15 Ogos 2010

Profile Bersahur....Jom Survey..

| |
0 Komen
Memang dah jadi fitrah manusia, tambah budak2 yang seumur dengan saya nie ha.citer je bab bersahur, memang liat nak bangun.tambahan pula bila budak2 SMA yang mengaji agama,kekadang langsung x ambil prihatin akan kepentingan bersahur.belajar hanya sekadar hukum.bagi mereka,kalau tak wajib,ia ibarat satu beban untuk dilaksanakan secara rela.apa kata kita survey sejauh mana kepentingan dan fadhilat sahur dalam hadis dan sunnah...


Hadis Fadhilat Bersahur

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Makan sahurlah kamu sekalian, sebab dalam makan sahur itu ada berkahnya.” (Mutaffaq’alaih)

Rasanya hadis di atas masih belum cukup untuk anda2 di luar bersemangat untuk berpuasa kan?!macammana dengan hadis di bawah?!

Ahmad menambahkannya dari Hadis Abu Sa’id:

Artinya: Maka janganlah kamu tinggalkan sahur itu, dan seandainya seseorang diantara kamu meneguk (meminum) seteguk air, maka sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya mendoakan atau mengasihani orang-orang yang sahur itu. (HR. Ahmad) [1]

Lihatlah betapa pentingnya Islam menggalakkan ummatnya bersahur.Bukan semata-mata untuk bekalan bagi perut di siang hari,bahkan padanya barakah yang dijanjikan Allah SWT...bahakn ada dalam satu hadis yang menerangkan bahawasanya puasa orang muslim dan ahli kitab(yahudi atau nasrani) dibezakan dengan bersahur....


Kemusykilan Berkenaan Waktu Imsak

"alamak!!dah imsak....xsempat nak bersahur."

Pernah alami situasi begini?!betul ke bila masuk je waktu imsak,kita langsung x boleh sentuh makanan?!Jom usha hadis di bawa
h:

Dalam satu hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda “ Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar( subuh).” Berdasarkan hadis ini, selagi belum tiba waktu subuh, maka selagi itulah dibenarkan makan dan minum. Ini kerana waktu sahur hanya berakhir dengan bermulanya azan subuh.

so, di mana waktu imsak?!sebenarnya, waktu imsak yang diamalkan oleh masyarakat kita di sini hanya sebagai langkah berjaga-jaga.Ada satu hadis yang memperihalkan juga tentang Imsak walaupun tidak secara langsung,

daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Shahihnya, sabda Nabi s.a.w “ Zaid bin Tsabit menerangkan dia bersahur bersama Nabi s.a.w, kemudiannya bangun pergi mendirikan solat(subuh), Anas bertanya: “Berapa lamakah tempoh antara keduanya ( antara sahur dan solat subuh)?, Zaid menjawab., “sekadar tempoh membaca 50 atau 60 ayat Al-Quran.” Berdasarkan hadis ini jangka masa antara waktu sahur dengan waktu subuh ialah kira-kira bacaan 50 hingga 60 ayat Al-Quran yang sederhana panjangnya dan mungkin dalam tempoh masa 15 hingga 20 minit.

so,jika anda terbangun lewat utntuk bersahur,atau terlajak hingga ke waktu imsak,jangan berlengah,terus capai air masak ke,kurma ke or ape2 yang boleh di bawa bersahur agar kita mendapat barakah yang di janjikan......

Read More

13 Ogos 2010

Penantian yang berakhir..

| |
0 Komen
Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah SWT coz masih lagi kita berada dalam lembayaung rahmatNya.masih lagi kita merasai nikmat2 yang dicurahkan olehNya x kira dari langit mahupun di bumi.Hmm.dah bersawang entri kay nie haa.bukannya malas nk post entri, tapi disebabkan kekusutan yang perlu diberi perhatian.x lain x bukan benda yang memang semua pelajar alah :exam

Ramadahan.. akhirnya maqbul juga hajat kay unt
uk bertemu Ramadhan...mungkin saudara2 n saudari2 di luar sana ada yang tak seperasaan dengan kay terhadap Ramadahan kan?!biasanya bila start je pengumuman puasa di TV,ragam yang selalu kita dengar :-

"Alamak,dah nak puasa?!adoi!!!!xbestla mcmnie...."

