1 Julai 2013

Cetusan Minda : Fesyen Bertelanjang. Pakaian Ahli Neraka.

| |


Oleh : Rabbani Ridhwan
Suntingan : Admin LD

Suatu Hadis di mana Rasululullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya." (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim). 



Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bagian-bagian tertentu.

Banyak juga akhwat yang memakai pakain semuanya tertutup, tetapi ketat kelihatan lekukkan tubuh, dada dan pahanya ini juga tidak dibolehkan, apalagi kelihatan jelas bagian-bagian aurat tertentu.





Wahai ukhti muslimah pakailah pakaian yang longgar yang tidak kelihatan lekukkan tubuhnya, serta pakailah jilbab yang menutupi dada, janganlah jilbabnya ditarik sehingga lekukkan dadanya kelihatan.

Fenomena yang sekarang dilihat ramai akhawat kita cenderung untuk tampil menarik tanpa memikirkan batas dan hukum syara dalam pemakaian. Sesetengahnya lebih cenduerung untuk nampak berketerampilan dan berstail semata-mata.





Lantas atas keinginan yang sedemikian, hukum diketepikan. Tanpa ilmu, mereka menurut kemahuan nafsu sendiri. Kebiasaan hujah yang didengari oleh golongan sebegini,


"Alah, kami dah pakai tudung kot. Tutup aurat la tu!"

Begitu sekali salah faham mereka pada pensyariatan bertudung. Hinggakan mereka nampak ang menutup aurat bagi perempuan semata-mata dengan bertudung. Maka, tidak hairanlah, jika dilihat hari ini, ada yang bertudung, tetapi pakaian di bawah ketat hinggakan nampak susuk tubuh.

Jadi, fikirlah sendiri hai saudari seagamaku. Pakaian AHLI NERAKAsebegitukah pilihanmu?

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D