13 Disember 2013

Cerpen : Menyingkap Tirai Hatimu Sahabat [Part3]

| |

Asyraf  Nasuha dan keluarganya baru berpindah di Taman Liga AFF Modenas. Seusai mengemas dan memunggah barang ke dalam rumah barunya itu, dia berdiri di halaman rumahnya memerhati keadaan persekitaran. Asyraf Nasuha sedikit mengeluh memikirkan tentang persekitaran barunya.

                Bayu petang itu bertiup sepoi-sepoi bahasa. Rambutnya beralun lembut. Nafasnya ditarik dalam-dalam menikmati udara segar.
             
                “ Asyraf ! Mai minum nie..mak dah siap ayaq doh nih!! Cerita Alisa nie pon dah start!” Ibunya yang masih lekat dengan loghat Kedah memanggilnya dari dalam.
              
                   “Sat !” Asyraf Nasuha membalas sambil tersenyum. Meskipun dirinya sudah meningkat dewasa, namun kegilaannya terhadap sinetron-sinetron Indonesia masih kukuh dalam dirinya. Belum sempat dia melangkah masuk, kelihatan seorang remaja jatuh bersama motosikalnya.
             
                   Lantas itu juga, Asyraf Nasuha bergegas ke tempat kejadian ingin memberikan pertolongan sekadar yang perlu dan setakat yang mampu.
                “ Wei, ko tak apa-apa?? ” Asyraf Nasuha menyapa.
                Putra Daniel bingkas bangun. Dia memandang jejaka yang cuba membantunya itu. Segarit senyuman terukir pada wajah jejaka tersebut. Tapi yang pasti, Putra Daniel tersinggung dengan senyuman sinis tersebut.
                “ Kalau setakat nak tolong sindir tue, baik tak payah!!”     
                Asyraf Nasuha kaget. Dia tidak menyangka perilakunya itu mengguris hati pemuda yang cuba dibantunya sebentar tadi.
“Saya....” Asyraf Nasuha cuba untuk membela.
                “Terima kasih jela...” Pantas Putra Daniel memecut laju meninggalkan Asyraf Nasuha di situ.
                “ Aik?? Aku buat silap ke tadi??” Asyraf Nasuha menolog sendirian. Tanpa berfikir panjang, Asyraf Nasuha lantas masuk ke rumahnya menyambung agenda menonton sinetron yang sebentar tadi tertangguh.

******************
                “Ish, kecoh betul lah mamat tue!! Bajet baik! Aish! Aku duk sakit-sakit tadi, boleh pulak dia perli aku.”

Ngomel Putra Daniel sendirian. Beberapa  minit kemudian, dia memarkir motornya di halaman rumah. Sunyi. Putra Daniel melangkah masuk. Topi keledar ditanggalkan, lalu dicampak di atas sofa.
Berlalu dengan fikiran kosong menuju ke biliknya. Semuanya hambar.           

“Adui...pedihnya..!!”

Putra Daniel mengaduh. Matanya terarah ke bahagian siku kiri.

“ Laa..luka rupanya”

Putra Daniel bingkas bangun mengambil kotak first aid yang tergantung di dinding berdeketan. Dia mengeluarkan pembalut dan kotak ubat pencegah kuman di dalam kotak tersebut dan terus membersihkan luka tersebut. Sementara menunggu waktu asar, Putra Daniel melentangkan tubuhnya di atas tilam di biliknya. Dia mengeluh kecil.
            
            Entah mengapa badannya dirasakan begitu letih.Sengal-sengal yang menggigit-gigit saluran darahnya menyukarkan dia bergerak. Putra Daniel memejam matanya. Bayangan orang-orang yang amat disayanginya berlegaran di ruang mindanya menggamit sekelumit rindu pada dirinya. Dia mengenang saat ibunya tersenyum. Senyuman yang amat dirinduinya. Dan saat itu, Putra Daniel lena dibuai mimpi...
***********************
                “ Eh, tak kering lagi motor nie?” Asyraf Nasuha bermonolog bila terpandang motor yang dijemurnya  sebaik sahaja dibasuh sebentar tadi masih terdapat saki baki air. Asyraf Nasuha melangkah masuk ke dalam rumah mencari kain yang sesuai untuk mengelap motornya itu. Motor LC 125 keluaran Yamaha itu merupakan pemberian ibunya semasa hari lahirnya yang ke - 16.
                “ Asyraf...cari ape tue?” Ibunya, Puan Najwa bertanya tatkala melihat Asyraf Nasuha kebingungan mencari sesuatu di almari pakaian.
                “ Cari kain bu..nak lap motor tue haa..”
                “ Laaa, apsal cari kat situ?Cari kat dapur laaa.. Situ semua kain boleh guna lagi..aih, budak bertuah nie..” Asyraf Nasuha tersengih lantas bergegas ke dapur.
                “Asyraf!!”
                Air Mineral yang baru diteguknya tersembur keluar.
                “Mai sini sat...”
                “ Kejap bu...” Kain di tangannya digenggam masuk ke dalam poket seluarnya dan terus mendapatkan ibunya.
                “ Nie haaa..tolong masukkan benang dalam lubang jarum nie. Puas dah ibu cuba, tak masuk-masuk. Apa kena dengan cermin mata nie pon ibu tak tahu. Kena tukar baru agaknya..”
                “ Alahai, ibu nie pon..rajin sangat menjahit. Meh cek buat” Asyraf mengambil benang dan jarum dari ibunya lantas mencuba untuk memasukkannya dengan begitu teliti.
                “ Boleh? ”
                “Aih, Awat payah sangat nak masuk nie aih...” Asyraf Nasuha mengeluh sambil tangannya terus mencuba.
                “ Takpelah kalau tak boleh. Letak je kat situ. Agaknya kamu nie pon kena beli spec macam ibu jugak.” Ibunya berseloroh.
Asyraf Nasuha tersipu.

