8 Julai 2013

Selangkah Sebelum Dijenguk Ramadhan

| |
Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan dan bekalan kekuatan untuk mencoret kalam bisu di sini. Baru- baru ini, aku terlibat dengan satu kemalangan. Ketika itu motorsikal yang ditunggang dirempuh oleh sebuah hilux putih dari belakang. Saat rebah menyembah bumi, tiada yang lain terlintas dalam fikiran ini kecuali kematian.
Alhamdulillah, dengan rahmat ALLAH masih lagi aku diberi peluang bernyawa untuk pulang pada jalan yang diredhainya.

lebih kurang beginilah jatuhnya. rare x? :p
Sebagai manusia, kita tidak lari dari membuat silap. Sebarang musibah, ujian yang menimpa diri sebenarnya merupakan kafarah atau penghapus dosa tanda kasihnya ALLAH pada kita.
Apabila semua itu ditangani dengan kesabaran, maka setelah ALLAH hapuskan dosa, Dia gantikan dengan pahala yang berlipat ganda. Terima kasih jua buat keluarga dan teman yang mendoakan kesejahteraan diri ini. Alhamdulillah, kian sembuh dari sehari ke sehari.

Lepas sahaja kecelakaan tempoh hari, rasa diri hampir dijemput ajal, Rasa diri bagaikan tidak sempat untuk bertemu dengan RAMADHAN yang kian hampir. Manakan tidak. Orang-orang yang dikenali di sekelilingku saat hampir dengan ramadhan, makin ramai pula yang dijemput pergi. Tidak sempat langsung ketemu Ramdhan buat kali ini.
Mudah-mudahan kita yang masih hidup ini sempat ketemu dan disapa dengan ramdahan tahun ini. Dan mudah-mudahan juga ini merupakan ramadhan yang terbaik buat kita.
Amin.

RAMADHAN NAK DATANG. SUDAH BERSEDIA KE?


tweet. tweet. :3

Melihat fenomena di laman sosial yang kian rancak mereka menyatakan keghairahan mereka untuk menyambut ramadhan. Satu persoalan buat diri ini dan diri mereka bersama,
" Dah bersedia ke nak jumpa Ramadhan?"

Pada kebiasaannya, yang pasti sekali laju terpacul dari mulut mereka,

"Ofkos la dah ready beb. Tak sabar nak puasa. Tak sabar nak sahur. Tak sabar nak terawih. dan tak sabar nak raya"

Ohsemlah kalau dalam diri tu sudah ada keterujaan untuk menyambut dan memeriahkan suasana dalam ramadhan. Tapi kalau setakat kencang di mulut semata yang dirinya sudah bersedia untuk Ramadhan, itu tidak memadai.

BAGAIMANA BENTUK PERSEDIAAN MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN?

Bagaimana? Ramadhan yang kian menjelang saban hari. Tapi kita sendiri meragui bentuk persediaan kita menyambut bulan 1000 rahmat ini. Sebagaimana yang digariskan oleh kebanyakan ilmuwan, antara persediaan yang perlu dibuat,

1. Penuhkan dan ulangkaji perihal serta ibadah yang afdhal lagi sahih di waktu Ramadhan.
Supaya tidaklah nanti termangu atau tercari-cari ketika punya permasalahan ketika bulan puasa menjelang. Supaya juga tidak mengamalkan ibadah yang tidak tahu punca dalil seterusnya pahala yang diharapkan dari ibadah tersebut hanya sia-sia. Perkara sebegini telah dilakukan sejak zaman sahabat dahulu kala.



2. Biasakan diri dengan amal soleh.
Perbanyakkan membaca dan tadabbur quran. Solat berjemaah di masjid. Qiam dan solat tahajud. Banyakkan solat sunat. Semua amal soleh perlu dipraktikkan dari awal. Supaya tidak kekok dan janggal untuk melakukannya kelak apabila Ramadhan tiba. Supaya ganjaran berlipat ganda yang ALLAH janjikan tidak kita siakan. Kalau tidak, teramat rugilah kita.


 3. Berlatih untuk tinggalkan perkara yang laghw/maksiat.
 Perkara yang mampu untuk menganggu komitmen kita ketika ramadhan nanti. Jangan bazirkan sedetik masa pun untuk perkara yang langsung tidak memberi faedah dan kebaikan.

tinggalkan tabiat ini! tinggalkan!

