1 September 2011

Salam Aidilfritri..(^_^)

| |
0 Komen
Salam Syawal!Cuma ucapan yang saya dapat hulurkan....
tak dapat nak tulis entri panjang-panjang..sibuk!bukan sibuk beraya,hanya sibuk mengejar masa..!esok sudah berangkat ke Kelantan..hai..Tahun yang paling sibuk dan mungkin sebab itulah lebaran pada tahun ini langsung takde mood..apa-apa pun, semoga Syawal tahun ini membawa kita kembali kepada FITRAH...dan, Selamat menyambut Kemerdekaan..
Video di bawah ini khas untuk anda semua yang disayangi dan terutama ayah dan bonda yang tercinta serta seluruh sanak saudara yang mengenali diri ini....




P/S: Maleh nk ulas banyak2 pasal kemerdekaan sebab benci sejarah dalam buku teks yang diseleweng.. :)
Read More

30 Ogos 2011

Warkah Dari Ramadhan T.T

| |
0 Komen


Di waktu hening malam, di waktu aku pulang daripada menunaikan solat terawih yang terakhir, sebaik sahaja aku melangkah ke dalam kamarku, aku terjumpa helaian
bertulis di kaki pintu kamarku..aku mengambilnya, sambil berbaring, aku membaca susun atur huruf di warkah asing tersebut...

Untuk sahabatku,

Wahai sahabatku..sekalung penghargaan ku ucapkan padamu..telah kau sambutku dengan baik sejak awal kehadiranku..bukan engkau,malahan ribuan ummat Muhammad SAW telah menyambutku dengan penuh meriah..Setibanya aku di sini, ku dapat perhatikan seribu satu gelagat dalam menyambut sebagi tetamu mereka..
aku cukup terharu akan sambutan sesetengah mereka terhadapku..kebanyakannya menyambutku sebagaimana yang telah di ajar oleh junjungan besar Rasulullah SAW pada 1400 tahun dahulu..mereka berlumba-lumba beramal soleh, bersedekah, mendengar kuliah-kuliah agama, malahan masjid yang
dahulu gersang dari jemaah tampak sarat sejak kehadiranku..namun, dikala ramai yang bergembira akan kehadiranku, aku juga dapat lihat jiwa-jiwa yang kurang senang akan kehadiranku..malah langsung tidak mengendahkanku..aku sedih..mengapa hal yang demikan boleh berlaku..
tidakkah tergerak hatinya untuk bersama-sama dengan mereka yang lain berlumba-lumba berpesta ibadah menyambutku??adakah mereka ini ragu terhadap janji Allah akan kedatanganku??Sungguh sedih ku melihat akan sikap orang yang sedemikian..aku juga dapat perhatikan, bahawasanya pada awal kedatanganku, mereka menyambutku dengan meriah..
namun, kemeriahan itu berhenti di separuh jalan..ibadah mereka menyambutku hanya sekadar di awal kedatanganku..manakala di akhirnya,KOSONG..




Sahabatku, beberapa detik lagi akan ku tinggalkan kamu dan seluruh ummat Muhammad..
Oleh itu, sudilah aku berwasiat agar ianya dapat menjadi bekal peedoman bukan sahaja untukmu malahan buat seluruh warga Muslim,hinggalah kita bertemu semula selepas ini jika diizinkan Allah..Insya Allah..
Sahabatku, gunakanlah tabiah semasa kedatanganku untuk kau guna di hari-hari selepasku tinggalkanmu..perjalanan untuk kita bertemu semula cukup jauh..malahan, penuh rintangan dan ranjau duniawi..oleh itu, ambillah
pelajaran dan latihanmu semasa kedatanganku untuk kau perbaiki hati dan jiwamu bagi hari-hari yang mendatang..


