30 Ogos 2011

Warkah Dari Ramadhan T.T

| |


Di waktu hening malam, di waktu aku pulang daripada menunaikan solat terawih yang terakhir, sebaik sahaja aku melangkah ke dalam kamarku, aku terjumpa helaian
bertulis di kaki pintu kamarku..aku mengambilnya, sambil berbaring, aku membaca susun atur huruf di warkah asing tersebut...

Untuk sahabatku,

Wahai sahabatku..sekalung penghargaan ku ucapkan padamu..telah kau sambutku dengan baik sejak awal kehadiranku..bukan engkau,malahan ribuan ummat Muhammad SAW telah menyambutku dengan penuh meriah..Setibanya aku di sini, ku dapat perhatikan seribu satu gelagat dalam menyambut sebagi tetamu mereka..
aku cukup terharu akan sambutan sesetengah mereka terhadapku..kebanyakannya menyambutku sebagaimana yang telah di ajar oleh junjungan besar Rasulullah SAW pada 1400 tahun dahulu..mereka berlumba-lumba beramal soleh, bersedekah, mendengar kuliah-kuliah agama, malahan masjid yang
dahulu gersang dari jemaah tampak sarat sejak kehadiranku..namun, dikala ramai yang bergembira akan kehadiranku, aku juga dapat lihat jiwa-jiwa yang kurang senang akan kehadiranku..malah langsung tidak mengendahkanku..aku sedih..mengapa hal yang demikan boleh berlaku..
tidakkah tergerak hatinya untuk bersama-sama dengan mereka yang lain berlumba-lumba berpesta ibadah menyambutku??adakah mereka ini ragu terhadap janji Allah akan kedatanganku??Sungguh sedih ku melihat akan sikap orang yang sedemikian..aku juga dapat perhatikan, bahawasanya pada awal kedatanganku, mereka menyambutku dengan meriah..
namun, kemeriahan itu berhenti di separuh jalan..ibadah mereka menyambutku hanya sekadar di awal kedatanganku..manakala di akhirnya,KOSONG..




Sahabatku, beberapa detik lagi akan ku tinggalkan kamu dan seluruh ummat Muhammad..
Oleh itu, sudilah aku berwasiat agar ianya dapat menjadi bekal peedoman bukan sahaja untukmu malahan buat seluruh warga Muslim,hinggalah kita bertemu semula selepas ini jika diizinkan Allah..Insya Allah..
Sahabatku, gunakanlah tabiah semasa kedatanganku untuk kau guna di hari-hari selepasku tinggalkanmu..perjalanan untuk kita bertemu semula cukup jauh..malahan, penuh rintangan dan ranjau duniawi..oleh itu, ambillah
pelajaran dan latihanmu semasa kedatanganku untuk kau perbaiki hati dan jiwamu bagi hari-hari yang mendatang..


Sahabatku, Istiqamahlah ibadah-ibadahmu sepanjang kedatanganku..teruskan ibadahmu sewaktu keberadaanku..rajinkanlah tangan-tanganmu untuk terus bersedekah,luaskanlah telinga-telingamu untuk terus menadah dan menimba ilmu-ilmu agama, ayunkanlah kaki-kaki mu untuk terus melangkah ke rumah-rumah Allah,
alirkanlah mata-matamu dengan embun taubat untuk terus takut dan sujud pada allah..nescaya, kedatangaku ini lebih bermakna buat dirimu..
Sahabatku, jangan kau galak berhari raya..kerna renungkanlah sejenak sekiranya ini pertemuan terakhir kita, layakkah kau bertempik sorak berhari raya??
Oleh itu, muhasabahlah dirimu wahai sahabtku..semoga kehadiranku pada kali ini memberi seribu makna bahkan dapat melahirkan jiwamu kepada lembayung ketaqwaan..Selamat Tinggal Sahabatku..Semoga ketemu di masa hadapan dengan IzinNya..Ku merinduimu...

Dari Sahabatmu,
RAMADHAN

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D