 4. Tanam tekad dan azam yang tinggi.
Anggaplah ini merupakan ramadhan yang terakhir kita. Ramadhan yang dikenali sebagai lubuk pahala yang melimpah ruah yang Allah janjikan jangan kita siakan. Dengan ramadhan yang terakhir ini, kita mahu bolot segala ganjaran yang Allah tawarkan. Moga dengan demikian kita mampu memberi amalan all-out sempena ramadhan kali ini.

Bye. :)


Banyak lagi persediaan-persediaan lain yang rasanya semua sudah maklum. Personally, aku sendiri masih belum cukup sedia. Namun, setidaknya aku sudah mula mempraktikkan sedikit sebanyak untuk persediaan aku menyambut ketibaan ramadhan. Untuk apa persediaan ini? Supaya tidaklah nanti di waktu ramadhan tiba, kita sibuk untuk membiasakan diri sehingga terlepas perkara-perkara besar dan ganjaran-ganjaran yang disediakan.


RAMADHAN NAK DATANG, SEMUA ORANG TERUJA.
Tak kira tua muda, miskin kaya, berlainan bangsa, andai mereka punya iman, semuanya menanti kehadiran ramadhan. Tak kurang jua yang mencela dan mengeluh dengan kehadiran ramadhan. Cuma debaran dan penantian ramadhan kali ini lebih dirasai. Boleh tengok di twitter dan FB masing-masing kan? 

Ramadhan umpama satu perlumbaan. Macam dalam game ExploRace, Fear Factor gitu. Pahala berlimpah ruah ALLAH dah sediakan. Kita hamba, sebagai manusia cuma perlu berkejar-kejar merebut peluang ini. Kesempatan umur yang ALLAH luangkan untuk kita, janganlah siakan! Ayuh! Sertailah perlumbaan ini. 

Sebut mengenai perlumbaan, ini iklan / teaser untuk perlumbaan Ramadhan kali ini. Agak menarik. :)


Perlumbaan bakal bermula. Siapa yang bakal menang? Anda? Dia? Mereka? Kamu? Saya? 

Maher Zain dengan single terbaru beliau tak kurang hebatnya untuk menghangatkan lagi suasana ramadhan. Aku lebih minat pada english version. Setakat ini, MV single ni  boleh didapati 4 bahasa. Melayu, Arab, English dan Turkish.

Jadi, anda bagaimana? tak mahu sertai pesta dan perlumbaan ini? ayuh sertai kami. Berlumba untuk merebut keampunan dan redha ALLAH. Peluang sudah terhidang. Kesempatan sudah diberi. Bukalah pintu rumah masing-masing. Nantikan kunjungan bulan rahmat ini. Mudah-mudahan, dengan kesempatan yang diberi, kita dapat mendidik dan menyemai benih taqwa selepas ramadhan. Itulah hadiah paling gemilang yang Allah sediakan buat mereka yang betul-betul manfaatkan peluang ini.
Kalau dahulu, payah nak bangun tahajjud, mudah-mudahan selepas ramadhan kita biasa dengannya.
Kalau dahulu, payah nak buka alquran, mudah-mudahan selepas ramadhan kita rindu untuk meninggalkannya walau sesaat. 
Kalau dahulu kita payah nak solat sunat, mudah-mudahan selepas ramadhan kita seronok melaksanakannya.
Kalau dahulu tangan payah untuk menghulur, mudah-mudahan selepas ramadhan tangan kita lebih ringan untuk memberi.
Kalau sebelum ramadhan ada dosa yang payah untuk ditinggalkan, moga selepasnya kita sudah punya kekuatan untuk membencinya.
Kalau sebelum ramadhan tak punya kekuatan untuk menutup aurat, maka selepas ramadhan, bukalah lembaran baru. 



Moga rahmat ALLAH seiiring dengan kita. Salam Ramadhan Al Mubarak dari saya dan krew Laman Dakwah. *bajet ada krew* *hehe*

P/S : FB saya sudah diactivate.    Persediaan menuju Ramadhan. InsyaAllah, akan dibuka selepas ramadhan. :)

SYA
1834pm
8 JULAI 2013

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D