19 Disember 2009

PRU Majlis Pelajar Bagi Sesi 2010

| |
1 Komen
Assalamualaikum w.b.t.
Sebagaimana yang termaktub di dalam undang-undang Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ), maka pada beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir tahun (ana sdiri x igt ble) Majlis Pelajar atau lebih dikenali sebagai MP bagi sesi 2009 dibubarkan.. Dan bermulalah pencalonan bagi MP 2010... Calon-calonnya adalah... (mcm anugerah skrin plak.. Hehe..)

Bagi tingkatan 5 sesi 2010 :
1. Abdul Muhaimin b. Abdul Manaf
2. Muhammad Hanis Nasrullah b. Muhd. Pauzi
3. Hasyim Nawwaf b. Mohd. Mokhtar
4. Muhd. Iskandarruzaman b. Mohd. Zulkafli
5. Ahmad Zaim Fikri b. Kamarulzaman
6. Muaz b. Mohd Ghani Basri
7. Abbad b. Muhd. Saufi
8. Mohammad Robbani b. Mohd. Salleh
9. Ahmad Iqbal b. Zulkifli
10. Ahmad Mustaqim b. Ramli
11. Muhammad Faruqi b. Abd. Shukor
12. Muhammad Sahli b. Arifin
13. Ahmad Aiman b. Harum
14. Che Mohd. Fuad b. Che Hamzah
15. Mohamad Nur Zaim b. Semsudin
16. Tuan Zul Hamizan b. Tuan Mat

Bagi tingkatan 4 sesi 2010 :

1. Muhammad Akram b. Kamaruszaman
2. Muhammad Arif b. Abdullah
3. Ahmad Najmi Aslam b. Rusli
4. Muhamad Haziq b. Radzi
5. Ahmad Zuhairi b. Rubaidullah
6. Mohammad Zulhilmi b. Zainuddin
7. Wan Ahmad Irfan b. Wan Naim
8. Muhammad Zul Fasahi b. Abdul Razak
9. Mamduh Nu'aim b. Mohd. Mokhtar
10. Mohammad Bukhary b. Zulkeply
11. Muhammad Faishal b. Razlan
12. Muhammad Azim b. Mohd. Nor
13. Ahmad Samarqandi b. Halim
14. Ahmad Erfan b. Mohd. Shaarani


PRU yang menyaksikan buat kali pertama (bg ana spanjang brada d MTAQ) perang poster yang ditampal di tiang-tiang laluan ke tempat membuang undi...Dan keputusannya telah dikeluarkan beberapa hari lepas (pn ana x igt tarikh.. Huhu).. Ianya telah disepakati oleh guru dalam satu mesyuarat yang diadakan sehari sebelum keputusan diumumkan.. Keputusannya :

Presiden

Muhd. Iskandarruzaman b. Mohd. Zulkafli

Timbalan Presiden (Exco Dakwah Dan Kepimpinan)

Ahmad Najmi Aslam b. Rusli

Naib Presiden 1 ( Exco Disiplin )

Ahmad Mustaqim b. Ramli

Naib Presiden 2 ( Exco Asrama )

Abdul Muhaimin b. Abdul Manaf

Naib Presiden 3 ( Exco Kaunseling )

Muhd. Akam b. Kamaruszaman

Setiausaha Agung

Muhammad Robbani b. Mohd. Salleh

Timb. Setiausaha ( Exco Persatuan Uniform )

Ahmad Iqbal b. Zulkifli

Bendahari Kehormat ( Exco Kebersihan dan Kesihatan)

Muhammad Sahli b. Ariffin

Exco Al-Quran dan Qiraat

Muhd. ZulFasahi b. Abdul Razak

Exco Bahasa Arab

Wan Ahmad Irfan b. Wan Naim

Exco Redaksi dan Pameran

Ahmad Zuhairi b. Rubaidullah

Exco Sukan dan Kegiatan

Tuan Muhd. Zulhamizan b. Tuan Mat

Exco Maktabah

Muhd. Hanis Nasrullah b. Muhd. Pauzi 

Exco Penyelaras Buku Teks (SPBT)

Muhd. Bukhary b. Zulkefly

Exco ICT

Hasyim Nawwaf b. Mohd. Mokhtar

Exco Infrastruktur dan Pembagunan

Ahmad Faishal b. Razlan

Exco Keusahawan dan Koperasi

Mohd. Haziq b. Radzi

Exco Akedemik

Ahamad Samarqandi b. Halim

Exco Kebersihan & Keceriaan

Muhd. Zulhilmi b. Zainuddin

Exco Bilik Tayangan

Muhd. Faruqi b. Abdul Shukor

Begitulah pihak-pihak kepimpinan bagi sesi 2010. Yang tidak dipilih itu diharap meningkatkan lagi "kempen" anda untuk tahun seterusnya....

