25 Disember 2010

Awak....

| |
Oleh : Afiqah Ismail

Awak..

Setiap hari pasti ada bicara Allah pada kita
Ada yang jelas, ada yang tidak.
Ada yang halus, ada yang tidak.
Ada yang lembut, ada yang tidak.


Awak..
Istimewanya bicara Allah ini,
Dengarnya bukan pada telinga, tapi dengan hati.


Awak..
Pernah tak awak terjatuh tersepak batu?
Sakitkan? Boleh lebam seminggu.
Mungkin ini satu bicara Allah padamu.
Lihatlah, dan pandanglah dengan hati…
istighfar, mungkin ada dosa yang dibuat tanpa disedari
istighfar, mungkin ada amanah yang tidak dilunasi
istighfar, mungkin kurang mengingati-Nya hari ini


Awak..
Pernah tak kehilangan apa-apa, atau gagal mencapai cita-cita?
Pasti terpendam rasa kecewa, seolah kelam seluruh dunia
Lihat dan pandanglah dengan hati
Istighfar, mungkin ada dosa belum ditaubati
Istighfar, mungkin ibadah kurang dihayati
Istighfar, mungkin ada yang lebih baik menanti


Awak..
Pernah tak awak dipuji?
Walaupun pada realiti, awaklah manusia yang paling tidak layak disebut begini?
Kerana pada realiti, awak tahu, setiap kelemahan dan kejahatan yang tersembunyi
Istighfar, bicara syaitan cuba mempengaruhi
Istighfar, berhijrah dan berubah menjadi seperti yang diingini
Istighfar, banyakkan taubat dan sujud syukur pada Illahi


Awak..
Bicara allah pada langit yang dihiasi bintang,
Pada awan dan pelangi di waktu siang,
Pada urat saraf, pembuluh darah dan tulang belulang,
Pada degup jantung, turun naik nafas


Ya awak..
Bicara Allah ada di segenap penjuru alam ini
Di setiap detik waktu yang kita lalui


Awak..
Sucikanlah diri
Letakkan quran itu di hati
Dengarlah bicara Illahi
Carilah cinta hakiki
Dan pastikan sayang pada Allah itu paling tinggi

Kerana kita..
dambakan redha Illahi

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D