Sahabatku, Istiqamahlah ibadah-ibadahmu sepanjang kedatanganku..teruskan ibadahmu sewaktu keberadaanku..rajinkanlah tangan-tanganmu untuk terus bersedekah,luaskanlah telinga-telingamu untuk terus menadah dan menimba ilmu-ilmu agama, ayunkanlah kaki-kaki mu untuk terus melangkah ke rumah-rumah Allah,
alirkanlah mata-matamu dengan embun taubat untuk terus takut dan sujud pada allah..nescaya, kedatangaku ini lebih bermakna buat dirimu..
Sahabatku, jangan kau galak berhari raya..kerna renungkanlah sejenak sekiranya ini pertemuan terakhir kita, layakkah kau bertempik sorak berhari raya??
Oleh itu, muhasabahlah dirimu wahai sahabtku..semoga kehadiranku pada kali ini memberi seribu makna bahkan dapat melahirkan jiwamu kepada lembayung ketaqwaan..Selamat Tinggal Sahabatku..Semoga ketemu di masa hadapan dengan IzinNya..Ku merinduimu...

Dari Sahabatmu,
RAMADHAN

Read More

27 Ogos 2011

Sayuku sebelum Syawal..(-_-)

| |
2 Komen

Salam sahur!
Moga-moga kita berjaya rebut keberkatan sahur..di kala dingin subuh yang sepi ini, sudilah saya berkongsi wacana diri..Insya Allah, tepat jam 9.30pagi nanti saya akan bertolak dengan bas dari Kota Bharu. Special thanks to Rabbani Ridhwan n family..(^_^)..

Dalam kekalutan suasana kemeriahan untuk pulang ke desa halaman setelag beberapa lama di perantauan(ewah), saya terfikir sejenak..alangkah sayu untuk saya tinggalkan bumi kelahiran cik siti wan kembang...tanah rendah sekebun bunga yang begitu tersohor diangkat dan diberitakan sebagai serambi mekah..cukup sayu..kenapa?!sayu kerana Ramadhan kali ini saya rasakan begitu bermakna dan bersejarah dalam hidup saya untuk ditinggalkan. Suasana Ramadhan di sini cukup berbeza dari negeri-negeri lain..kali ini, saya cukup "galok" untuk menjalankan amalan-amalan serta mengikuti segala program-program yang di jalankan di Qaryah Ramadhan atau Perkampungan Ramadhan di perkarangan Stadiun Muhammad IV..Entah, berbeza daripada sebelum nie, jika ada jemputan sekalipun untuk tadarus di Qaryah Ramadhan pada sebelum-sebelum ini, saya tidak begitu berminat..Entah mengapa mari kegalakan lagu nie pada tahun ni..tapi, yang paling menyayat hati bagi saya ialah, meninggalkan Ramadhan..Bagi saya, suasana yang saya rindu untuk ditinggalkan bukan kerana keselesaan penghawa dingin di ruang solat Qarya, Bukan kerana kelazatan colek di Mubarak Cafe, bukan..tapi kerana suasana Ramadhan itu yang mengangkat semua ini kepada saya..oleh itu, terang-terang saya monolog hati saya mengakui, sungguh..aku akan merindui Ramadhan..aku akan merindui suasana Ramadhan, Rahmat dan keberkatan bulan Ramadhan..aku juga akan merindui untuk melihat suasana di mana masyarakatku begitu setia dan berkomitmen dalam mengerjakan Ibadat...Ya Allah...Cukup rindu pada semua itu....Mudah-mudahan saya berpeluang untuk mencicip kembali nikmat dan suasana Ramadhan di tahun hadapan..InsyaAllah...terkadang, saya juga terfikir..betul apa yang dikhabarkan dalam majalah Solusi..Cuba anda renungkan sejenak..Jika ini Ramadahan terakhir buat kita, layakkah kita berhari raya??renungkanlah..kita sibuk berhari raya, tapi erti kata sebenar AidilFitri itu kita abaikan..AidilFitri bermakna kembali kepada Fitrah..Fitrah dalam erti kata lain ialah kembali kepada kebiasaan manusia..SUCI..seperti bayi yang baru dilahirkan..tiada dosa dan noda..tapi,bagaimana anda kata anda menyambut kegembiraan diri dan jiwa anda yang kembali kepada fitrah sedangkan sambutan kita di AidilFitri dengan gelumang maksiat dan dosa?!Fikirkanlah sejenak..berbaloikah lapar dahaga kita?!Allah..Saya akhiri kalam ini dengan salam akhir dari Ramdhan..jawablah ia dengan sebaiknya..Barakallah..
Read More

25 Ogos 2011

Surat dari hatiku..T.T

| |
0 Komen

Sedang aku bersahaja di kamar,tiba2 aku terjumpa satu warkah pesanan dari dalam diriku...Warkah tersebut menceritakan....

