10 Oktober 2018

Berkongsi Dari Perkongsian

| |

Alhamdullillah. Segala puji dipanjatkan buat Tuhan yang sentiasa menjaga urusan para hamba dan sekelian makhluk seluruh alam. Minggu ini agak pening sedikit mencari topik untuk tulisan kali ini. Sedang dunia maya ini rancak menceritakan isu maksiat persendirian dan isu Khabib menang ke atas McGregor, saya cuba untuk lari dari mengulas topik topik yang stereotype seperti itu.



Biarlah isu tangkap khalwat itu kita serahkan menteri menteri agama tak bertauliah di Facebook jelaskan. Biarlah cerita asal usul Khabib dan kebiadaban McCregor diulas pakcik makcik bawang  yang sudah lama berjiran dengan mereka di muka buku sana. HAHA!



Jadi apa topik, yang saya ingin tulis hari ini? Sedang diri mencari cari topik apa yang ingin diulas, saya terbaca kembali perkongsian saya di blog ini. Tulisan yang di tulis semasa umur 17 tahun lalu. Kira kira 7 tahun yang lalu! Woah, saya sendiri tidak percaya tulisan tersebut berumur 7 tahun. Kalaulah posting tersebut hidup seprti manusia dah boleh masuk tadika dah tu! HAHA

Terima kasih kepada anda, salah seorang pembaca setia di sini yang buatkan saya membaca kembali perkongsian tersebut, saya mendapat idea untuk menulis sesuatu pada minggu ini.

Tulisan tersebut berkenaan perkongsian input yang saya dapat di salah satu forum yang saya dan rakan rakan hadir sewaktu masih bersekolah di Kelantan dahulu. Saya sendiri pada mulanya hampir tidak ingat tentang input atau cerita dari forum itu hinggalah membaca posting itu kembali sambil tersenyum sendirian. 

Dan daripada situlah lahirnya idea untuk tulis posting ini hari ini. Suka untuk saya menulis beberapa perkongsian yang saya dapat dalam kelas di Universiti sepanjang beberapa minggu belakangan ini. Kerana beberapa hari belakangan ini ada beberapa teladan dan nasihat dari pensyarah di sini membuatkan hati saya tersentuh, jantung berdegup kencang jiwa tersentak hingga tangan menggeletar!

Mudah mudahan tulisan pada hari ini boleh menjadi peringatan dan teladan bukan sahaja buat pembaca lain, bahkan untuk diri saya sendiri di masa mendatang dalam mungkin sepuluh dua puluh tahun lagi? Mudah mudahan. 

Rasulullah SAW pernah bersabda,  

Ù‚َÙŠِّدُوا الْعِÙ„ْÙ…َ بِالْÙƒِتَاب
Mafhumnya : Ikatlah ilmu dengan dengan menulisnya1



ٍSepanjang lebih 4 tahun belajar di Universiti ini, tidak ada satu hari pun yang saya tidak belajar dan mendengar benda benda yang baru buat diri ini. Belajar benda yang lebih terperinci berkenaan al Quran berkenaan Sunnah. Mengenal Allah tuhan yang maha Agung dengan lebih mendalam. Mengenal NabiNya SAW supaya cinta dan sayang itu lebih kuat. Belajar bagaimana agama kita dijaga dan dipelihara. Alhamdulillah. Sungguh, ini merupakan nikmat yang sangat besar buat diri yang hina ini.

Tidak cukuplah untuk saya nukilkan semua yang saya dapat dalam satu posting sahaja. Pun begitu tidaklah elok sekiranya perkongsian perkongsian itu langsung tidak ditulis di sini. Jadi inshaAllah saya akan cuba tulis beberapa perkongsian yang sempat dimuatkan di sini, selebihnya akan saya sambung dalam posting sambungan di hari yang lain pula, InshaAllah!

Untuk perkongsian hari ini, suka saya kongsikan beberapa nasihat dan teladan yang saya dapat dari pensyarah saya untuk semester kali ini, Syeikh Toriq as Sehli. 

Syeikh Toriq - semoga Allah menjaga dan memelihara beliau - merupakan guru bagi subjek Al Quran. Menariknya, syeikh menggunakan kaedah yang agak berbeza dengan kebiasaan yang digunakan oleh para pensyarah di sini. Syeikh lebih suka membetulkan bacaan dan menerangkan intipati dan pengajaran dari ayat Al Quran yang menjadi sukatan berbanding hafazan. 

Oleh itu ada beberapa nasihat dan teladan yang syeikh pernah kongsikan dari sukatan pembelajaran kami yang suka untuk saya kongsikan di sini. 

Ketika awal semester setelah syeikh memperkenalkan diri dan memberi nasihat tentang kelebihan menuntut ilmu, syeikh sebut tentang betapa pentingnya kita untuk menjaga, membaca dan mengamalkan Al Quran. 

Kata syeikh lebih kurang maksudnya yang saya faham,
Inilah Al Quran, kitab panduan kita. Petunjuk dan panduan untuk kita hidup di atas dunia ini. Kita mungkin rasa kita boleh hidup tanpanya, tetapi kita silap. Bahkan ada yang menyangka, hidup tanpa Al Quran merupakan perkara biasa. Demi Allah, ia bukan perkara biasa. Ada satu kisah pada zaman dahulu, ada si fulan ini terlalu angkuh menyatakan yang 40 tahun dia bermaksiat Tuhan tidak pernah menghantar azab kepadanya. Lalu Allah wahyukan kepada Rasul supaya memberitahunya, 
Selama 40 tahun kamu bermaksiat itu, Aku telah haramkan kamu dari merasai kelazatan membaca AlQuran kamu tidak sedar?

