29 Disember 2008

Salam Maal Hijrah 1430...

| |
0 Komen
Sudah masuk tahun 1430 Hijrah.....Adakah anda sudah bersedia untuk berubah? atau antum semua masih sedang memikirkan apakah perlunya anda berubah?
Ketahuilah wahai Umat Muhammad! Bahawasanya Manusia itu tidak akan sempurna selama-lamanya... Walaupun antum membuat berkali-kali perubahan...
Namun begitu ana tidak mengatakan antum semua tidak perlu berubah.... Pentingnya perubahan atau penghijrahan adalah untuk memperbaiki diri ini lebih baik dari sebelumnya....Agar diri ini semakin meningkat usia, semakin dekat diri kita kepada Allah. Jangan apabila ditimpa masalah baru nak memperbaiki hubungan kita denganNya......
Nabi Muhammad SAW bersabda yang mana lebih kurang maksudnya" Tidak lagi hijrah selepas hijrah ke Madinah". Ini tidak bermakna kita tidak dibolehkan berhijrah....Nabi hanya megatakan hijrah dari segi perbuatan. Bukan dari segi psikologi....
Jadi....Berhijrahlah...Yang tak pernah bersolat cubalah bersolat...semoga hijrah pada tahun ini mendekatkan diri kita kepada pencipta......
Read More

25 Disember 2008

HAMILUL QURAN....SATU TANGGUNGJAWAB

| |
2 Komen

Coretan ini ana tujukan kepada pembaca yang sudah begelar Al-Hafiz, Ataupun yang sedang berusaha untuk menjaga Kalamullah di atas muka bumi ini. Sememangnya ramai lagi yang menyalah anggap terhadap oang yang bergelar tahfiz. Mereka menganggap pelaja tahfiz ini tidak boleh membuat sebarang aktiviti kemasyarakatan....Sebelum ana mengulas lebih lanjut ana ingin menceritakan satu tragedi yang menimpa sahabat ana sendiri.......
Dia meminati bidang tahfiz sejak kecil lagi. Apabila tamat darjah 6 dia menyatakan hasratnya untuk bidang tahfiz kepada kedua oang tuanya....Namun begitu, setelah 2 tahun berada dalam arena tahfiz dia mendapat tekanan daripada ibubapanya..... Ibubapanya menganggap seorang hafiz tidak perlu membuat aktiviti kemasyarakatan....Contohnya menonton bola, pergi bergaul dengan jiran tetangga dan lain-lain. Kesudahannya dia menjadi gila akibat mendapat tekanan yang sangat kuat...
Ana harap Allah melindungi perkara itu berlaku pada ana...Hmmm....Sebenarnya karier sebagai seorang hafiz/hafizah tidak menghalang untuk melakukan sebarang akativiti kemasyarakatan....pun begitu, hendaklah ianya dikawal....Jikalau tidak dikawal maka ianya akan menjadi satu BUKTI untuk Allah menyiksa kita di Akhirat kelak...Jadi jagalah apa yang kita pikul....kerana apabila ia pergi maka tidak mungkin ia akan kembali....Apa gunanya Allah memilih kita, memberi kepercayaan kepada kita untuk menjaga ayat-ayatNya, tapi setelah kita bertungkus-lumus kita mengabaikannya....Ana teringat pesan Guru Quran ana, [Ustaz Azam B Che Yusuf] “Biarlah kita tidak mampu mengigati seluruh isi Al-Quran, tapi 5 juzu’ yang terawal pun jadilah”.
Ana harap agar semua orang yang membawa sebagai Hamilul Quran memikul dengan penuh dedikasi dan tidak menjatuhkan maruah sebagai penghafal Quran. Ingatlah janji Allah pasti benar......Ikhlaskanlah niat anda.... Setiap huruf, ayat dan juzu’ bakal ditanya di akhirat kelak.....Wallahu”lam....
Read More

24 Disember 2008

Marilah Menyambut Seruannya...

| |
0 Komen


Solat berjemaah.....

Kita sering mendengar suara azan di setiap corong - corong pa system di setiap masjid.... namun ramai di antara kita langsung tidak mengendahkan seruan tersebut..... Bahkan kita adalah muslim.... sebagaimana firman Allah swt Yang mana menyeru kita supaya solat berjemaah.....
Firman Allah SWT:


" Dan hadapkanlah wajah kamu di setiap tempat sujud (Masjid)........"