Wallahu'alam....


Read More

24 November 2009

Di Mana "SATU" Kepada Tuhan???

| |
1 Komen


Salam alaik... Mengulas menganai satu malaysia yang diwar2kan oleh PM kita Ustaz Najib Bin Abd Razak kita... Berbincang mengenai masaalah "penyatuan" kaum yang hangat dikatakan boleh menjana kemajuan negara.... Namun mengapa kita tidak menyatukan tunjang utama yang perlu disatukan sebagai pemimpin Islam dan sebagai seorang MUSLIM ???Apabila perkara ini disatukan maka semua benda dijana kemajuan di peringkat global bahkan bukan sahaja dari aspek penyatuan bahkan dari segala aspek! Benda yang perlu kita satukan ialah Allah.. Bahkan ianya memang haram disekutukan bagi seorang MUSLIM! Bahkan bagi pemimpin sekalipun, semua benda yang telah Allah tunjukkan jalan perlulah diikuti kerana itulah sebaik-baik penyelesaian.... Sama-samalah kita berdoa agar pemimpin kita beroleh hidayah... InsyaAllah..... Wallahua'lam
Read More

16 Oktober 2009

Mengumpat...

| |
1 Komen
sememangnya mengumpat adalah larangan dalam agama.... Jijiknya amalan mengumpat dikaitkan Allah swt dengan memakan daging saudara sendiri.... Jom Layan video nie....


Read More

28 September 2009

Cerpen AidilFitri :Sesuci Air Mata Taubat [Part 1]

