8 Jun 2008

Sejarah Qiraat

| |
0 Komen
Perkembangan ilmu Qiraat dianggap telah bermula sejak permulaan Islam .Berbagai bentuk bacaan al-Quran telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w lagi. Khilaf bacaan ini dapat dilihat sebagaimana yang berlaku antara Umar ibn al-Khattab dengan Hisyam bin Hakim. Umar Ibn al-Khattab telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang khilaf yang berlaku itu untuk mendapat jawapan. Namun Rasulullah mengiktiraf kedua-dua bentuk bacaan tadi dengan bersabda :-

“ Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan tujuh huruf dan
bacalah kamu mengikut apa yang mudah darinya” (al-Bukhari &
Muslim).


Hadith ini menunjukkan bahawa terdapat khilaf bacaan ketika hayat Rasulullah s.a.w dan hadith lain menyebut dari Ibni Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah meminta supaya Jibrail a.s menambah huruf atau wajah bacaan hinggalah terhasil dengan jumlah tujuh huruf (al-Bukhari & Muslim).
Hadith ini juga memberi maksud bahawa khilaf bacaan al-Quran adalah untuk memberi keringanan kepada seluruh umat Islam supaya mereka semua mampu membaca al-Quran walau apa jenis bacaan dan lahjah (dialek) digunakan.
Selepas Rasulullah s.a.w wafat, ramai di kalangan sahabat keluar dari Madinah al-Munawwarah dan tinggal di bandar-bandar seperti Makkah, Damsyik. Basrah dan Kufah. Mereka mengajar al-Quran kepada penduduk setempat dengan apa yang mereka dengar mengikut lahjahnya. Pengajaran oleh sahabat ini tidak mendapat tentangan daripada kalangan sahabat-sahabat lain. Sehinggalah ketika golongan tabien semakin ramai mempelajari daripada sahabat r.a natijahnya berlaku khilaf bacaan yang ketara dan percanggahan dikalangan tabien sehingga mengingkari bacaan selain bacaan mereka. Justeru khallifah yang ketiga Othman Ibn Affan r.a telah mengambil satu tindakan yang amat baik untuk merawat keadaan yang berlaku. Tindakan beliau telah menulis mushaf yang disepakati seluruh Qurra al-Sahabat dan penulis wahyu, yang ketika itu bilangan mereka masih rama i (Abu Zurah 2001)
Ulama berselisih pandangan tentang bilangan mushaf yang ditulis oleh Othman r.a Sheikh Ali Mohd al-Dhabba’ berkata yang sahih bilangannya ialah enam mushaf iaitu dihantar ke Makkah, Syam, Kufah, Basrah, Madinah dan untuk dirinya satu mashaf. Mashaf-mashaf itu dihantar berserta guru yang mengajar sekali, iaitu Zaid Ibn Thabit untuk penduduk Madinah, Abdullah Ibn Said ditugas untuk mengajar penduduk Makkah, al-Mughirah Ibn Abi Shahib diutus penduduk Syam, Abi Abdul Rahman al-Sulami untuk penduduk Kufah, Amir Ibn Qais untuk penduduk Basrah (Ali Mohd Dabba’).
Seratus tahun pertama hijrah, umat Islam membaca al-Quran berdasarkan apa yang diajar oleh para sahabat dan tabien. Pembaca-pembaca al-Quran yang thiqah menjadi tempat rujukan umat Islam untuk mendalami kaedah membaca al-Quran dan bilangan mereka sangat ramai di kota-kota Islam. Bacaan Qiraat mereka berbeza-beza tetapi sanadnya mutawatir dan menepati mushaf Othmani. Di waktu yang sama terdapat juga beberapa bacaan yang tidak merujuk kepada Imam-imam bacaan yang thigah. Mereka hanya membaca mengikut rasm al-Quran, dengan ini ahli al-Bid’ah telah membaca al-Quran secara tidak tepat dan hanya berdasarkan kepada nafsu mereka. Apabila khilaf yang dilakukan oleh golongan ini semakin banyak, umat Islam telah bersepakat untuk mengambil perhatian terhadap al-Quran demi menjaga ketulinan. Mereka hanya memilih imam qiraat daripada setiap kota yang dihantar mushaf oleh Othman r.a. Ciri-ciri keistimewaan imam Qiraat ialah seperti imam yang masyhur, thiqah, amanah dalam penaqalan dan mempunyai ilmu yang mantap. Selain itu, imam-imam Qiraat juga telah berkorban dengan menghabiskan usia mereka dalam pengajaran al-Quran dikalangan mereka. Penduduk setempat juga mengakui kethiqahan mereka dan bacaan mereka tidak terkeluar dari penulisan mushaf. (Abi Zar’ah 2001).
Perbezaan Qiraat dikalangan qurra’ telah diawasi dengan tiga rukun,
ini bagi memastikan kesahihan qiraat tersebut. Tiga rukun tersebut ialah :-
• Sanad qiraat hendaklah sahih datang dari Rasulullah s.a.w
• Menepati lughah (bahasa) arab yang fasih
• Menepati Rasm Mushaf Othman atau salah satu darinya.

