22 Jun 2013

Cerpen : Menyingkap Tirai Hatimu Sahabat [Part 1]

| |
Kelompok awan hitam bergerak dengan gahnya mengikut hala tuju sang angin. Sang Suria yang tadinya megah memancar panahnya kini akur mengundur diri. Guruh dan petir berlumba-lumba muncul di permukaan kelompok awan hitam tersebut. Situasi begini biasanya berakhir dengan hujan.





Suasana di bandraya ipoh masih sibuk dengan berpuluh-puluh kenderaan dan manusia tanpa menghiraukan cuaca sekitar. Tidak lama kemudian, awan hitam yang menampung beban sebentar tadi melepaskan titis-titis gerimis. Kelihatan mereka yang dibuai dengan kesibukan sebentar tadi terkial-kial meloloskan diri daripada perubahan cuaca yang drastic sebentar tadi.
Di sebuah warung makan, kelihatan seorang remaja yang masih leka dengan dunianya sendiri. Langsung tidak mempedulikan keadaan sekitar. Gerimis senja itu seolah-olah mengekspresikan jiwanya yang redup dan kosong. Nasi dan sedikit lauk yang dipesannya hanya dimamah dengan pandangan mata. Langsung tidak mengusik selera makannya. Dengan beberapa tegukan teh ais, dia terus membayar bil pesanannya dan beredar. Tanpa menghiraukan gerimis senja itu, dia memecut motornya meredah hujan yang makin mengganas. Setelah beberapa minit meredah “samudera kecil”, dia sampai di perkarangan rumahnya.
“ Daniel, baru balik?” sapa Pak Azim, jiran sebelah rumahnya.



“Urm..” jawab Putra Daniel hambar lantas bergegas masuk ke rumah meninggalkan Pak Azim kebingungan. Dia sedikit janggal akan perubahan anak jirannya itu. Kebiasaannya, Putra Daniel, anak Tuan Nasaruddin, tokoh korporat yang berjaya ini periang dan senantiasa ceria. Tidak seperti apa yang dia lihat sebentar tadi.
“Aii, bang, hujan emas ke kat luar tu samapai awak tercegat lama kat situ..nanti dia demam, kita jugak yang susah..” sapa Mak Limah sambil berseloroh.
“Ish, awak nih,suka sangat merepek. Bukannya apa, awak perasan tak, sejak Puan Umairah, isteri Tuan Nasruddin tue meninggal beberapa bulan yang lalu, budak Daniel tu makin berubah.” Pak Azim mengutarakan keraguannya.Perlahan-lahan dia masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa ruang tamu yang berdekatan.
“Saya dah lama perasan bang. Sejak abang berkursus di Langkawi tempoh hari. Malahan, perangai Tuan Nasaruddin tu pon banyak berubah. Agaknyalah, mereka dua orang tu bergaduh tak? ” Mak Limah membuat andaian.
“ Ish, awak nie, ke situ pulak dah!Dahla, tak payah duk piker masalah orang lain. Biarkan mereka cari penyelesaian sendiri” Pak Azim menjawab lantas meninggalkan Mak Limah sendirian di ruang tamu.
***************
Hujan yang turun sejak petang tadi belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Banglo mewah milik Tuan Nasaruddin itu lengang seperti tidak berpenghuni. Di anjung rumah, Putra Daniel bermonolog sendirian. Memikirkan nasib dirinya yang diundang tragedi.
Sejak kematian ibunya beberapa bulan yang lalu akibat barah rahim, dirinya dirasakan bagai hilang punca hidup. Makan minumnya langsung tidak terurus. Ayahnya pula seakan tidak menerima caturan tuhan lantas memberontak dengan caranya yang tersendiri. Kehilangan Puan Umairah dirasakan begitu besar dalam hidupnya. Tuan Nasaruddin langsung tidak memikirkan soal agama dan masa depan anaknya dalam membuat keputusan. Juga kerana “kehilangan” yang dirasakan begitu perit untuk ditelan, dia mangambil alternatif untuk kenal tempat-tempat yang tidak bermoral. Dia juga tidak jelek dan loya meneguk botol arak. Kadangkala, kerap juga Putra Daniel melihat ayahnya itu membawa masuk “anak-anak ayam” ke banglo kediamannya.
“ Ayah kejam!!! ” jerit hatinya. Air matanya mengalir deras mengenangkan nasib sirinya diuji sebegitu rupa.
Sedang dia melayan perasaannya, muncul kenangan-kenangan manis bersama ibunya. Hadirnya kenangan tersebut sedikit sebanyak mengubat hatinya yang pilu. Semakin dikenang, semakin rindu dirinya kepada insan yang bernama ibu.
“ Ibu, kenapa Putra diuji begini?? Kenapa ayah jadi begitu??? Langsung tak peduli pada Putra?? Kenapa ibu cepat sangat pergi?? Andai ibu masih ada, mungkin ayah tak jadi begitu….” Putra Daniel meraung melepaskan isi hatinya.
“ Putra, belajar sungguh-sungguh yer. Ibu nak Putra jadi orang yang berguna, tabah, cekal, menghadapi dugaan hidup. Jangan mudah mengalah kalau dilandan ujian hidup. Beranilah untuk hadapi kenyataan. ” Putra Daniel tersentak. Nasihat terakhir ibunya itu tiba-tiba terlintas di fikirannya. Ye. Dia sedar, ibunya menginginkan dirinya itu gagah menghadapi mehnah duniawi.
“ Ibu, Putra akan pegang nasihat ibu! ” Ikrar dirinya. Entah berapa lama dia bermonolog keseorangan, akhirnya dirinya hanyut dibuai mimpi…
Lewat malam itu, Tuan Nasaruddin pulang ke rumahnya bersama perempuan murahan dalam keadaan mabuk. Putra Daniel terjaga dari tidurnya setelah mendengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Dia tidak mengiraukan tentang itu kerana sudah lali dengan perangai ayahnya semenjak kematian ibunya. Tapi, dia cukup panas jika ayahnya membawa pulang perempuan lain. Putra Daniel lantas bergegas ke kamarnya meninggalkan anjung rumah. Setelah masuk ke kamar, dia terdengar suara perempuan berselang suara ayahnya bergurau senda. Terdengar bunyi pintu utama rumah itu ditutup kuat. Suara manja perempuan itu semakin menjadi-jadi. Kemudian, disusuli dengan bunyi pintu bilik ayahnya pula ditutup. Putra Daniel yang sudah berada di atas katilnya itu menatap giginya. Geram. Hampir saja dia menangis, namun, dia bukanlah selemah itu. Dia mahu menjadi lelaki! Tangannya dikepal erat-erat. Sakit hatinya kerna kesetiaan ibu dibalas sebegitu rupa oleh ayah. Dalam perasaan yang bercampur-baur itu, Putra Daniel sekali lagi hanyut diulit mimpi.
*******************
Jam locengnya bordering nyaring tepat jam 4.30 pagi. Putra Daniel yang tersedar bingkas bangun menuju ke bilik air yang berdekatan. Selepas bersiap membersihkan diri….

BERSAMBUNG

2 Komen:

buang la lagu .. xleh nak fokus baca..hehe

Author

xfeel la kalau xde nasyid tuh! Hahaha

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D