| |
12 Komen
Di kala sang bulan galak mengambang, diselang-seli pula sayup-sayup tempikan rindu si burung hantu. Begitulah suasana pada setiap malam. Tetapi malam itu dirasakan berlainan dari malam yang biasa bagi Sabri. Baginya malam bulan 1000 rahmat itu telah menyentak hatinya setelah mendengar tazkirah ringkas Ustaz Jamilul. Setiap tutur patah perkataan Ustaz Jamilul bermain-main di corong telinganya.
“Cuba kita muhasabah diri kita balik, apakah yang kita perolehi setakat seminggu kita berpuasa? Adakah sekadar lapar dan dahaga? Sepatutnya kita sebagai Muslim haruslah bertungkus-lumus mengejar ganjaran yang melimpah ruah yang dijanjikan oleh Allah SWT. Bulan yang berkat ini Allah SWT sudah membelengu musuh utama kita yakni Syaitan! Mengapa kita masih lagi tidak mampu melawan nafsu kita sendiri. Bahkan kita bukan sahaja tidak mahu merebut peluang ini tetapi sanggup membuat perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT. Golongan seperti inilah yang Nabi mendoakan kecelakaannya”
Sabri termenung sendirian. Perasaan sebak dan kesal berbaur di dalam hatinya. Tanpa disedarinya, air mata yang mahal bagi seorang lelaki mengalir di pipinya. “ Ya Allah! Kau ampunilah hambuMu yang leka ini Ya Allah” Sabri bermonolog sendirian.
“Sabri, mengapa termenung nie?” sapa satu suara yang menyentaknya dari khayalan. Cepat-cepat dia mengesat air matanya.
“Err, takde apa-apa nek” jawab Sabri ringkas lantas cuba untuk tersenyum.
Nenek Limah menatap cucu kesayangannya itu. Dari raut wajahnya jelas terpancar ketidakikhlasan senyumannya.
“Janganlah berdalih. Kalau takde apa-apa kenapa sampai nangis nie?”
“Urm, takdela nenek. Mata Sabri nie masuk habuk. Err, laku ke nenek jual kuih tadi?” balas Sabri cuba mengubah topik.
“Alhamdulillah. Laku pulak kuih nenek hari nie. Maklumlah bulan Ramadhan.”
“Urm, nek, nak tanya boleh tak?”
“Tanya apa?”
“Mana ayah dan ibu Sabri?”
Nenek Limah tergamam. Baginya soalan itu benar-benar pahit untuk dijawab kerana jawapannya ada di sebalik memori pahit di lubuk fikirannya.
“Sabri, bukankah nenek dah cakap, mak dan ayah Sabri bekerja di KL” jawab Nenek Limah menyelindungkan kebenaran.
“Tapi nek, mengapa kita hidup susah? Mengapa nenek yang bekerja untuk meyara perbelanjaan sekolah saya? Mengapa mereka tak pernah nak jumpa saya? Apa dosa saya nek?” Soal Sabri bertubi-tubi bak sepucuk pistol yang memuntahkan pelurunya.
Nenek Halimah tidak dapat mengawal perasaannya lantas tunduk menyepi. Suasana sunyi seketika.
“Kenapa nenek senyap? Jawablah nek.” desak Sabri. Darah mudanya mula panas.
“Sabri tak salahkan nenek. Tapi kenapa nenek menyembunyikan hal sebenar?”
“Nenek cuma tak mahu kamu tertekan.” .
“Sabri lebih tertekan kalau nenek buat camni. Sampai bila nenek nak sembunikan hal nie?” Air matanya membasahi pipinya. Dia sememangnya membesar tanpa ibu dan ayahnya. Selama ini, neneknyalah yang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk membesarkannya.
“ Sabri, nenek minta maaf banyak-banyak. Nenek tidak berniat nak berdalih dengan kamu tetapi nenek tak mahu kamu hadapi tekanan hidup. Tapi sekarang, nenek rasa dah sampai masanya nenek menceritakan perkara yang sebenar. Sebenarnya ayah dan ibu kamu bercerai pada usia kamu 1 tahun. Pada masa itu, rumahtangga ibu-bapa kamu bagaikan retak menanti belah. Ibu kamu langsung tidak hiraukan kamu. Sejak kamu dilahirkan, dia merasa bahwasanya diri dia telah telepas dari tangungjawab hidup. Setiap malam pasti dia keluar entah kemana. Langsung tidak menghormati bapa kamu sebagai ketua rumahtangga. Bapa kamu sudah berbuih mulut menasihati namun langsung tidak diendahkan. Kerana rasa curiga yang teramat, bapa kamu cuba mengintip ibu kamu. Alangkah terkejutnya bapa kamu apabila mendapati isterinya telah melakukan hubungan dengan lelaki lain. Akibat terlalu marah, bapa kamu menyerang lelaki itu. Namun, nasib bapa kamu amat malang. Dia tidak tahu bahawasanya lelaki yang menjalinkan hubungan dengan ibu kamu itu adalah Wan,ketua gangster di situ.” Air mata nenek Limah mengalir deras “Lepas tu nek? Apa yang jadi pada ayah?”tanya Sabri.
“Bapa kamu dibelasah teruk oleh gangster disitSelepas itu, bapa kamu dikejarkan ke hospital berhampiran dengan bantuan orang awam. Bapa kamu koma di hospital 3 bulan sebelum menghembuskan nafasnya terakhir.” Sebak nenek Limah menjadi-jadi. Sabri memeluk neneknya.
“Habis tu, macamana nenek tahu Sabri nie anak ayah?” soal Sabri.
“ Semasa koma, Nenek yang suruh doktor jalankan ujian DNA sama ada kamu ini adalah anak abah kamu atau lelaki keparat itu. Hasilnya kamu memang anak ayah kamu.”
“ Maafkan Sabri nek kerana terlalu mendesak.” jelas Sabri. Benci dan dendam kepada ibunya membuak-buak di dalam hati mendengar cerita neneknya tadi.