Jika salah satu rukun dari rukun-rukun tersebut tidak terdapat dalam satu-satu
bacaan, maka bacaan akan ditolak (Mohammad Nubhan 1990)
Read More

7 Jun 2008

Teman...................

| |
0 Komen

Teman,
Sudah semakin jauh kita lewati maya ini,

Tanya pada diri,
Apakah amalan akhirat kita,
Sama jauhnya dengan perjalanan ini
Banyakkan bekalan kita,
Untuk dipersembahkan di hadapanNya


Teman,
Ketahuilah bahawa kita
Semakin hampir pada noktah kehidupan,
Senja pasti berubah
Malam tentu membuka tiri pelabuhan
Esok pagi datang mengikut ketentuanNya
Begitulah Sunnatullah
Yang diatur sedemikian rupa,
Oleh................
Yang Maha Kuasa
Bersediakah kita menempuh
Malam yang gelap pekat
Tanpa sepalit cahaya buat panduan
Tiada jua simpati dari sesiapa
Melainkan amalan solehmu

Teman,
Sedarlah bahawa kita pasti pergi jua dari sini
Meninggalka semua yang menjadi kesayangan
Membakar tiap kerinduan dan kasih sayang
Pertemuan selalu menjanji perpisahan
Hidup kita adalah untuk mati,
Dan mati itu datang dengan tiba-tiba
Tanpa menanti sesiapa
Tanpa memberitahu bila dan di mana
Tanpa mengira miskin atau kaya
Tanpa mengenal tua atu muda
Semuanya akan kesana
Satu tempat yang Abadi........

Read More

Kekuatan Iman 2

| |
0 Komen
Logo sekolah penulis iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat

Sambungan dari Kekuatan Iman 1...........

Apa yang mengejutkan mereka ialah Ibnu Abdillah membawa berpuluh-puluh ekor Babi. Sibli dan Junaid lantas terus memeluk Ibnu Abdillah: “ Wahai guruku, mengapakah boleh terjadi begini.......?” “Aku mahu kepada perempuan yang aku lihat di telaga tempoh hari...... Bapanya menyuruh aku memelihara Babi........” “ Ya Guruku, kamu sedar tak yang kamu buat? Marilah kita balik ke Baghdad” “ Bukankah kamu tahu beratus-ratus orang mati kerana aku? Kamu mahu melihat ramai mati kerana aku. Tambahan pula kalau aku balik dalam keadaan begini..........” Akhirnya Sibli dan Junaid pun pulang dengan rasa hampa. Antara perkampungan tersebut dengan Kota Baghdad mereka perlu melalui sebuah sungai. Sedang mereka melalui sungai tersebut, tiba-tiba mereka ternampak Ibnu Abdillah sedang mandi. Entah darimana datangnya dia. Mereka berdua meluru kearah beliau. Ibnu Abdillah mengajak mereka pulang. Alangkah gembiranya hati mereka....... Sesampainya mereka di Kota Baghdad, mereka menyambut Ibnu Abdillah dengan penuh kesyukuran........ Setelah beberapa hari, Ibnu Abdillah pun terkenang akan bapa mertuanya yang mana seorang Pendita Gereja dan Isterinya.Ibnu Abdillah mendoakan mereka supaya mereka mendapat hidayah dari Allah. Malam itu dia bermimpi bahawa isterinya dan bapa mertuanya masuk Islam. Pada keesekon harinya, pintu rumahnya diketuk. Ibnu abdillah membukanya. Alangkah terkejutnya dia bahwa orang itu adalah isteri dan bapa mertuanya. Mereka mengucap Kalimah Shahadah. Alangkah gembiranya Ibnu Abdillah akn hal tersebut.

Begitulah kisah seseorang yang mana diuji oleh Allah SWT.............. Marilah kita berdoa agar kita berad dalam golongan orang-orang yang beriman.......................

Read More

Tiada Islam Tanpa Sunnah

| |
0 Komen

Islam tidak mungkin dapat difahami sepenuhnya melainkan setelah seseorang mengenali dan memahami sunnah Nabi Muhammad SAW. Arahan – arahan Al-Quran yang meminta kita mentaati Rasullah SAW tidak mungkin dilaksanakan melainkan setelah kita mengetahui segala perkataan, perbuatan, dan pengakuan Baginda.