Tika ini, hatiku berbolak balik menanggung keperitan yang amat pedih. Lebih perit dari sembilu yang melukakan kulit, lebih hebat dari itu. Aku diuji dengan pelbagai dugaan.Sakit…sungguh sakit(T.T) dan perit untuk menerima hakikat ini..Kala ini, tiada siapa yang dapat aku lihat di belakangku. Kawan-kawan, teman-teman, kaum keluarga mahupun sahabat karib, semuanya seolah-olah tidak wujud dalam kamus kehidupanku.Dan saat aku diuji hebat olehMu, baru aku sedari hakikat yang sebenar erti kasih sayang dan rahmatMu.Baru ku rasai akan kehadiranMu..Tika aku lemas dalam lautan ujianMu yang hebat bergelora,(T.T) tika itu juga aku sedari hakikat sebenar “TEMaN” yang tidak mampu berbuat apa-apa di kala kondisi hatiku yang kian parah.Malah, mereka seolah-olah tidak wujud! Aku juga tersedar, di saat aku diuji hebat sebegini, baru ku tersedar akan jarak hubunganku denganMu, Ya Allah..Saat ini, diri terasa amat malu mengharap pertolonganMu..dan diri ini juga bagai malu untuk mencicip segala nikmat-nikmatMu..terasa jelas dalam hidupku yang telah lama gersang dengan pedoman..terasa hilang semangat untuk hidup..sampai,terlintas di fikiran untuk mengambil jalan pintas agar segera bertemu Malaikat Maut (T.T)..aku malu..malu akan kealpaanku padaMu di kala Kau curahkan segala kesenangan padaku..malahan terus menerus leka diulit mainan syaitan dalam segenap segi..tika Engkau berikan aku nikmat hidup, setiap denyutan nadi..degupan jantungku, langsung tidak membiakkan rasa Taqwa dalam hatiku..tika Kau kurniakan TEMaN padaku..setiap pertemuan kami langsung tidak membuahkan rasa CiNTA padamu..dan, Kau anugerahkanku pelbagai lagi nikmat yang tidak dapat ku zahirkan, namun, kealpaanku menyebabkan aku langsung tidak menggunakan semua itu untuk mencambahkan rasa GERUN akan kekuasaan dan kebesaranMu..lantaran itu, aku tersedar setelah sekarang…sekarang, kau balikkan semua nikmat yang pernah Kau kurniakan padaku…Jika dahulu ku punya TEMaN yang kononnya SETiA dan BErSAMA ketika susah dan senang..tapi sekarang, aku kesorangan…sunyi..di kala ku diuji hebat sebegini..langsung aku ditinggalkan keseorangan..malahan, Kau hantar mereka sebagai ujian untuk ku…(T.T)tika itu juga baru aku sedar.. akan maghfirahMu..sedar akan RahmatMu..sedar akan betapa besar kasih dan cintaMu padaku..Ya Allah, tidak kira betapa jauh aku tersasar dari jalanMu, ku mohon akan rahmat dan keampunanMu..Ampunilah aku dan masukkanlah aku dalam golongan mereka yang solehin..ku merintih paduMu, jangan Kau kembalikan aku ke jalan yang batil..Ya Rabbal Alamin..(T.T)


Coretan Hatimu Yang Gersang
Dari: Hatimu

Untuk: Dirimu dan Sahabat-sahabatmu
Read More

12 Jun 2011

Aku terima nikahnya..

| |
0 Komen
Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami...

P/s: Sblom ulasan lebih panjang dan berurat-urat, special thanks to AuraFyrah sbb bg alert untuk meng"update" blog nie...(to AuraFyrah:da kempen blog kamu di sini, minta elaun erk..he he he)


Ops2...jangan gabra awal2.. bukan saya yang menamatkan zaman bujang, haha..mungkin lambat lagi rasanya kata2 tersebut terpacul di bibir saya...kalau diikutkan perancangan hidup, masih tiada perancangan untuk beristeri..kui3..

