26 Jun 2013

Cerpen : Menyingkap Tirai Hatimu Sahabat [Part 2]

| |
Jam locengnya bordering nyaring tepat jam 4.30 pagi. Putra Daniel yang tersedar bingkas bangun menuju ke bilik air yang berdekatan. Selepas bersiap membersihkan diri, Putra Daniel menghampar sejadah dan berteleku menghadap tuhannya. Itulah sahaja yang mampu dilakukannya.
Hanya kepada yang Maha Kuasa lah tempat dia meluahkan semua kekalutan dan kecelaruan yang dihadapi selama ini. Seusai menunaikan solat Tahajjud dan Witir, Putra Daniel mencapai Al-Quran di rak yang berdekatan. Inilah amalan yang dilakukannya saban hari. Dengan jalan ini sahajalah dia dapat  menguraikan segala kekusutan yang menghantui hidupnya.Tenang dirasa tatkala setiap kalam Tuhan dibaca. Ayat demi ayat ditadabbur dengan begitu teliti hingga hatinya sedikit terusik dek kalam nan indah tersebut.

                Apabila waktu Subuh tiba, Putra Daniel lantas menunaikan kewajipannya sebagai hamba. Usai solat Subuh, dia berkemas untuk ke sekolah biarpun dia tawar hati bagi sesi pelajaran seperti hari-hari sebelumnya. Bukan sehari dua rasa kurang minatnya untuk belajar hadir, namun segalanya berubah selepas kematian ibunya.

                Selepas bersiap-siap dengan uniform sekolah, Putra Daniel bingkas menghidupkan enjin motor kesayangannya. Sebelum bertolak, dia merenung seketika keadaan rumahnya. Sedikit sebak dan kesal kerana kemewahan yang mencurah sedikitpun tidak memberi kebahagiaan malahan sengsara bagi dirinya.  Perjalanan ke sekolah mengambil masa selama 15 minit. Tatkala dirinya masuk kawasan sekolah, Putra Daniel terus mengatur langkah ke kelas bagi sesi pembelajaran biarpun dirinya tidak begitu berminat untuk belajar. Rasa bosan dan tertekan menggigit naluri jiwanya. Semua ini langsung tak bermakna buatnya. Bukanlah dirinya melupakan amanat tunggal Puan Umairah, namun baginya sekolah bukan tempat yang sesuai untuk memahami keadaan dirinya sekarang. Dia begitu cemburu kepada rakan-rakannya yang begitu gembira menjalani kehidupan mereka. Baginya, mereka tidak pernah merasa apa yang dia lalui sekarang. Pun begitu, hatinya sedikit terpana akan seseorang yang pernah bertanya akan perihalnya. Seseorang  yang pernah membuat hatinya berbelah bahagi. Namun, semua itu menjadi sejarah apabila keprihatinan itu langsung tidak diendahkannya dahulu. Mungkin ketika itu, emosinya tak terkawal dek kematian ibunya lantas mengendahkan keprihatinan tersebut.

                Detik demi detik berlalu bagai air yang mengalir laju. Kesemua pembelajaran yang dilalui langsung tidak singgah ke otaknya. Masalah yang dihadapi makin mencelarukan fikirannya. Selesai sesi pembelajaran tamat, Putra Daniel bergegas mendapatkan motornya untuk pulang. Tatkala dia baru menghidupkan enjin, Putra Daniel terpaku sejenak. Seseorang ynag menggetarkan sanubarinya muncul. Ya. Seseorang yang pernah mengambil berat terhadapnya dahulu. Sesorang yang begitu rapat dengannya. Nur Atiyyah Lyana. Bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, bahkan prestasi dalam pelajarannya yang amat memberansangkan telah menjadikan dirinya lebih dikenali di kalangan warga sekolah.

                “PINN!!!” Putra  Daniel tersentak.
                “ Wei!! Nak mengelamun, cari tempat lain la...orang nak balik nie!!! Alamak mamat nie, nak ber feeling pon, pergi masuk Pilih Kasih arr!!” Salah seorang pelajar   menghamburkan kemarahannya.