(Surah Al-a'raaf, Ayat 29)

Mengapa kita begitu susah untuk menyambut seruan Ilahi? Sedangkan Dia lah yang menciptakan kita....Dan tujuan Yang Maha Esa menciptakan kita adalah hanya untuk beribadat kepadaNya..... Bayangkan! Allah sudah menciptakan kita sedangkan kita melawan Dia pula......
Cuba kalau kita mencipta sesuatu misalnya Robot, pasti kita mengharapkan robot tersebut mengikuti apa yang diperintahkan...Tapi jikalau robot tersebut tidak mengerjakan apa yang disuruh bahkan cuba melawan kita pula apa perasaan kita......berbaloikah penat lelah kita mencipta robot tersebut? Sedangkan Yang Esa murka akan makhlukNya yang ingkar..... Inikan pula Manusia.....Fikir-fikirlah wahai manusia!


Terdengar suara azan tinggalkan semua urusan,
Ayuh ayuh mari teman laksanakan perintah Tuhan,
Namun kau katakan nanti,
Nanti sekejap lagi,
Kau sering katakan tunggu,
Atau pergi dahulu

Bergema alunan azan memuji kebesaran Tuhan
Ayuh ayuh semua insan,
Mari menuju kejayaan,
Namun katamu tiada waktu,
Biar saja berlalu,
Dibuai helah duniamu,
Seakan tak bersyukur

Manusia terlena dalam mimpi indah,
Cinta dunia yang fana hanya sementara,
Insan terlupa janji kepada Tuhannya,
Terus mendustakan kurniaan Maha Esa
Read More

23 Disember 2008

Alhamdulillah

| |
0 Komen


Alhamdulillah...Setelah bertungkus-lumus dapat juga ana meng"upgade"kan blog ini.....
Memang sedikit sussah namun akhirnya siap juga.....ana harap dakwah ana akan terus berterusan.........Ya Allah! Permudahkanlah segala urusanku di atas dunia ini selagi ia tidak bertentangan dari syariatMu.......
Read More

14 Disember 2008

Berhati-hati dengan virus Aqidah

| |
3 Komen
Koreksi saya terhadap artikel ini..sila baca sampai habis

--------------------------------------

seorg anak kecil ditemukan di acheh barat, di tubuh anak itu terdapat tulisan nama Allah,dan anak itupun bisa bicara dgn binatang apapun,ini tanda kiamat,dunia ini hampir dekat,sebarkan berita ini ke 10 orang,insyaAllah dalam jangka 10 hari anda akan mendapat rezki besar,kalau tidak anda akan mendapat kesulitan tanpa henti,ini amanah,jangan diremehkan.kabar ini dtg dari tengku hasbi aminwakil m.p.u aceh barat,kejadian ini nyata.

demi Allah

================================

mungkin banyak lagi contoh lainyang sahabat terima..


Saya bukan nak mempersoalkan kesahihan berita budak tersebut tetapi nak mempersoalkan ayat terakhir yg berbunyi sekiranya kita sebarkan kepada 10 orang rezeki akan bertambah dan sekira sebaliknya maka kita akan didatangi perkara sial..


Ini Kes Serius.. membabitkan persoalan aqidah umat islam..


Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar kepada 10 rakan berita ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah


Ingat,ALLAH lah yang memberi kita rezeki dan Dia jugalah yang menghidupkan kita, jikalau ALLAH nak tarik kita dengan sekelip mata sahaja kita hilang dari sini... jadi saya nasihatkan ( Jangan mudah terpedaya dengan risalah yang kamu atau sesiapa yang dapat)

berfikir sebelum buat ....teliti sblm bertindak.........

mudah-mudahan selamat kita semua dunia akhirat...


Peringatan!!!

