30 Ogos 2011

Warkah Dari Ramadhan T.T

| |
0 Komen


Di waktu hening malam, di waktu aku pulang daripada menunaikan solat terawih yang terakhir, sebaik sahaja aku melangkah ke dalam kamarku, aku terjumpa helaian
bertulis di kaki pintu kamarku..aku mengambilnya, sambil berbaring, aku membaca susun atur huruf di warkah asing tersebut...

Untuk sahabatku,

Wahai sahabatku..sekalung penghargaan ku ucapkan padamu..telah kau sambutku dengan baik sejak awal kehadiranku..bukan engkau,malahan ribuan ummat Muhammad SAW telah menyambutku dengan penuh meriah..Setibanya aku di sini, ku dapat perhatikan seribu satu gelagat dalam menyambut sebagi tetamu mereka..
aku cukup terharu akan sambutan sesetengah mereka terhadapku..kebanyakannya menyambutku sebagaimana yang telah di ajar oleh junjungan besar Rasulullah SAW pada 1400 tahun dahulu..mereka berlumba-lumba beramal soleh, bersedekah, mendengar kuliah-kuliah agama, malahan masjid yang
dahulu gersang dari jemaah tampak sarat sejak kehadiranku..namun, dikala ramai yang bergembira akan kehadiranku, aku juga dapat lihat jiwa-jiwa yang kurang senang akan kehadiranku..malah langsung tidak mengendahkanku..aku sedih..mengapa hal yang demikan boleh berlaku..
tidakkah tergerak hatinya untuk bersama-sama dengan mereka yang lain berlumba-lumba berpesta ibadah menyambutku??adakah mereka ini ragu terhadap janji Allah akan kedatanganku??Sungguh sedih ku melihat akan sikap orang yang sedemikian..aku juga dapat perhatikan, bahawasanya pada awal kedatanganku, mereka menyambutku dengan meriah..
namun, kemeriahan itu berhenti di separuh jalan..ibadah mereka menyambutku hanya sekadar di awal kedatanganku..manakala di akhirnya,KOSONG..




Sahabatku, beberapa detik lagi akan ku tinggalkan kamu dan seluruh ummat Muhammad..
Oleh itu, sudilah aku berwasiat agar ianya dapat menjadi bekal peedoman bukan sahaja untukmu malahan buat seluruh warga Muslim,hinggalah kita bertemu semula selepas ini jika diizinkan Allah..Insya Allah..
Sahabatku, gunakanlah tabiah semasa kedatanganku untuk kau guna di hari-hari selepasku tinggalkanmu..perjalanan untuk kita bertemu semula cukup jauh..malahan, penuh rintangan dan ranjau duniawi..oleh itu, ambillah
pelajaran dan latihanmu semasa kedatanganku untuk kau perbaiki hati dan jiwamu bagi hari-hari yang mendatang..


Sahabatku, Istiqamahlah ibadah-ibadahmu sepanjang kedatanganku..teruskan ibadahmu sewaktu keberadaanku..rajinkanlah tangan-tanganmu untuk terus bersedekah,luaskanlah telinga-telingamu untuk terus menadah dan menimba ilmu-ilmu agama, ayunkanlah kaki-kaki mu untuk terus melangkah ke rumah-rumah Allah,
alirkanlah mata-matamu dengan embun taubat untuk terus takut dan sujud pada allah..nescaya, kedatangaku ini lebih bermakna buat dirimu..
Sahabatku, jangan kau galak berhari raya..kerna renungkanlah sejenak sekiranya ini pertemuan terakhir kita, layakkah kau bertempik sorak berhari raya??
Oleh itu, muhasabahlah dirimu wahai sahabtku..semoga kehadiranku pada kali ini memberi seribu makna bahkan dapat melahirkan jiwamu kepada lembayung ketaqwaan..Selamat Tinggal Sahabatku..Semoga ketemu di masa hadapan dengan IzinNya..Ku merinduimu...

Dari Sahabatmu,
RAMADHAN

Read More

27 Ogos 2011

Sayuku sebelum Syawal..(-_-)

| |
2 Komen

Salam sahur!
Moga-moga kita berjaya rebut keberkatan sahur..di kala dingin subuh yang sepi ini, sudilah saya berkongsi wacana diri..Insya Allah, tepat jam 9.30pagi nanti saya akan bertolak dengan bas dari Kota Bharu. Special thanks to Rabbani Ridhwan n family..(^_^)..