Titah perintah dan larangan baginda tidak mungkin diketahui, difahami dan seterusnya diamalkan tanpa ilmu pengetahuan mengenai sunnah baginda SAW. Tunjuk ajar baginda tidak mungkin difahamitanpa memahami sunnah baginda.

Benarlah apa yang dinyatakan oleh Syeikh Muhd. Basirruddin Al-albani r.h.:

"Apabila diputuskan bahawa Ad-din (agama) di sisi A:LLAH adalah Islam, maka sesungguhnya tidak mungkin difahami apa yang dikehendaki oleh ALLAH melainkan dengan melalui Ilmu pengetahuan mngenai Sunnah baginda.

Juga, tiada jalan bagi sunnah baginda melainkan dengan Ilmu Hadith. Justeru itru, menjadi kewajipan kaum muslimin, sama ada pemerintah atau rakyat, pendakwah ataupun yang didakwah, untuk beriman bersama kita bahawa tiada jalan untuk melaksanakan apa yang kita seru, iaitu keadilan dan keamanan, menegakkan hukum Allah di atas muka bumi kecuali dengan berdakwah kepada sunnah dan mengamalkannya secara mentarbiah kaum muslimin dengannya (Sunnah).

Bukan dengan hukum-hukum dunia, undang-undang ciptaan manusia, pandangan –pandangan individu dan pegangan –pegangan kepartian. Itu semua menjadikan umat semakin berpecah dan jauh dari matlamat yang dituju."

Apa yang berlaku, ramai pendakwah Islam tidak mendalami ilmu mengenai sunnah Nabi Muhammad SAW. Mereka menjadikan ucapan manusia biasa sebagai pegangan dan membelakangkan hadith-hadith baginda. Kadangkala mereka menolak hadith baginda , semata-mata kerana ia bercanggah dengan amalan masyarakat, pendapat kumpulan, pimpinan parti, dan tokoh agama tertentu.

Read More

5 Jun 2008

Kekuatan Iman 1

| |
0 Komen
Manusia itu diciptakan oleh Allah bersama-sama 2 perkara yang ada pada diri tersebut iaitu tidak lain tidak bukan IMAN dan NAFSU. Nafsu boleh dikawal jikalau Iman itu menguasai nafsu. Iman manusia dengan Iman para nabi tidak sama.Iman manusia adakalanya naik adakalanya turun. Berbeza dengan Iman para Nabi. Iman para nabi sentiasa naik. Iman tidak dapat diwarisi walaupun ayahnya seorang nabi, wali, orang soleh, dan sebagainya. Contohnya Nabi Nuh anaknya tidak mewarisi Iman Nabi Nuh. Dia turut kafir malah apabila ayahnya memanggil untuk menyelamatkannya namun keegoan kejahilannya menyebabbkan dia berada bersama – sama dengan orang yang dimurkai Allah. Ana ada satu cerita yang shahih nak kongsi dengan antum semua. Di kota baghdad ada seorang tok Guru yang bernama Ibnu Abdillah. Dia seorang penghafal Al-quran dan hadis-hadis nabi. Mengikut riwayat dia telah menghafal lebih 1000 hadis Nabi Muhammad SAW. Dia mempunyai ramai orang anak murid yang sangat zuhud.Apabila beliau sudah cukup bersedia beliau pun cuba 'tabligh' ke sekeliling Baghdad. Dia membawa dua orang anak muridnya iaitu Sibli dan Junaid. Pada suatu hari, mereka pergi ke suatu perkampungan Kristian. Sesampainya Ibnu Abdillah di kampung tersebut, ramai orang memuji-muji Ibnu Abdillah. Tiba-tiba terdetik di hati Ibnu Abdillah bahawasana dia lebih hebat daripada orang2 Kristian tersebut. Kemudian mereka teruskan perjalanan mereka di dalam kampung tersebut. Apabila masuknya waktu Zuhur mereka bertanyakan kepada seseorang yang menetap di situ "Di manakah adanya telaga atau anak sungai yang boleh kami guna untuk mengambil wudhu ? " . Orang itu menunjukkan di hujung kampung terdapat sebuah telaga. Mereka menuju ke telaga tersebut. Sesampainya mereka di telaga tersebut mereka ternampak 3 orang perempuan yang sedang mandi di situ. Sibli dan Junaid memalingkan muka mereka. Tetapi berlainan pula bagi Ibnu Abdillah. Dia melihat ketiga – tiga perempuan tersebut dengan 'khusyuk' tanpa memalingkan mukanya. Sedangkan dia adalah Ulama' yang tersohor di Baghdad. Sibli menyatakan bahawa tidak pernah tuan gurunya melihat perempuan sebegitu rupa. Selepas itu ketiga-tiga perempuan itu pun pergi. Mereka mengambil wudhu dan terus Solat Berjemaah. Setelah selesai mereka solat, Sibli dan Junaid pelik kerana sepatutnya tuan gurunya berzikir. Tetapi Ibnu Abdillah hanya mendiamkan diri. Mengikut Sunnah junjugan besar Nabi Muhammad SAW apabila kita ber'tabligh' di sesuatu kawasan disunatkan hanya tiga hari. Tiga hari kemudian, Sibli dan Junaid mengajak gurunya agar balik. Namun Gurunya hanya mendiamkan diri. Buat kali keduanya Sibli dan Junaid mengajak Ibnu Abdillah untuk pulang ke Kota Baghdad. Namun usaha mereka tidak berhasil. Lalu mereka pun pulang ke Kota Baghdad tanpa Ibnu Abdillah. Selalunya apabila Ibnu Abdillah pulang maka pembesar di situ melakukan Kenduri. Apabila Sibli dan Junaid pulang ke Kota Baghdad rakyat –rakyat dan pembesar di situ menanyakan Di mankah Ibnu Abdillah?......


