28 September 2008

Koreksi terhadap Artikel tentang Usia dunia dan bila terjadinya kiamat

| |
0 Komen

p/s: Ana mintak siapa-siapa yang ingin membaca Artikel ini antum mestilah membaca sampai habis agar terhindarnya salah faham.... *SeLaMat MeMbAcA*



Satu hari sahabat ana menerima artikel yang di"foward"kan oleh sesorang. Mesej beliau ialah :

Assalamualaikum.....
Bukti kebenaran Al-quran. Fenomena ini telah disebut dalam Al-quran 1400 tahun dahulu dan 1999\2000. gambar itu diambil oleh NASA.

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selam 1500 tahun, sekarang sudah 1439=426+13 tahun hijrah, daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi... Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066.

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripad bumi yang menghala ke bumi. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi. Ia dianggarkan aka melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. dan planet ini lebih besar daripada bumi. Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022. Dianggarkan bumi akan kiamat antara tahun 2062 hingga 2066. Wallahua'lam.. Semua ini telah dikaji. Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan umat Rasulullah SAW akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun. Cubalah anda kirakan sendiri.

Beribadatlah wahai Umat Islam sekelian. Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yang seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikelurakan baru nak buat amal. Benda ini dah diajar sejak kecil lagi. Kiamat pasti tiba. Hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah. tapi jangan lupa... apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan dan korang jangan risaulah....Aman dunia akhirat....sama - sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam........
_______________________________________________________________________________________
Pandangan Ana:


Kesalahan besar yang dilakukan oleh penulis ialah mendakwa terdapat hadis nabi yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahn selama 1500 tahun. Perseoalannya dimanakah hadis yang didakwakan oleh si penulis?

Allah berfirman:

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pegetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu teap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya” Sura Al-Isra’ Ayat 36

Kewajiban setiap orang adalah menyerahkan persoalan yang tidak diketahui oleh ahlinya. Hendaknya ia merujuk kepada ulama’ yang muktabar dalam pemahaman terhadap Al-Quran dan sunnah. Penulis tidak boleh mengaitkan suatu peristiwa yang dzanni dengan sabda nabi. Bahkan mengikut kajian ana tidak terdapat satu hadith yang shahih pun berkenaan dengan umur dunia. Menyandarkan sesuatu yang tidak betul terhadap Rasulullah SAW merupakan satu dosa yang besar. Apatah lagi menyebarnya.....

Rasulullah bersabda:

“ Sesiapa berdusta terhadap saya dengan sengaja, maka hendaklah dia mempersiakan tempat duduknya di dalam api neraka.[Al-Bukhari/1291], [Muslim/3], [Ibnu Habban/31], [Abu Dawud/3651].

Ibnu qayyim berkomentar mengenai riwayat hidup dunia: “ Ini merupakan satu kebohongan” hal ini kerana Allah berfirman:

“ Mereka bertanya kepadmu (wahai Muhammad) tentang kiamat: Bilakah masa datangnya ? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi tuhanku, tidak ada sesiapapun yang dapat menerangkan pada waktunya melainkan Dia.(Huru-hara) hari Kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka kepada mu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesugguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakannya manusia tidak mengetahui”

(Surah Al-a’raf ayat 187)

Boleh jadi niat seseorang yang menetapkan batas waktu usia dunia berniat baik. Mungkin tujuannya adalah mengingatkan manusia tentang Akhirat, sehingga mereka bersiap diri berjumpa dengan Allah. Tetapi ketahuilah niat yang baik tidak akan mengubah tindakan yang keliru menjadi baik. Niat yang baik haruslah disertai dengan amalan yang benar dan istiqamah di atas landasan Al-Quran dan Sunnah

Nasihat Ana, Cukuplah apa yang terdapat pada kitabullah dan riwayat yang shahih dari Rasulullah. Tidak cukupkah Firman Allah SWT:

“ Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak iraukan persediaan baginya” (Surah Al-Anbiya’ ayat 1)

“ Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari Kiamat sudah hampir(masa datangnya). (17) Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya dan (sebaliknya) orng-orang yang beriman berasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari Kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong”(18)

(Surah Alsh-Sua’raayat 17 &18)

Dala hadith disebutkan “ Bersegeralah melakukan Amal sebelu datangnya 6 hal...” Kemudian beliau menyebutkan tanda-tanda Kiamat. “.....terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya, Dajjal, Asap, bintang, bintang melata, dan kematian.[Muslim/2947]

Wallahu’lam....

Read More