22 Jun 2013

All About Blogging

| |
Agak melampau bila setahun tak jenguk ke sini.
Tiba-tiba sahaja terdetik mahu memberi nafas baru pada blog ini. Alhamdulillah.
Mungkin bila tengok sahabat sendiri SabSketcher seronok ber'blogging' jadi timbul perasaan mahu kembali aktif di laman ini mencoret sebarang tinta.
Ada juga terfikir, bila dah elok blog ni nanti, bolehlah berkongsi rasa dan perasaan serta pendapat bila dah terbang nanti.
*kalau dapat mana-mana offer, terbang lah*
Ada terfikir juga di minda kecil ini, 
" Mengapa masyarakat manusia sejagat ni gemar ber'blogging' ?"

Orang kata yang main blog ni jenis forever alone. Hahaha
Lantas deria ingin tahu dari dalam diri ini timbul untuk aku mengkaji dan mendalami atas alasan apakah sifat tabie manusia yang gemar ber'blogging' ini. 

MENGAPA BLOG?

Kenapa blog menjadi medan? Kenapa tidak Facebook? Kenapa tidak twitter?Kenapa tidak Instagram?
*Ok. Merapu jap*
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Tudia aih! Taknak lepaih! haha. 


Baiklah. Melalui pemantauan sejagat, aku nampak mereka yang gemar ber'blogging' ini hanya terdapat dalam beberapa kategori dan berdasarkan beberapa kretiria.

1. Golongan Penulis Diari
Sesetengah dari mereka menggunakan blog sebagai coretan hidup. Apa mereka makan hari itu? Apa mereka rasa? Siapa mereka rindu? Pendek kata, dari A-Z semua cerita pada blog. Golongan ini kebiasaanya tidak habis modal untuk menulis saban hari kerana tiap hari pasti ada perkara baru yang dilalui. Dan setiap kisah itu akan diabadikan di Blog nya. Golongan ini secara puratanya membuat 1 posting sehari dalam tempoh setahun.

2. Golongan Tokoh Agamawan/Ilmuwan dsb
Ada di kalangan ilmuwan dan agamawan menggunakan blog sebagai medan menyampaikan dakwah mereka. Setiap persoalan, setiap keraguan yang diutarakan akan dikongsi bersama dengan para pembaca blog. Tak lekang juga mereka memberi respons terhadap isu-isu semasa yang berbangkit dalam atau luar negara. Golongan ini kebiasaannya mencipta posting secara purata 2 posting dalam masa 3 hari dalam tempoh setahun.

Jenis berumah dalam tandas ni. Haha.

3. Golongan Pekongsi Maklumat
Geng yang ini agak bagus. Kebiasaannya terdiri oleh para ibu, gamers-gamers, para pencinta komputer, pencinta haiwan, pencinta wanita,(eh?) dsb.
Mereka kebiasaanya berkongsi tutorial, info, tips dan cara-cara yang kita tidak mahir/tak tahu. Kebiasaan mencipta posting tidak tentu. Makin banyak info dan tips, makin banyak lah ditulisnya.

Lastly,
4. Golongan All Out. (Serba boleh)
Blog mereka semua posting boleh masuk. Asal rasa berguna untuk diri dia atau dia sengaja suka suki nak letak atau dia nak orang lain baca posting dia. Posting apa sahaja yang mereka suka. Kebiasaan mereka menulis post adalah Infiniti.

Sebenarnya, dari sudut diri sendiri banyak golongan lagi yang  boleh disebut. Tapi kemalasan telah menyelimuti untuk tulis panjang-panjang. Bukan ada orang baca pon kalau panjang sangat.Confirm ramai punya yang meluat kalau posting panjang sangat. Yang lain list sendirilah. Nak lagi mantap? Prepare la tajuk tesis master masing-masing dalam pengkajian Golongan Bloggers di Dunia. Siapa tahu kan?
:P
Salam Sayang dari Saya.

SYA 
0225
22 JUN 2013

4 Komen:

Aku golongan yg mane ? :3
sabsketcher.blogpot.com

Author

Ang tak tersenarai. Hahaha. Luar tabie punya blogger.
:P

sedih habis T.T

Author

Aku pon sekatogeri dengan ang. haha. Geng Blogger Luar tabie! :P

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D