Sibli menceritakan apa yang terjadi. Maka ramailah yang pengsan malah ada yang sampai mati apabila mendengarkan berita tersebut kerana terlalu terkejut. Setelah beberapa hari Sibli dan Junaid bercadang untuk mengajak semula gurunya itu. Sesampainya mereka di kampung tersebut, mereka
bertanya kepada penduduk setempat tentang di manakah gurunya berada. Seorang penduduk tersebut berkata Ibnu Abdillah selalu berada di padang rumput pada waktu petang. Setelah beberapa lam menunggu, Mereka ternampak kelibat Ibnu abdillah. Apa yang mengejutkan mereka ialah Ibnu Abdillah membawa.................. (bersambung)
Read More

Tidak Pernah Solat Tapi Masuk Syurga

| |
0 Komen

Kehidupan kita setiap hari sebagai seorang mukmin pasti tidak akan terlepas daripada melakukan Solat. Ini adalah amanat Tuhan kepada kita yang mana disyariatkan ketika Nabi Muhammad SAW di Mikrajkan di Sidratul Muntaha'. Namun begitu, pada zaman yang moden ini jangankan golongan remaja malah di kalangan orang tua pun ramai yang tidak mengerjakan Solat 5 waktu. Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Taat dan patuhlah pemimpin kamu selagi mana dia mengerjakan Solat. Namun ! apakah yang terjadi kepada pemimpin kita pada zaman serba moden ini ? Perlukah kita taat kepada pemimpin di Negara kita ini? Sama – samalah kita fikirkan. Ana ada satu cerita nak kongsi dengan Antum semua iaitu kisah seorang Sahabat yang masuk Syurga tanpa melakukan sebarang Solat pun. Sama- samalah kita renung kan kisah ini:

Diriwayatkan daripada Ibnu Sufyan Maula Ibnu Bani Ahmad, ia berkata : ' Abu Hurairah r.a. :` Mereka telah menceritakan kepada saya mengenai seorang lelaki yang masuk Syurga tanpa melakukan SATU ibadat pun seperti Solat, Puasa, dan lain-lain lagi. Maka orang – orang bertanya Abu Hurairah siapakah orang tersebut. Beliau menjawab: Dia adalah Ashiram Abdil Asyal Amr Bin Thabit Bin Waqash.

Al- husain berkata: Saya bertanya kepada Mahmud mengenai hal ehwal Ashiram. Ia berkata :Kaumnya menolak masuk Islam, tapi ia masuk Islam. Pada waktu perang Uhud, Rasulullah keluar untuk berperang. Telah jelas kebenaran Islam baginya dan Ashiram telah masuk Islam, maka ia mengambil pedangnya untuk berjihad. Ia menaiki kuda dan bergabung dengan pasukan yang besar.

Maka apabila orang – orang daripada Bani Abdil Asyal ikut membantu pasukan kafir, ia memerangi kaumnya sendiri dalam pertempuran itu. Apabila kaumnya bertemu dengannya, mereka berkata: ` Ini Ashiram di pihak man dia ? Kami meninggalkannya dan ia mengingkari perbicaraan ini.' Segera orang- orang bertanya kepada Ashiram: " Hai Amr, engkau berada di pihak mana ? Apakah engkau bersimpati kepada kaummu ataupun Islam?" Ia menjawab: " Saya di pihak Islam, saya telah beriman kepada Allah dan kepada Rasul-Nya. Kemudian saya ambil pedangku untuk ikut berperang sehingga saya terluka sepertimana saya alami ini."

Kemudian ia meninggal, orang-orang memberitahukan hal ehwal kepad Nabi SAW. Beliau bersabda : "Dia ter masuk ahli Syurga."

___________________________________________________________

Sumber : As-Sirah oleh Ibnu Hisyam 3\40
Read More