Dalam kekalutan suasana kemeriahan untuk pulang ke desa halaman setelag beberapa lama di perantauan(ewah), saya terfikir sejenak..alangkah sayu untuk saya tinggalkan bumi kelahiran cik siti wan kembang...tanah rendah sekebun bunga yang begitu tersohor diangkat dan diberitakan sebagai serambi mekah..cukup sayu..kenapa?!sayu kerana Ramadhan kali ini saya rasakan begitu bermakna dan bersejarah dalam hidup saya untuk ditinggalkan. Suasana Ramadhan di sini cukup berbeza dari negeri-negeri lain..kali ini, saya cukup "galok" untuk menjalankan amalan-amalan serta mengikuti segala program-program yang di jalankan di Qaryah Ramadhan atau Perkampungan Ramadhan di perkarangan Stadiun Muhammad IV..Entah, berbeza daripada sebelum nie, jika ada jemputan sekalipun untuk tadarus di Qaryah Ramadhan pada sebelum-sebelum ini, saya tidak begitu berminat..Entah mengapa mari kegalakan lagu nie pada tahun ni..tapi, yang paling menyayat hati bagi saya ialah, meninggalkan Ramadhan..Bagi saya, suasana yang saya rindu untuk ditinggalkan bukan kerana keselesaan penghawa dingin di ruang solat Qarya, Bukan kerana kelazatan colek di Mubarak Cafe, bukan..tapi kerana suasana Ramadhan itu yang mengangkat semua ini kepada saya..oleh itu, terang-terang saya monolog hati saya mengakui, sungguh..aku akan merindui Ramadhan..aku akan merindui suasana Ramadhan, Rahmat dan keberkatan bulan Ramadhan..aku juga akan merindui untuk melihat suasana di mana masyarakatku begitu setia dan berkomitmen dalam mengerjakan Ibadat...Ya Allah...Cukup rindu pada semua itu....Mudah-mudahan saya berpeluang untuk mencicip kembali nikmat dan suasana Ramadhan di tahun hadapan..InsyaAllah...terkadang, saya juga terfikir..betul apa yang dikhabarkan dalam majalah Solusi..Cuba anda renungkan sejenak..Jika ini Ramadahan terakhir buat kita, layakkah kita berhari raya??renungkanlah..kita sibuk berhari raya, tapi erti kata sebenar AidilFitri itu kita abaikan..AidilFitri bermakna kembali kepada Fitrah..Fitrah dalam erti kata lain ialah kembali kepada kebiasaan manusia..SUCI..seperti bayi yang baru dilahirkan..tiada dosa dan noda..tapi,bagaimana anda kata anda menyambut kegembiraan diri dan jiwa anda yang kembali kepada fitrah sedangkan sambutan kita di AidilFitri dengan gelumang maksiat dan dosa?!Fikirkanlah sejenak..berbaloikah lapar dahaga kita?!Allah..Saya akhiri kalam ini dengan salam akhir dari Ramdhan..jawablah ia dengan sebaiknya..Barakallah..
Read More

25 Ogos 2011

Surat dari hatiku..T.T

| |
0 Komen

Sedang aku bersahaja di kamar,tiba2 aku terjumpa satu warkah pesanan dari dalam diriku...Warkah tersebut menceritakan....

Tika ini, hatiku berbolak balik menanggung keperitan yang amat pedih. Lebih perit dari sembilu yang melukakan kulit, lebih hebat dari itu. Aku diuji dengan pelbagai dugaan.Sakit…sungguh sakit(T.T) dan perit untuk menerima hakikat ini..Kala ini, tiada siapa yang dapat aku lihat di belakangku. Kawan-kawan, teman-teman, kaum keluarga mahupun sahabat karib, semuanya seolah-olah tidak wujud dalam kamus kehidupanku.Dan saat aku diuji hebat olehMu, baru aku sedari hakikat yang sebenar erti kasih sayang dan rahmatMu.Baru ku rasai akan kehadiranMu..Tika aku lemas dalam lautan ujianMu yang hebat bergelora,(T.T) tika itu juga aku sedari hakikat sebenar “TEMaN” yang tidak mampu berbuat apa-apa di kala kondisi hatiku yang kian parah.Malah, mereka seolah-olah tidak wujud! Aku juga tersedar, di saat aku diuji hebat sebegini, baru ku tersedar akan jarak hubunganku denganMu, Ya Allah..Saat ini, diri terasa amat malu mengharap pertolonganMu..dan diri ini juga bagai malu untuk mencicip segala nikmat-nikmatMu..terasa jelas dalam hidupku yang telah lama gersang dengan pedoman..terasa hilang semangat untuk hidup..sampai,terlintas di fikiran untuk mengambil jalan pintas agar segera bertemu Malaikat Maut (T.T)..aku malu..malu akan kealpaanku padaMu di kala Kau curahkan segala kesenangan padaku..malahan terus menerus leka diulit mainan syaitan dalam segenap segi..tika Engkau berikan aku nikmat hidup, setiap denyutan nadi..degupan jantungku, langsung tidak membiakkan rasa Taqwa dalam hatiku..tika Kau kurniakan TEMaN padaku..setiap pertemuan kami langsung tidak membuahkan rasa CiNTA padamu..dan, Kau anugerahkanku pelbagai lagi nikmat yang tidak dapat ku zahirkan, namun, kealpaanku menyebabkan aku langsung tidak menggunakan semua itu untuk mencambahkan rasa GERUN akan kekuasaan dan kebesaranMu..lantaran itu, aku tersedar setelah sekarang…sekarang, kau balikkan semua nikmat yang pernah Kau kurniakan padaku…Jika dahulu ku punya TEMaN yang kononnya SETiA dan BErSAMA ketika susah dan senang..tapi sekarang, aku kesorangan…sunyi..di kala ku diuji hebat sebegini..langsung aku ditinggalkan keseorangan..malahan, Kau hantar mereka sebagai ujian untuk ku…(T.T)tika itu juga baru aku sedar.. akan maghfirahMu..sedar akan RahmatMu..sedar akan betapa besar kasih dan cintaMu padaku..Ya Allah, tidak kira betapa jauh aku tersasar dari jalanMu, ku mohon akan rahmat dan keampunanMu..Ampunilah aku dan masukkanlah aku dalam golongan mereka yang solehin..ku merintih paduMu, jangan Kau kembalikan aku ke jalan yang batil..Ya Rabbal Alamin..(T.T)


Coretan Hatimu Yang Gersang
Dari: Hatimu

Untuk: Dirimu dan Sahabat-sahabatmu
Read More