Jika kita sering terima mesej-mesej yang di-forward-kan melalui e-mel ataupun Yahoo! Messenger yang hampir semuanya datang tanpa usul periksa orang yang melakukan. Padahal mungkin mesej itu direka untuk menganiaya pihak tertentu, dalam bidang politik, bisnes, pengaiban dan sebagainya. Apakah dalam keghairahan ingin berkongsi berita panas dan sensasi, kita lupa untuk mempertimbangkan kebarangkalian berita itu palsu? Ini adalah bertentangan dengan ajaran al-Quran:


Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat 49:6)


Namun bukan semua yang di-forward berunsur berita atau fitnah. Banyak juga yang dipanggil Surat Berantai ataupun "Chain Letter", dimana ia menuntut kita melakukan sesuatu seperti mengedarkan mesej tersebut sebanyak beberapa kali, supaya terselamat dari suatu bala atau supaya hajat kita tercapai. Tidakkah kita mencari perlindungan entiti lain apabila kita melakukan seperti dituntut kerana takut bala akan menimpa? Sedarlah bahawa:


Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui. (Al-Ankabut 29:41)


Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. (Al-Hajj 22:73)


Siasatlah usul berita sebelum menyebarkannya. Berlindunglah pada Allah. Berimanlah pada Allah dan iringilah usaha dengan doa dalam keinginan mencapai suatu hajat. Marilah kita merenung ayat berikut agar menjadi peringatan kepada kita:




"... dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akal-nya." (Yunus 10:100)
Ana banyak menerima mesej2 begini dalam laman tagged, friendster dan myspace... ana harap kepada semua umat Islam, jikalau mendapat berita ini jangan cepat terpengaruh. Benda ini bukan main- main. Ia boleh menjejaskan aqidah kita. Jadi percaya kuasa da Qudrat Allah. Jangan mudah percaya dengan berita-berita yang boleh menjejajskan Aqidah.
Akhir kata, sama-samalah kita menggunakan akal demi menjamin keadilan dan kesejahteraan umat.

RALAT
Artikel ini ditulis oleh:
Said Hawwa Elias
www.saidhawwa.com
Read More

6 Disember 2008

PRU Majlis Pelajar MTAQ 2008!

| |
1 Komen


Pada 3 haribulan baru ini, pihak mantan exco Majlis Pelajar tingkatan Lima, telah mengadakan PRU majlis pelajar.... Program diadakan setiap tahun untuk memberi peluang para pelajar memilh pemimpin. Bilangan calon yang dipilih oleh pihak sekolah ada 22 orang iaitu 11 dari tingkatan 4 dan 11 dari tingkatan 3. Nama-nama yang dicalonkan dari tingkatan 4 ialah:

1. Muhammad Hariz Syazwan Bin Mohd Arifin
2. Muhammad Nabil Bin Ahmad
3. Riyadhul Hanif
4. Muhamad Aiman
5. Muhammad Bazzi
6. Musyid Al-Amien
7. Zameer Eizaaz
8. Muhammad Zakuan
9. Ameer Ikhwan
10. Atiqullah Mursyid
11. Afiq Afifi

Bagi Calon-calon Majlis Pelajar dari tingkatan 3 pula ialah:

1. Muhammad Abbad
2. Amri
3. Abd Muhaimin B Abd. Manaf
4. Muhammad Robbani B Salleh
5. Muhammad Fathi
6. Muhammad Hanis Nasrullah
7. Hasyim Nawwaf
8. Zaim Fikri
9. Nur Zaim
10. Ahmad Iqbal
11. Iskandarruzzaman

Kemudian pada 4 haribulan berikutnya, diumumkan nama-nama yang terpilih sebagai pimpinan pelajar... Ana masih tidak tahu keputusan penuh.....kerana ana balik awal sedikit........Insyaallah sedikit hari lagi ana akan upload gambar suasana semasa PRU tersebut berserta keputusan yang penuh..........
Read More

Majlis membaca Yassin

| |
0 Komen
Pada hari sabtu baru ini 6 november, ana sekeluarga mengadakan majlis membaca Yassin di tapak pembinaan rumah. Tetamu yang hadir dalam lingkungani 30 orang. Namun ana bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Majlis bermula pada pukul 10.oo pagi. Bacaan Yassin dikepalai oleh ayah ana sendiri, Ustaz Norazli Musa. Kemudian diteruskan dengan tahlil ringkas dan diikuti bacaan doa selamat. Ana berharap agar pembinaan rumah ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Lagipun tapak rumah tersebut adalah tanah pusaka arwah moyang ana. Dapatlah merasa duduk di rumah yang lebih besar. Segala puji bagi Allah yang menganugerahkan rezeki sebegini.Di bawah ana sertakan beberapa Gambar yang sempat ana Ambil semasa majlis.............
Tapak Pembinaan Rumah....

Jamuan selepas tahlil dan bacaan Yassin






Read More