25 April 2009

Metro2!!!!

| |
0 Komen
Dari Harian Metro......17.4.2009




PERTANDINGAN khutbah Jumaat terbuka kepada remaja di Lenggong, Perak, baru-baru ini membuka ruang kepada golongan itu sebagai persediaan menjadi pelapis khatib di kalangan remaja. Program anjuran Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Gua Badak, Lenggong dengan kerjasama Pejabat Agama Lenggong dan Kawasan Rukun Tetangga Gua Badak itu disertai tujuh remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun bertempat di masjid berkenaan. Penyandang johan khatib, Ahmad Syakir Norazli, 15, dari Lenggong berkata, dia terpanggil untuk menyertai pertandingan membaca khutbah Jumaat itu bagi mengasah bakat dan kebolehannya.“Paling banyak memberi galakan serta membimbing saya khususnya dalam bidang agama termasuk khatib ialah ayah saya, Hj. Norazli Hj. Musa, seorang pendakwah bebas dan ibu, Hjh.Mastura Ahmad, bertugas sebagai guru.“Selain minat mendalam menjadi khatib suatu masa nanti, latihan berkhutbah di sekolah turut membantu saya menambah pengalaman serta kemantapan dalam menyampaikan khutbah,” katanya yang sudah menghafaz 12 juzuk al-Quran di sekolahnya, Mahaad Tahfiz Quran Wal Qiraat, Pulai Condong, Kelantan.Peserta naib johan, Saifullah Mohd Zaine, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz, Lenggong berkata, khatib adalah jawatan penting dalam masyarakat yang bertugas menyampaikan pelbagai isu untuk kepentingan umat Islam.“Saya yakin, jika generasi remaja seperti kami dibimbing dan diberi kepercayaan, kami boleh menjadi pelapis pemimpin terbaik kelak,” katanya.Bagi Mohd Arifuddin Zamri, 14, yang bercita-cita menjadi khatib berkata, kekalahan tidak bermakna tidak layak untuk menjadi khatib kerana masih banyak waktu untuk memperbaiki kelemahan bagi mencapai cita-cita.“Saya minta supaya generasi remaja seperti kami terus diberi kepercayaan dan peluang berterusan kerana usia muda perlu lebih banyak bimbingan,” kata pelajar SM Agama Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak.

Read More

24 April 2009

Malu!!!!

| |
0 Komen


[Salam, Ini adalah post terakhir sebelum ana berangkat pulang ke MTAQ.... :((]
Aduhai !!!!
Cuba puak2 antum berhenti dr kesibukan duniawi sejenak... Fikirkan perkara ini...
Kita Manusia... Dibezakan di antara manusia dan haiwan adalah AKAL... NAmun begitu, darjat manusia itu akan jatuh di lembah kehinaan apabila akalnya dipersiakan..... Malah lebih teruk daripada binatang... Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raaf ayat 179 yang bermaksud :
"Dan ingatlah Kami jadikan bagi Neraka itu kebanyakannya terdiri daripada manusia dan jin, (yang mana) mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memikirkan, dan mereka mempunyai telinga namun tidak mahu mendengar, dan mereka mempunyai mata namun tidak mahu melihat, mereka itulah binatang2 ternakan, bahkan mereka lebih teruk....."Jadi, ini adalah kutukan Allah kepada orang2 yang yang tidak mahu menggunakan pancainderanya utuk memahami kebesaran Allah....Tidak mahu menurut perintah Allah....
Sedangkan, semut yang kecil yang tidak mempunyai akal bertasbih memuji Allah tanpa henti serta menurut setiap perintah Allah...Maka di sini lah darjat sebagai makhluk yang paling mulia jatuh ke lembah yang paling hina.....
Fikir2kanlah........
Read More

22 April 2009

Konsert Radio Rosak?????

| |
0 Komen
Pagi tadi, sementara menunggu bas, Ana menonton MHI di tv3... menceritakan tentang radio rosak... Ana sedikit keliru. Konsert ini diadakan untuk membantu saudara kita di Gaza kata pengulas MHI. Ana sedikit terkilan. "Hai, nak bantu Gaza pon kena buat konsert??" monolog hati ana sendiri.


