15 Ogos 2010

Profile Bersahur....Jom Survey..

| |
Memang dah jadi fitrah manusia, tambah budak2 yang seumur dengan saya nie ha.citer je bab bersahur, memang liat nak bangun.tambahan pula bila budak2 SMA yang mengaji agama,kekadang langsung x ambil prihatin akan kepentingan bersahur.belajar hanya sekadar hukum.bagi mereka,kalau tak wajib,ia ibarat satu beban untuk dilaksanakan secara rela.apa kata kita survey sejauh mana kepentingan dan fadhilat sahur dalam hadis dan sunnah...


Hadis Fadhilat Bersahur

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Makan sahurlah kamu sekalian, sebab dalam makan sahur itu ada berkahnya.” (Mutaffaq’alaih)

Rasanya hadis di atas masih belum cukup untuk anda2 di luar bersemangat untuk berpuasa kan?!macammana dengan hadis di bawah?!

Ahmad menambahkannya dari Hadis Abu Sa’id:

Artinya: Maka janganlah kamu tinggalkan sahur itu, dan seandainya seseorang diantara kamu meneguk (meminum) seteguk air, maka sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya mendoakan atau mengasihani orang-orang yang sahur itu. (HR. Ahmad) [1]

Lihatlah betapa pentingnya Islam menggalakkan ummatnya bersahur.Bukan semata-mata untuk bekalan bagi perut di siang hari,bahkan padanya barakah yang dijanjikan Allah SWT...bahakn ada dalam satu hadis yang menerangkan bahawasanya puasa orang muslim dan ahli kitab(yahudi atau nasrani) dibezakan dengan bersahur....


Kemusykilan Berkenaan Waktu Imsak

"alamak!!dah imsak....xsempat nak bersahur."

Pernah alami situasi begini?!betul ke bila masuk je waktu imsak,kita langsung x boleh sentuh makanan?!Jom usha hadis di bawa
h:

Dalam satu hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda “ Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar( subuh).” Berdasarkan hadis ini, selagi belum tiba waktu subuh, maka selagi itulah dibenarkan makan dan minum. Ini kerana waktu sahur hanya berakhir dengan bermulanya azan subuh.

so, di mana waktu imsak?!sebenarnya, waktu imsak yang diamalkan oleh masyarakat kita di sini hanya sebagai langkah berjaga-jaga.Ada satu hadis yang memperihalkan juga tentang Imsak walaupun tidak secara langsung,

daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Shahihnya, sabda Nabi s.a.w “ Zaid bin Tsabit menerangkan dia bersahur bersama Nabi s.a.w, kemudiannya bangun pergi mendirikan solat(subuh), Anas bertanya: “Berapa lamakah tempoh antara keduanya ( antara sahur dan solat subuh)?, Zaid menjawab., “sekadar tempoh membaca 50 atau 60 ayat Al-Quran.” Berdasarkan hadis ini jangka masa antara waktu sahur dengan waktu subuh ialah kira-kira bacaan 50 hingga 60 ayat Al-Quran yang sederhana panjangnya dan mungkin dalam tempoh masa 15 hingga 20 minit.

so,jika anda terbangun lewat utntuk bersahur,atau terlajak hingga ke waktu imsak,jangan berlengah,terus capai air masak ke,kurma ke or ape2 yang boleh di bawa bersahur agar kita mendapat barakah yang di janjikan......

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D