(haaa...sape nak kawen??nie tok kadi ader)

haha..tapi kalau ada makcik2 atau pakcik2 yang sudi bermenantukan diri ini, maka InsyaAllah cita-cita pakcik dan makcik itu akan saya realisasikan tanpa syarat..haha..
oklah...sebenarnya kata2 berikut merupakan petikan kata-kata dari artis tersohor
tanah air yang mencukupkan koutanya dengan isteri keempat, Abang Salih Yacob.Tahniah saya ucapkan. hehe.. bagi yang masih belum cukup kouta, saya doakan agar Allah mudahkan urusan anda mencukupkan hidup ber"kouta"..(^_^)..hehe..

(romantikler tupai nih)


Ok, tutup kisah diri saya. Saya nak berkongsi sesuatu dengan anda. Baru-baru ini sahabat saya Amirul Mustaqim (yang dalam gmbar dlam profil diri saya di ^ atas) mengajak saya ke Forum Keluarga anjuran kerajaan negeri kelantan yang bertempat di padang Machang. Mula2nya dikhabarkan kepada saya ceramah politik oleh Izzah(anak Anwar Ibrahim)..Lagi2 la bertambah excitednya..jadi, kami pon bertolak selepas Maghrib seramai 15 orang dengan van INOKOM sekolah. tapi, excitednya berubah bila sampai..Jelas2 bannaer di pentas tulis FORUM KELUARGA siap dengan ahli panel, Ustaz Saibon, Pn Zawiyah dan Ahli Parlimen Manchang, YB Saifudin..so, nak xnk..kna la jugak dengar..
namun, excited kami yang luntur kembali bersinar pabila dapat tahu Forum tersebut dipengerusi oleh US Ubaidillah(siapa yang baca novel Warkah Cinta Berbau Syurga, or Kala Cinta Dan Wahyu bersatu or Mengintai Cinta Khalifah
pasti nama itu tidak asing baginya).Selesai perasmian(ade pulak furom kena rasmi) oleh Exco Pembangunan Wanita negeri Kelantan, YB Wan Ubaidah(kalo x silap), Forum dimulakan.
Saya tertarik dengan ulasan Pn Zawiyah dari JAKIM pabila soalan ditanya bagaimana nak mendidik anak berikutan sabda Nabi SAW, didiklah anakmu 100 tahun sebelum ia lahir..
Dia menjelaskan, untuk membentuk anak yang soleh, ianya bermula dari datuk dan nenek seseorang anak. Bagi menjelaskan situasi ini,beliau menceritakan pengalaman beliau. ada seorang wanita, mengadu padanya...
"Ustazah, saya sudah berkahwin, 3 orang anak..tapi hidup x senang duduk..selalu bertekak dengan suami..puas dah jumpa
kanselor, tapi x juga selasai.."
Ustazah Zawiyah jwb,
"Camnilah, Puan balik buat solat hajat..2 minggu datang balik kalau x berkesan"
Selepas 2 minggu, wanita tersebut kembali..
"x boleh ustazah..kami malah jadi makin teruk.."
Maka, ustazah pon menjawab
" Beginilah, esok saya minta awak datang dengan mak dan ayah awk dan serta mak dan ayah suami awk"
Kesokan hari,Ustazah tersebut membuat perbincangan bersama dengan ibu bapa pasangan tersebut.
"Saya nak tanya pada makcik dan pakcik sekelian.Ada ke yang terasa or tidak redha pada pasangan tersebut..atau sesuatu yang tak berkenan terhadap anak anda masing2?Minta beritahu sekarang..
anak anda kritikal nih...kita tak mahulah jadi benda2 macamnie..Kesian cket pada anak2 kita"
Dipendekkan cerita, Ayah dan ibu Si Suami jelas mengatakan tidak ada masalah dengan pasangan tersebut.Bila ditanya pada ibu bapa si Isteri, tiba-tiba Ibunya menangis...

