27 Ogos 2011

Sayuku sebelum Syawal..(-_-)

| |

Salam sahur!
Moga-moga kita berjaya rebut keberkatan sahur..di kala dingin subuh yang sepi ini, sudilah saya berkongsi wacana diri..Insya Allah, tepat jam 9.30pagi nanti saya akan bertolak dengan bas dari Kota Bharu. Special thanks to Rabbani Ridhwan n family..(^_^)..

Dalam kekalutan suasana kemeriahan untuk pulang ke desa halaman setelag beberapa lama di perantauan(ewah), saya terfikir sejenak..alangkah sayu untuk saya tinggalkan bumi kelahiran cik siti wan kembang...tanah rendah sekebun bunga yang begitu tersohor diangkat dan diberitakan sebagai serambi mekah..cukup sayu..kenapa?!sayu kerana Ramadhan kali ini saya rasakan begitu bermakna dan bersejarah dalam hidup saya untuk ditinggalkan. Suasana Ramadhan di sini cukup berbeza dari negeri-negeri lain..kali ini, saya cukup "galok" untuk menjalankan amalan-amalan serta mengikuti segala program-program yang di jalankan di Qaryah Ramadhan atau Perkampungan Ramadhan di perkarangan Stadiun Muhammad IV..Entah, berbeza daripada sebelum nie, jika ada jemputan sekalipun untuk tadarus di Qaryah Ramadhan pada sebelum-sebelum ini, saya tidak begitu berminat..Entah mengapa mari kegalakan lagu nie pada tahun ni..tapi, yang paling menyayat hati bagi saya ialah, meninggalkan Ramadhan..Bagi saya, suasana yang saya rindu untuk ditinggalkan bukan kerana keselesaan penghawa dingin di ruang solat Qarya, Bukan kerana kelazatan colek di Mubarak Cafe, bukan..tapi kerana suasana Ramadhan itu yang mengangkat semua ini kepada saya..oleh itu, terang-terang saya monolog hati saya mengakui, sungguh..aku akan merindui Ramadhan..aku akan merindui suasana Ramadhan, Rahmat dan keberkatan bulan Ramadhan..aku juga akan merindui untuk melihat suasana di mana masyarakatku begitu setia dan berkomitmen dalam mengerjakan Ibadat...Ya Allah...Cukup rindu pada semua itu....Mudah-mudahan saya berpeluang untuk mencicip kembali nikmat dan suasana Ramadhan di tahun hadapan..InsyaAllah...terkadang, saya juga terfikir..betul apa yang dikhabarkan dalam majalah Solusi..Cuba anda renungkan sejenak..Jika ini Ramadahan terakhir buat kita, layakkah kita berhari raya??renungkanlah..kita sibuk berhari raya, tapi erti kata sebenar AidilFitri itu kita abaikan..AidilFitri bermakna kembali kepada Fitrah..Fitrah dalam erti kata lain ialah kembali kepada kebiasaan manusia..SUCI..seperti bayi yang baru dilahirkan..tiada dosa dan noda..tapi,bagaimana anda kata anda menyambut kegembiraan diri dan jiwa anda yang kembali kepada fitrah sedangkan sambutan kita di AidilFitri dengan gelumang maksiat dan dosa?!Fikirkanlah sejenak..berbaloikah lapar dahaga kita?!Allah..Saya akhiri kalam ini dengan salam akhir dari Ramdhan..jawablah ia dengan sebaiknya..Barakallah..

2 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D