26 Jun 2013

Cetusan Minda : Di Manakah Ia?

| |
Oleh : Rabbani Ridhwan
Suntingan : Admin LD

Memperingati kepada semua, tentang 5 perkara asas dan 6 perkara tunjang dalam agama Islam.
Kesempurnaan ISLAM terlatak pada 11 perkara ini. Bagaimana? Bermula dengan 6 perkara rukun IMAN. Apabila keenam-enam ini diimani secara lengkap dari pada iman kepada ALLAH, MALAIKAT, KITABULLAH, PARA RASUL, HARI AKHIRAT, DAN QADHA' QADAR. Maka dari sudut manakah IMAN itu untuk goyah sekiranya enam perkara tersebut sudah cukup terpasak dalam diri.



Apabila enam perkara tersebut sudah lekat dan terpasak di hati, maka 6 perkara tersebut menjadi 'enjin' penggerak kepada 5 Rukun Islam. Tanpa rasa ragu, tanpa rasa sangsi. Kami dengar perintah itu dari TUHAN, kami patuh dengan taat.


DI MANAKAH IA?
Persoalannya, kita lihat sekarang remaja zaman kini apabila ditanya mengenai rukun iman dan islam, ramai yang tidak mampu menjelaskannya satu persatu. Mungkin itulah antara salah satu punca jatuhnya akhlak para remaja kita kini.
Ada yang mampu menjelaskan 11 perkara tersebut. Namun, kefahaman mereka terhadap perkara tersebut kosong.Hanya tahu apa itu rukun iman, dan apa itu rukun islam. Kefahaman? Sifar.


Fahami dan dalamilah perkara asas ini. Cukup dengan itu, ISLAM anda telah SEMPURNA.
:)

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D