Inilah sebenarnya masaalah kita umat akhir zaman.
Kononnya nak membantu saudara seagam di sana, tapi membantu dengan cara maksiat. Cuba antum renungkan disaat manusia di Gaza bertempur dengan Zionis, kita disini masih mampu berseronok, mampu bergaul lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, dan masih lagi berpeluang melihat artis tergedik-gedik di khalayak ramai. Macamtu ke nak tolong saudara kita di Gaza?????


Ana rasa sepatutnya buat solat hajat perdana ke, buat munajat perdana ke, ni buat konsert.... Ape faedahnya untuk masyarakat. Ini bukan Amal, tapi Maksiat. Kalau nak buat konsert pon, sekurang-kurangnya buatlah konsert nasyid. Ini tidak. Yang mereka jemput ialah artis-artis yang tidak tahu mereka peduli atau tidak tentang saudara kita di Palestin. Ya Allah, hambaMu ini tersepit diantara dunia yang dihuni manusia yang bertuhankan nafsu. Lindungilah hambaMu ini daripad mereka. Berikan mereka Hidayah Ya Allah........
Read More

8 April 2009

Persoalan Memantapkan Aqidah...

| |
0 Komen

Alahmdulillah, bersyukurlah kita dengan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan rahmat dan belas kasihannya dapat lagi kita hidup menghirup udara-udara segar yang mana tergolong dalam salah satu dari nikmat-nimatnya, yang apabila nikmat-nimat Allah SWT ini dikara maka tidak akan terkira nimatnya. Sebut pasal nikmat, ana nak memberi kepada antum satu persoalan. Cuba puak-puak antum melihat matahari.Matahari adalah sumber cahaya dan haba utama bagi penduduk bumi. Matahari adalah aset penting dalam proses kitaran hujan juga aset bagi proses fotosintesis.Persoalannya, pertama dari manakah datangnya kepanasan matahari tersebut??? Jikalau ianya datang dari bahan bakar, mengapakah bahan bakar itu tidak pernah habis, bahkan matahari sudah memberi kepanasannya selam berjuta-juta tahn?? Kedua, matahari adalah unsur api, maka bagaimanaka api itu boleh menyala sedangkan di cakerawala tiada oksigen???? Ini semua adalah kuasa tuhan.Allahuakbar!!! Fikirkanlah, masihkah kita meragui bahasanya alam ini mempunyai pencipta??? Adakah kita yang kerdil ini mahu berkeras kepala mengingkari perintahnya?????Ayuhlah manusia, sedarlah dari tidurmu. Kita hidup mempunyai tujuan. Tujuan kita adalah satu, iatu ibadat kepada Yang Maha Pencipta. WallahuA'lam...

Read More

3 April 2009

Sedihnya.... :((

| |
0 Komen

Sudah lama ana tidak meng"update"kan blog ana nih....huh... Banyak kerja yang perlu diselesaikan di Kampus Maahad; Al_quran,Pelajaran,dan Program.Namun ana turut merasa terkilan kerana tidak dapat turut serta dalam jentera PRKP Bukit Gantang....Takpelah......Masa belajar belajarlah dulu,monolog hati ini. Banyak peristiwa yang berlaku tanpa disedari...pertukaran PM.........kejadian2 aneh di Bukit Gantang....dan macam -macam lagi.Moga-moga Allah memberi hidayah kepada mereka yang jauh menyimpang dari jalan yang lurus dan mereka tidak lari dari hidayah yang diberi oleh Allah kepada mereka. Semoga kemenangan dibawah tampuk kepimpinan yang menginginkan daulah di bawah garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW. InsyaAllah. Ana dan kawan2 disini hanya mampu berdoa seadanya.Wallahua'lam
Read More