"Puasa?!ade beza ke puasa ke x?!"

"Esok nk puasa,mlm nie kna mak
an banyk2"

.....dan macam2 lagi kan?!biasalah,tiap2 orang punya ragam mereka masing2.tapi sebetulnya,kita perbetulkan persepsi kita terhadap ramadhan..mgkin ramai di luar sana yang xthu or pura2 tak tahu bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat menyambut Ramadhan.


Sambutan Rasullullah SAW dan sahabat tatkala tibanya waktu Ramadhan

"Ya Allah, berkatilah diriku di bulan rejab dan syaaban ,dan sampaikanlah kepadaku kepada bulan ramadhan"

pernah dengar doa nie?!haa.kalau nak tahu, inilah doa yang menjadi amalan para sahabat tatkala masuk je bulan rejab.amat jauh sekali pendirian para sahabat dengan kita di zaman ini...lihat betapa excitednyer mereka nk sambut ramdahan.selain berdoa, para2 sahabat juga prepare dari segi rohani dan jasmani bagi menghadapi ramadhan dengan merujuk masalah2 yang timbul dari segi hukum dan syara' kepada nabi dan al-quran.aduh,perbezaan terlalu ketara jikalau nak dibandingkan mereka dengan keadaan kita di sini.kalau di sini, hari pertam ramadhan,bru la nak rujuk kitab cari hukum tu,hukum nie,rujuk ustaz2 tanya masalah itu dan ini.so, bagaimana kiat nak rasa suasana ramadahan kalau kita sendiri masih terhegeh-hegeh.mungkin sikap malas yang masih melekat dalam diri masing2 menyebabkan kita agak ketinggalan dalam hal2 sebegini



Sucikan jiwamu dengan Ramadhan...

actually,ramadhan nie bukan sekadar berpuasa semata-mata.ramai yang beranggapan,ramadhan adalah "bank" terbaik untuk simpan duit poket,ada yang menganggap sebagai sumber rezeki di bazar2 dan lain2.disebabkan anggapan2 beginilah yang menyebabkan ramai orang tak terkesan jiwanya selepas or sebelum ramadhan.para2 ulama' menyifatkan bahawa ramadhan ialah sekolah/kampus jiwa.time tu la kita nak didik nafsu dalam jiwa kita bang oi.ingat mental je kena sekolah?!jiwa pon kna tau!akibat jiwa2 yang tak sekolah nie lah yang menyebabkan manusia langgar hukum alam..buang anak sesuka hati,zina,pergaulan bebas.dan macam2 lagi.itu bukti jiwa yang x ber"sekolah".ada yang x setuju?!kalau yang tak setuju tu, SAH jiwa dia tak terkesan daripada ramadhan sebelum2 ini...jadi ramdhan nie la tempat kita didik jiwa, nak kata halangan seperti syaitan tue,memang dah xde.ni la masenya.tapi masalahnya,ramai yang xambil peduli.itu pasal jiwa diaorang makin lama makin rosak menurut nafsu yang x akan habis kehendaknya.senang citer, nafsu nie ibarat benda yang penuh duri di sekitarnya.jiwa kita nie ibarat satu bnda yang lembut dan mudah rapuh apabila ditempuh...persoalannya, bagaimana mahu melindungi jiwa kita dari nafsu?!the answer is...kita perlukan shield ataupun perisai bagi melindingi jiwa kita yang rapuh nie,yakni IMAN.so, jom kita tebalkan shield kita agar jiwa kita selamat!
Ramadhan Penantian yang berakhir.....
bagi abang2,kakak2 di luar sana, mungkin sebelum nie x beberapa tahu pasal hakikat dan fadhilat yang dijanjikan oleh Allah dalam ramadhan,kan?!jadi,sedarlah, tuhan bagi kita peluang tahun ini untuk bertemu dengan ramadhan,so manfaatkanlah peluang yang ada.masih banyak hari untuk kita perbetulkan diri dan tingkatkan amalan agar kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa seperti dalam firman Allah....
Read More