25 Disember 2010

Diri Ini

| |




Nama : Ahmad Syakir Bin Norazli
Asal/Tempat Tinggal : Ipoh, Perak
Tarikh Lahir : 02.11.1994
Latar Pendidikan : PASTI Bukit Chandan (1998-2000)
SK Raja Muda Musa (2001)
SK Gelok (2001)
SK Talang (2001-2003)
SK Sungai Wangi (2003-2005)
SK Tasek Dermawan (2005)
SK Tasek Ipoh (2005-2006)
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat,Pulai Chondong, Kelantan (2007-2011)
Maahad AlTarbiah AlIslamiah, Batu 8, Changkat Jering, Perak (2012)
Universiti Al Iman, Sana'a, Yemen (Oktober 2013 -  Januari 2014)
[Course : Maahad Lughah]
Universiti Islam Madinah, KSA ( Februari 2014 hingga kini) 
[Course : Syariah/Islamic Law] 
Cita-cita : Menjadi orang yang bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain.

Ini adalah halaman cerita tentang diri aku. Aku dilahirkan dalam keluarga yang memperjuangkan agama, mengangkat dan memurnikan agama sebagai asas dan motif kehidupan. Ruh dan semangat yang mengalir dalam darah abi dan umi itu mengalir juga dalam diriku. Hasil dari didikan dan dorangan mereka berdua yang mengasuh aku sejak kecil dengan curahan dan semangat untuk menjaga nilai Islam dalam diri, aku jadi jatuh cinta. Jatuh cinta pada agama. Menagih setiap cabang ilmu yang lahir dari agama ini. Dan aku menjumpai pada agama ini mempunyai nilai yang sangat tinggi, Sangat indah. Bermula daripada itu, timbul satu keazaman dalam diri untuk berusaha dan bersungguh sungguh dalam mendalami setiap cabang ilmu. Menagih setiap ayat berkenaan ilmu agama ini. Supaya nanti suatu hari aku bisa berkongsi dengan semua orang, tak kira keluarga sendiri, anak isteri, rakan sebaya sahabat handai, seterusnya seluruh umat islam untuk buat mereka jatuh cinta. Jatuh cinta pada agama sendiri. dan aku tidak akan berhenti..

sehingga tuhan memanggilku pergi, redha dan kasih akan diri ini, dengan usaha dan cita cita aku yang kerdil ini. InsyaAllah~

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D