Bila ditanya kembali pada si ayah, dengan selamba dia menjawab,
"Xde UStazah...mana ada masalah!"
Setelah perbincangan yang kurang berhasil, maka ustazah ni pon suruh kedua-dua keluarga balik...
X lama lepas tu, datang balik ayah si ISteri..
"Ustazah, saya nak mengaku nie..hari tu saya malu ustazah..sebenarnya, anak perempuan kami adalah anak sebelum kami nikah(anak luar nikah)..dan ketika dia berkahwin, saya sendiri menjadi wali pada anak saya"
maka, ustazah itu pon terkejut.dan dipendekkan cter, pasangan tersebut terpaksa dinikahkan kembali menggunakan wali hakim. Nak dikisahkan di sini bahawa, tunjang kebahagiaan itu bermula dari ibu bapa lagi yang membentuk dan melahirkan anak2 tersebut. itulah yang dimaksudkan dalam sabda junjungan SAW. Jika kita sebagai ibu bapa, tidak menjaga perkara ini, maka kesannya akan menjangkit pada si anak.Tuntasnya, marilah kita jaga setiap perhubungan kita. Moga-moga Allah lahirkan kita zuriat yang Soleh dan solehah..
Setakat ini dahulu coretan saya..banyak lagi kiranya yang boleh saya kongsi dari Forum..insyaAllah, saya akan selitkan jika berkesempatan..dan satu perkara lagi, minta doa dari kalian...lebih kurang x sampai 5 bulan lagi saya akan menempuhi SPM..doakan yang terbaik untuk saya..Amin! Salam sayang dan rindu dititipkan buat semua dari saya..^-^
Read More

26 Mei 2011

Dalam gamit hati ini....

| |
0 Komen

saat jari ini menari-nari menyusun bicara bisu ini, saya baru sahaja selesai menempuhi musim peperiksaan yang agak bercelaru....Saat ini juga, pintu kemerdekaan terbuka sipi untuk 2 minggu berikutan cuti semester 2 minggu...dan buat semua rakan se maahad dan rakan seluruhMalaysia , selamat menjalani minggu cuti anda..manfaatkan cuti sebaiknya..pesanan ikhlas dari saya yang selalu juga hanyut membuang masa @ tidor..hehehe...anywayz, sama2 lah kita islahkan diri masing2 dari sehari ke sahari...mudah2an kita tergolong dalam golongan mereka yang dirahmati Allah senantiasa hendaknya...Amin!

lebih 2 bulan saya tak kunjung ke negeri asal...
rasa rindu membuak-buak di hati mengenangkan desa halaman..
mengenangkan keluarga, abi, umi, adik2, opah, atok dan semua...
mengenangkan kawan2..
dan lain2(xde modal plak)

mungkin anda rasa scene di atas dirasai oleh anda sendiri tatkala menjelang lebaran bagi yang merantau jauh..tapi bagi saya, perasaan itu sudah menjadi darah daging dalam diri x kira lebaran mahupun hari2 biasa..tatkala melihat sahabat handai bersama keluarga, bergurau senda, meluahkan masalah bersama...tapi saya (-_-), keseorangan tanpa lawatan dari keluarga....bahkan mungkin rakan2 se"asrama" yang lain juga turut merasa suasana seperti ini..di kala inilah timbul rasa sayu kerna berjauhan..namun sebaik sahaja perasaan sedih menjengah, kata2 ummi terlebih dahulu menepis jauh perasaan tersebut..walaupun begitu, terkadang terbit juga airmata mengizharkan kesayuan hati ini...T.T..huuuu...so, buat kawan2 yang senasib dengan saya..jangan anggap ini sebagai parasit yang memakan semangat anda...sudah ini pengorbanan yang perlu kita hadapi..so, terus bersemangat menuntut!Allah melihat dan menjadi saksi di atas segala perit kita menghadapi ujian...!!InsyaAllah..kita memperoleh balasan setimpal!Amin....jadi, saya pohon doa anda...doakan saya agar terus istiqamah menuntut ilmu Allah seterusnya melakar kejayaaan!!..akhirul kalam, ingatku dalam doaMu...

SELAMAT BERCUTI!
Read More