“ Ibu, Asyraf nak keluar sat, boleh?”

“ Nak kemana pulak kamu?Aih, budak nie....Nak merayau je kejenya.”

“Alaa ibu, please....”Asyraf Nasuha merengek manja tak ubah seperti kanak-kanak seusia 3 tahun.

“ Jangan balik lambat sudah. Pergilah. Bawa motor tu elok-elok ” Puan Najwa memberi kebenaran tatkala cair dengan rengekan manja anak kesayangannya itu.

Asyraf Nasuha hanya tersenyum mengangguk. Dia lantas mencapai anak kunci motornya yang bergantung di kotak simpanan kunci berhampiran pintu masuk.

“ Aiseyman. Dah kering dah pon motor nie.. Tak payah lap dah pon.” Asyraf Nasuha bermonolog sendirian lalu menghidupkan enjin motornya dan berlalu pergi.

Sedang dia memandu di kawasan berdekatan, matanya tertancap di satu kawasan.

“ Wow, ada pasar malam pulak ari nie. Singgah la sekejap” Asyraf Nasuha membelok memasuki kawasan pasar malam tersebut lalu mencari tempat untuk memarkir motornya. Agak sukar baginya untuk mencari tempat yang sesuai ditambah pula dengan manusia yang berasak-asak di kawasan tersebut.

                Asyraf Nasuha mematikan enjin motornya setelah memarkir di tempat yang sesuai. Setelah turun dari motornya itu, dia menggeliat melancarkan perjalanan darahnya yang terbejat seketika tadi. Anak matanya melilau keadaan sekeliling. Gegak gempita dengan suara nyaring penjual yang berusaha untuk menarik perhatian pelanggan. Asyraf Nasuha menyeluk saku seluarnya lalu menarik keluar kain yang dibawanya dari rumah sebentar tadi. Dia mencampakkannya ke raga hadapan motor. Perlahan-lahan dia mengundur ke belakang sambil meninggikan badannya. Macho dirasakan namun belum sempat 360◦  dia memusingkan badannya ke hadapan dan....

SPLASH!!!!


***********************

Atiyyah Lyana meredah lautan manusia yang berasak-asak di pasar malam tersebut. Hatinya masih tidak tenang memikirkan si dia. Entah mengapa hatinya terdorong kuat untuk memikirkan perihal Putra Daniel. Semakin dia cuba untuk melupakan keadaan dia, semakin kuat bayangan wajahnya yang senantiasa murung menggamit di benak fikirannya.

Atiyyah Lyana meneguk air coconut shake yang baru dibelinya sebentar tadi. Di tangan kirinya pula penuh barang keperluan dapur yang dipesan oleh ibunya. Saat itu, dia masih melilau di sekitar pasar sekiranya ada lagi barang-barang tambahan yang perlu untuk dibeli. Setelah berpuas hati, Atiyyah Lyana lantas menuju ke kawasan di mana dia meninggalkan motor scooternya. Waktu ini, hatinya masih gundah memikirkan dia. Keadaan jalan yang agak teruk dan berlubang memaksa Atiyyah Lyana berjalan dengan perlahan-lahan agar tidak menimpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

“ Kenapa kau hadir dalam hidupku...dan mengapa saat ini, kau tidak mampu bangkit setelah rebah di pertengahan??” Atiyyah Lyana membangkitkan soalan yang dia sendiri sukar untuk menjawabnya. Sambil dia melayan monolognya itu, tiba-tiba kaki dia tersadung.

