25 Disember 2008

HAMILUL QURAN....SATU TANGGUNGJAWAB

| |

Coretan ini ana tujukan kepada pembaca yang sudah begelar Al-Hafiz, Ataupun yang sedang berusaha untuk menjaga Kalamullah di atas muka bumi ini. Sememangnya ramai lagi yang menyalah anggap terhadap oang yang bergelar tahfiz. Mereka menganggap pelaja tahfiz ini tidak boleh membuat sebarang aktiviti kemasyarakatan....Sebelum ana mengulas lebih lanjut ana ingin menceritakan satu tragedi yang menimpa sahabat ana sendiri.......
Dia meminati bidang tahfiz sejak kecil lagi. Apabila tamat darjah 6 dia menyatakan hasratnya untuk bidang tahfiz kepada kedua oang tuanya....Namun begitu, setelah 2 tahun berada dalam arena tahfiz dia mendapat tekanan daripada ibubapanya..... Ibubapanya menganggap seorang hafiz tidak perlu membuat aktiviti kemasyarakatan....Contohnya menonton bola, pergi bergaul dengan jiran tetangga dan lain-lain. Kesudahannya dia menjadi gila akibat mendapat tekanan yang sangat kuat...
Ana harap Allah melindungi perkara itu berlaku pada ana...Hmmm....Sebenarnya karier sebagai seorang hafiz/hafizah tidak menghalang untuk melakukan sebarang akativiti kemasyarakatan....pun begitu, hendaklah ianya dikawal....Jikalau tidak dikawal maka ianya akan menjadi satu BUKTI untuk Allah menyiksa kita di Akhirat kelak...Jadi jagalah apa yang kita pikul....kerana apabila ia pergi maka tidak mungkin ia akan kembali....Apa gunanya Allah memilih kita, memberi kepercayaan kepada kita untuk menjaga ayat-ayatNya, tapi setelah kita bertungkus-lumus kita mengabaikannya....Ana teringat pesan Guru Quran ana, [Ustaz Azam B Che Yusuf] “Biarlah kita tidak mampu mengigati seluruh isi Al-Quran, tapi 5 juzu’ yang terawal pun jadilah”.
Ana harap agar semua orang yang membawa sebagai Hamilul Quran memikul dengan penuh dedikasi dan tidak menjatuhkan maruah sebagai penghafal Quran. Ingatlah janji Allah pasti benar......Ikhlaskanlah niat anda.... Setiap huruf, ayat dan juzu’ bakal ditanya di akhirat kelak.....Wallahu”lam....

2 Komen:

salam ziarah...tumpang tnye ni sape? mcm mane boleh dpt adress blog ana? huhuhu

Menarik cerita ini. Saya beringinan jadi hafiz, tapi tiada kesempatan.

Sebagai ganti, saya bangunkan enjin al-Quran dan hadith di http://www.iman4u.com, yang boleh bantu penulis dakwah untuk membangunkan penulisan dengan lebih baik dan berkesan. Kunjungi laman web saya di www.iman4u.com.

Selamat berkarya.

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D