                Putra Daniel membiarkan pelajar tersebut lantas bergegas meninggalkan kawasan sekolah. Dalam perjalanan pulang, fikirannya kembali berserabut. Ditambah dengan kejadian yang menimpanya sebentar tadi. Rasa malu dan egonya bercampur aduk dalam benak hatinya. Deruan enjinnya semakin kuat tatkala dia memecut laju...

***************
                Merajuk. Itu sahaja yang dia rasa patut dia lakukan. Bukan niatnya untuk meninggalkan Putra Daniel keseorangan di kala dia memerlukan pendorong. Namun dia seakan tidak percaya semua itu. Putra Daniel yang dia kenali selama ini begitu tabah dan sentiasa happy go lucky berevolusi dengan begitu mendadak.

                “ Tiyyah, kau nie apsal?? Sejak dua tiga hari nie kau nampak gelisah semacam jer..citerla sikit..kita kan dah lama kawan.” Syazwina Athirah menyapanya.

                Atiyyah Lyana seakan tidak mengendahkan sapaan Syazwina itu. Dia tampaknya masih dibuai perasaan.

                “Tiyyah!!!” Syazwina meninggikan suaranya sambil mencubit lengannya.

                “ Aduih..ishh..Wiena, apsal nie..main cubit-cubit pulak..” Atiyyah Lyana tersentak dari lamunannya.

                “ Huh! Orang tegur dia, dia buat kita macam tunggul jer..Malas la layan kau nih!!” Syazwina Athirah mencebik.

                “Alalala...tuan peteri dah merajuk..”

                “Benci taw..aku nie dah macam tunggul kau buat..”

                “Sorila..aku tengah fikirkan.....”  Atiyyah Lyana serba salah untuk meneruskan kata-katanya.

                “Ooooo..nie takde orang lain dah nie..mesti mamat yang kena hon tadi...hahaha”

                “Urm... aku risaula tengok dia..tapi sakit hati pon ader...dia bukan Putra Daniel yang aku kenal dulu. Aku nie dia anggap macam tak wujud..Dia ingt dia sorang je ke yang ader perasaan.. pernah sekali aku tanya keadaan dia, langsung dia buat derk jer..huh ” Atiyyah Lyana meluahkan segala perasaannya yang terbuku.
                " Laaaa...pasal nie pon kau nak fikir jauh-jauh??aku taula yang korang memang rapat dulu..tapi, takkan sampai dia tak endahkan kau pun ko nak terasa ??Dia tu pakwe kau ke sampai dia kena bagi perhatian...."

                " Huh!!!Kau nie Wiena!!! Sama jer dengan orang lain." Atiyyah Lyana lantas beredar meninggalkan Syazwina terpinga-pinga.
********************

                Fikirannya kosong ketika ini. Jiwanya bergelora hebat. Dia tidak ada arah  tujuan. Meskipun dia pulang ke rumah, dirinya masih tak mampu menaggung segala keperitan dalam dirinya. Dia tidak kuat menghadapi semua itu. Dia menunggang motornya pada kelajuan sederhana. Entah bagaimana rupanya jika segala perasaan di dalam hatinya itu diizharkan.Masalah demi masalah mengasaknya. Di rumah, di sekolah, malah di mana-mana sahaja.
                Ayah??? Sekolah??? Kawan-kawan?? Seolah-olah mereka itu tiada erti bagi hidupnya. Ingin sahaja dia menangis bila mengenangkan semua itu. Tapi sekarang, air matanya sudah kontang, tidak kuasa untuk menangis lagi. Namun, buah fikirannya masih relevan untuk tidak melakukan tindakan-tindakan di luar jangkauannya.
                Jalan raya pada hari itu tidak sesak seperti biasa. Tiba di selekoh masuk ke perumahannya, Putra Daniel membelok masuk. Tanpa disedari, tayar di bahagian hadapan motornya terjerumus ke dalam lubang di atas jalan yang berturap itu. Lubang yang agak dalam itu menyebabkan Putra Daniel hilang kawalan, lantas rebah bersama kenderaan kesayangannya.
                “Argh!!!!!”...............

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D