“Ayark..!!” Atiyyah Lyana hampir menjerit. Mujurlah dia masih dapat mengawal keseimbangan badannya. Namun, coconut shake di tangannya sebentar tadi dilihat sudah kosong tanpa isi. Atiyyah kaku. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Air yang “terbang” dari bekas minumannya itu dilihat seakan-akan terapung di udara menunggu saat untuk jatuh ke tanah. Suasana yang hingar-bingar itu seakan sunyi baginya.Yang kedengaran hanyalah degupan jantungnya yang kencang berdenyut. Masa seakan terhenti. Semua itu dirasai Atiyyah Lyana tatkala melihat hala tuju air itu ke arah seorang jejaka yang berhampiran.
SPLASH!

Dan kumpulan air yang terapung buat beberapa ketika sebentar tadi jatuh ditarik daya graviti tepat di muka jejaka tersebut. Kesibukan yang dirasakan kaku sebentar tadi kini hidup semula seperti biasa.Suasana yang dirasakan sepi tadi kembali riuh-rendah. Mukanya merona merah. Malu. Bersalah. Gugup. Semua perasaan itu berbaur di dalam dirinya.

“Adoiyai.....bila masa pulak wujud fenomena hujan coconut shake  nie..alamak..time-time macamnie la pulak kena timpa musibah...”Asyraf Nasuha mengeluh.

Atiyyah Lyana menggelabah. Namun, dia masih mampu mengawal perasaannya agar nampak tenang. Lantas bergegas menghampiri Asyraf Nasuha.

“ Errrr....sorry....saya tak sengaja” Itu sahaja yang mampu diungkapkan. Tangannya pantas mencari sapu tangannya untuk mengelap air yang tumpah itu di dalam beg tangannya.           

“ Aik, aku  tak bawak ke sapu tangan nie?? Kat mana pulak aku letak sapu tangan nie..”Atiyyah Lyana makin menggelabah. Dia merasakan gerak gerinya diperhatikan. Memang Asyraf Nasuha sedang memerhatikan kekalutan gadis tersebut.

Dalam kegelabahan itu, mata Atiyyah Lyana melilau mencari kiranya ada benda yang dapat membantu. Secara tidak sengaja, dia terpandang kain di raga hadapan motor Asyraf Nasuha. Dia lalu mengambil kain tersebut dan cuba mengelap sisa-sisa air yang masih berbaki di baju dan kepala Asyraf Nasuha.

“ Eh....tak payahlah susah-susah. Saya boleh lap sendiri.Tengok nie ha..kedua tangan saya masih berfungsi lagi..” Asyraf Nasuha melarang gadis di hadapannya untuk bertindak demikian sambil menggerak-gerakkan tangannya. Pun begitu, kain tersebut masih di tangan Atiyyah Lyana.

“ Ek eleh mamat nie...bergurau pulak.... orang nak tolong nie, boleh plak dia loyar buruk dengan kita” Atiyyah Lyana bermonolog sendirian.Dalam masa yang sama, rasa bersalah tetap menebal dalam dirinya.

“Urm...awak orang baru ke??tak pernah nampak pon sebelum nie” Atiyyah Lyana cuba mengawal keadaan.

“ Yup. Kenapa?? Nak ngorat??” Asyraf Nasuha menjawab diiringi dengan gelak kecil.

“ Takdelah. Just nak mintak maaf jer...”

“ Kalau saya tak maafkan?....”

Atiyyah Lyana menunduk. Gelisahnya masih belum hilang.

“Alamak mamat nie...memang cari pasal tol la....orang nak tolong,dia tak bagi...orang tanya sket, dia kata kita nak mengorat dia plak..orang mintak maaf, dia main-main plak...eee..geram btol la...kang tak pasal-pasal lebam jugak muka dia nih...” desis Atiyyah Lyana dalam hatinya sambil meggetap giginya.

“Errrr, takpela ye saudari oi..saya nak pergi tengok-tengok dulu keadaan sekeliling....erm..boleh tolong hulurkan kain tue tuan puteri?..hehe...”

Tanpa diduga Atiyyah Lyana mencapai lengan Asyraf Nasuha dan memberikan kain yang diambilnya dari dalam raga motornya tadi. Tanpa mendongakkan kepalanya dan menuturkan sebarang kata, dia meninggalkan Asyraf Nasuha kesorangan.

 “ Hampeh tol la minah tuh..ingatkan nak lap guna sapu tangan dia ke...barula romantik sikit..nie kain buruk aku dia bedal...aih...nasib...nasib...”Asyraf Nasuha bercakap dan tersengih seorang diri sambil mengangkat bahunya.

Beberapa minit kemudian, Asyraf Nasuha menghilang dalam kelibat orang ramai di situ..


mcam biasa...BERSAMBUNG..=P

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D