dinafikan dunia kita pada hari ini yang serba canggih memberi akses dan kemampuan kepada manusia untuk memberikan segala maklumat dan sebarang informasi tentang sesuatu permasalahan. Tiap hari ada saja isu dan benda benda yang gamat dibincangkan di media sosial. Sehari dua ini kecoh di kalangan masyarakat kita tentang isu Habaib dan kaitan mereka dengan satu kumpulan tarekat yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan suatu masa dahulu.

Read More

23 Jun 2013

Cetusan Minda : Isu VaVi a.k.a Khinzir.

| |
0 Komen
Banyaknya nama beliau! : O

Artikel Oleh : Rabbani Ridhwan.
Suntingan Oleh : Admin LamanDakwah
Read More

18 Ogos 2009

H1N1. Satu Konspirasi Dari Pihak Kapitalis?

| |
0 Komen
Ada Kemungkinan! Bacalah untuk pengetahuan ! Itu sahaja yang boleh diungkapkan..



Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub". Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir. Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan: - Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat, - Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial, - Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia. Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability. International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."
Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat. Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar. Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis. Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong! Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.
Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini. Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger. Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku. Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca. Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet. Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian. Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan
Read More

25 April 2009

Metro2!!!!

| |
0 Komen
Dari Harian Metro......17.4.2009




PERTANDINGAN khutbah Jumaat terbuka kepada remaja di Lenggong, Perak, baru-baru ini membuka ruang kepada golongan itu sebagai persediaan menjadi pelapis khatib di kalangan remaja. Program anjuran Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Gua Badak, Lenggong dengan kerjasama Pejabat Agama Lenggong dan Kawasan Rukun Tetangga Gua Badak itu disertai tujuh remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun bertempat di masjid berkenaan. Penyandang johan khatib, Ahmad Syakir Norazli, 15, dari Lenggong berkata, dia terpanggil untuk menyertai pertandingan membaca khutbah Jumaat itu bagi mengasah bakat dan kebolehannya.“Paling banyak memberi galakan serta membimbing saya khususnya dalam bidang agama termasuk khatib ialah ayah saya, Hj. Norazli Hj. Musa, seorang pendakwah bebas dan ibu, Hjh.Mastura Ahmad, bertugas sebagai guru.“Selain minat mendalam menjadi khatib suatu masa nanti, latihan berkhutbah di sekolah turut membantu saya menambah pengalaman serta kemantapan dalam menyampaikan khutbah,” katanya yang sudah menghafaz 12 juzuk al-Quran di sekolahnya, Mahaad Tahfiz Quran Wal Qiraat, Pulai Condong, Kelantan.Peserta naib johan, Saifullah Mohd Zaine, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz, Lenggong berkata, khatib adalah jawatan penting dalam masyarakat yang bertugas menyampaikan pelbagai isu untuk kepentingan umat Islam.“Saya yakin, jika generasi remaja seperti kami dibimbing dan diberi kepercayaan, kami boleh menjadi pelapis pemimpin terbaik kelak,” katanya.Bagi Mohd Arifuddin Zamri, 14, yang bercita-cita menjadi khatib berkata, kekalahan tidak bermakna tidak layak untuk menjadi khatib kerana masih banyak waktu untuk memperbaiki kelemahan bagi mencapai cita-cita.“Saya minta supaya generasi remaja seperti kami terus diberi kepercayaan dan peluang berterusan kerana usia muda perlu lebih banyak bimbingan,” kata pelajar SM Agama Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak.

Read More

1 Januari 2009

Mengancam!!!!!

| |
0 Komen


Assalamualaikum wbt.
30 haribulan 12, baru-baru ini ana ke kedutaan Amarika di Kuala Lumpur dengan bas....Bas tersebut ialah rombongan Pemuda Pas trong ke sana.....Ana pergi bersama Ayah ana dan 9 orang lagi dari Pemuda Kawasan lain.......
Rombongan seramai 43 orang itu diketuai oleh Ustaz Khairul....Memang sungguh bersemagat untuk berdemonstrasi.....Sampai sanggup duduk di atas lantai Bas...hehehe..Kami bertolak dalam pukul 4 pagi dari tol Ipoh Selatan......setelah beberapa jam kami “mengembara” kami berhenti di R&R Tapah untuk bersolat Subuh dan saapan Pagi....Solat Subuh tersebut diketuai oleh Ustaz Norazli....


Setelah usai bersarapan kami, meneruskan perjalanan yang tergendala tadi.......Peserta-peserta rombongan meneruskan agenda tidur mereka sepanjang perjalanan... Kami tiba di Kuala Lumpur lebih kurang dalam pukul 9 pagi...
Kami berkumpul di Kompleks Tabung Haji....



Rombongan kami adalah rombongan yang paling awal sampai.Jenuh kami menunggu di situ. Lebih kurang pukul 11.15 baru program dimulakan.Antara pemimpin PAS yang hadir ialah, Dr. Hatta Ramli (Pengendali PAS pusat), Dr Syed Azman Syed Ahmad (AJK PAS pusat), Dr. Lo’ Lo’ (AJK PAS Pusat), YB Salahudin Ayub(Ketua Pemuda PAS Pusat), Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS Pusat).
Manakala NGO-NGO yang hadir ialah HALUAN, JIM, TERAS dan ABIM...




Agenda dimulakan dengan sedikit taklimat yang dipengurusikan oleh En. Kamarulzaman... dan sedikit Ucapan daripada Dr. Syed Azman.....Kemudian kami berarak dai Kompleks tersebut hingga di hadapan kedutaan US....Pihak Polis berkawal di hadapan kedutaan US tersebut...Kemudian, Wakil-wakil pimpinan dan NGO masuk ke dalam untuk menyerakan memorandom tersebut...Kami di luar bersorak kata-kata yang membakar semangat....
Unit Amal Ditugas untuk mengawal keselamatan.....Demonstrasi ini berakhir dalam pukul 1.30 lebih.... Kemudian rombongan kami bertolak pulang..... Ana sampai di rumah dalam pukul 5 petang....
Read More

23 Disember 2008

Alhamdulillah

| |
0 Komen


Alhamdulillah...Setelah bertungkus-lumus dapat juga ana meng"upgade"kan blog ini.....
Memang sedikit sussah namun akhirnya siap juga.....ana harap dakwah ana akan terus berterusan.........Ya Allah! Permudahkanlah segala urusanku di atas dunia ini selagi ia tidak bertentangan dari syariatMu.......
Read More