Syeikh kemudian menyambung,

Lihatlah wahai saudaraku, azab Allah kadang datang bukan berbentuk seksaan. Akan tetapi dengan mengharamkan kamu dari merasai kelazatan untuk berbuat kebaikan, megaharamkan kamu dari berbuat baik juga merupakan satu azab dan bala Allah. Semoga Allah memelihara dan menjaga kita semua.

Allahuakbar. Tipulah jika tiada sedikit rasapun di hati ini saat syeikh kami melantunkan kata kata tersebut. Antara nasihat lain yang suka saya nukilkan di sini ialah nasihat dan syarah beliau ketika mengajar kami pada hari Ahad yang lalu. Ya, masih panas panas lagi terngiang kalimat kalimat yang Syeikh sampaikan ini setelah kami selesai membacakan sukatan ayat dari surah al Aaraf, sukatan pelajaran kami pada minggu ini.

Kata Syeikh ketika mensyarahkan tentang perihal ahli neraka, ahli syurga dan ahli al Aaraf (yang masih belum diputuskan nasib mereka kerana amalan dan keburukan meraka sama banyak),

Di hari neraka kelak, Allah bertanya kepada ahli neraka dengan sinis, apa mereka dapati adakah azab yang telah Allah janjikan kepada mereka benar atau tidak? Dengan sesal yang tiada guna mereka mengakuinya. Kemudian ahli al Aaraf cuba memberi salam kepada Ahli Syurga dengan menyangka mereka akan masuk syurga dan bersama dengan mereka, kemudian Allah palingkan pandangan mereka tanpa kehendak mereka sendiri untuk melihat ahli neraka yang di azab. Lihat bagaimana Allah sebut di sini, allah palingkan wajah mereka. Kerana saudaraku, azab Allah di neraka sangatlah dahsyat!
Tiada seorang manusiapun yang sanggup melihat azab pedih yang Allah janjikan di neraka kelak. Sehingga Allah ceritakan, orang kafir sendiri menundukkan pandangan mereka setelah melihat azab yang dijanjikan sebelum mereka dihumban kedalamnya walhal mereka baru sahaja melihat azab tersebut sepintas lalu. Namun, kerana tidak sanggup dan ngeri dengan balasan Allah mereka mengalihkan pandangan mereka!
Subhanallah! Bergetar hati saat syeikh perihalkan azab Allah yang sangat dahsyat. Bayangkan melihatnya sahaja sudah tidak sanggup, apa pula nasib badan yang menanggung azab tersebut?! Semoga Allah lindungi kita semua dari api neraka.

Oleh itu, beringatlah wahai saudaraku. Jagalah amalan kita. Hindarilah dan jauhilah amalan amalan yang menjadi sebab untuk kita ke neraka walau sekecil mana sekalipun. Berusahalah untuk buat kebaikan dari segenap segi. Bersungguhlah. Walau kebaikan yang sebesar zarah sekali pun, buatlah kebaikan. Jangan siakan peluang kita untuk berbuat baik sekiranya ada, kerana kita tidak tahu amalan yang mana yang boleh bawa kita ke syurga. Yang menjadi sebab kepada redha Allah seterusnya membawa kita ke syurga nanti.


Kemudian syeikh menyambung syarah beliau pada ayat seterusnya berkenaan perjalanan dan aturan Allah tentang siang dan malam. Syeikh ceritakan bahawa malam dan siang bertukar di atas aturan dan kuasa Allah. Allah yang menutup siang dengan malam dan menyingkap malam dengan siang seperti yang diceritakan di dalam surah ini. Syeikh menceritakan lagi bahawa setiap hari matahari meminta izin untuk terbit seperti kebiasaan dan ia mula terbit hanya setelah Allah mengizinkannya.

Demikianlah beberapa pengajaran, perkongsian dari syeikh kami. Lihat bagaimana syeikh mengajar kami beberapa perkara yang disebut dari Al Quran. Sesungguhnya melalui perbahasan perbahasan beliau telah memantapkan lagi keyakinan dalam diri bukan hanya saya bahkan seluruh pelajar pelajarnya tentang bagaimana Al Quran menjadi petunjuk dan panduan untuk seluruh manusia. Kita cuma perlu mencari, mendengar ahlinya sahaja menerangkan maksud maksud dan pengajaran dari kitab suci ini. Selalulah cari dan hadir ke kelas kelas pengajaran tafsir alQuran di samping membacanya.

Semoga Allah menjaga dan merahmati pensyarah pensyarah kami di sini. Itu sahaja perkongsian kali ini. InshaAllah ada masa saya sambung dengan perkongsian lain di hari dan posting yang lain. Terima kasih sudi membaca. Maaf posting kali ini panjang sedikit. :)

Sekian.

SYA
0926 PM
Madinah al Munawwarah

________________________________________________________________________________
(1) Silsilah Ash-Shahiihah no. 2026

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D