*************
KRINGGGGG!!!. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi pelajar-pelajar di Sekolah Menenengah Kebangsaan Jalan Tasek ini. Kelihatan murid-murid yang bukan Islam berpusu-pusu keluar meluru ke kantin. Sabri tidak tahu kemana hendak dituju. Dia akhirnya mengambil tempat di sebatang pohon yang agak rendang di tepi padang sekolah. Fikirannya terbang bersama awan nun di sana. Sedang jauh mengalamun, tiba-tiba,
“Aduh, jauh pulak mamat nie berangan.” sapa Muhaimin, kawan rapatnya. Sabri membisu.
“Nie apa pasal lak nie? Selalu tak macam nie. Dah makan belum?” Tanya Muhaimin prihatin.
“Err..”
“ Dah tak payah jawab. Aku tau kau belum makan lagi. Ke kau tak puasa?” Jawab Muhaimin memintas percakapan Sabri sambil bergurau.
Sabri tersengih. Dia senang mempunyai kawan yang amat prihatin dengannya. Mereka berkawan sejak di bangku tadika lagi.
“Woi Sab, ceritalah. Apa masaalah kau sebenarnya? Dari tadi lagi aku tengok kau asyik termenung je.Masa belajar pun kau tak memberi tumpuan. Sambil-sambil lepak nie boleh dengar cerita. Lagipun aku bukannya sape, kawan baik kau jugak.” pinta Muhaimin.
“Begini Min. Aku rasa bersalah pada Tuhan. Kau tak dengar ke tazkirah Ustaz Jamilul semalam? Kau rasa kita nie dah cuku bersungguh ke dalam beribadat?” jelas Sabri.
“Itulah aku pun terfikir jugak. Aku rasa rugi sangat. Ye la, selama nie kita duk melepak kat cyber café tue la, mencuri dan macam-macam lagi perkara jahat yang kita buat. Walaupun kita tengok je budak-budak tu main, tapi aku rasa buang masa la.”
“Habis tu, apa cadangan kau? Macam mana nak tebus kerugian kita nie?”
“Kenapa tana aku pulak? Kau ingat aku nie ustaz ke? Macamnilah, apa kata kita tanya Ustaz Jamilul? Amacam?”
“OK” balas Sabri rigkas.
***********

BERSAMBUNG
Read More

15 September 2009

Design Ahli Bilik... Comment Plzzzz..

| |
4 Komen
Minta Pendapat para pelawat yang dihormati... Hehehe.. Ana buat atas permintaan Presiden Mp MTAQ kita... Sdr. Atiqullah Mursyid!!!


Read More

8 September 2009

Badar Kubra... Ambil Semangat Darinya..

| |
0 Komen

Alhamdulillah.. Semakin hari masa semakin ligat berputar.. Ramadhan sudah tidak lama lagi meninggalkan kita.. Namun, apakah kita menuju kepada kejayaan dalam mendapat iman di peringkat yang tertinggi seperti yang dinyatakan oleh Allah swt iaitu taqwa? Fikirlah sendiri.. Dalam menyambut bulan ramadhan, banyak perkara- perkara dan peristiwa-peristiwa sirah yang boleh diambil iktibar untuk kita serapkan di dalam jiwa kita. Antaranya adalah badar kubra, Nuzul Quran dan macam-macam lagi peristiwa-peristiwa & sirah penting untuk kita ambil pengajaran darinya .. Di sini saya ingin tekankan peristiwa badar kubra. Sesetengah daripada masyarakat kita masih tertanya-tanya apakah maksud badar kubra sebenarnya.. Badar Kubra adalah satu ghizwah (peperangan yang disertai Nabi Muhammad SAW) yang dilancarkan oleh pasukan-pasukan islam terhadap kuffar musyrikin di mekah... Mengapa Badar Kubra?? Semangat cinta akan Allah & Nabi di dalam peperangan inilah yang kita patut ambil dan masukkannya meresap di dalam naluri jiwa kita.... Semangat ini menjadi satu panji yang perlu digenggam untuk membuak rasa untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini..Bayangkan Nabi Muhammad SAW bersam-sama dengan para sahabat yang lain bertempur di medan jihad dalam keadaan berpuasa.. Sanggup berkorban demi Allah dan RasulNya... Cuba kita fikirkan mengapa semangat seperti ini tidak pernah wujud di dalam jiwa kita? Fikir-fikirkanlah... Sebab itu parti-parti islam di seluruh dunia menyambut Badar Kubra antaranya HAMAS, IKHWANUL MUSLIMIN, dan lain-lain... Bagaimana tentera-tentera Badar Kubra mendapat kejayaan yang gilang-gemilang dalam menempuh tentera musyrikin yang 3 kali ganda lebih ramai dari mereka? Semangat yakin akan janji Allah & RasulNya menjadi semangat bagi mereka untuk mencapai kemenangan... Sebagai muslim.. Kita seharusnya menggunakan semangat sebegini agar kita tidak mudah diinjak-injak oleh musuh-musuh kita... Mudah-mudahan kita mendapat hidayah dan rahmat Allah SWT.. Amin... Wallahua'lam...
Read More

28 Ogos 2009

Ramadhan. Bulan Mendidik Jiwa...

| |
1 Komen

Allah berfirman:


" Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu dari kamu agar kamu bertaqwa"



Alhamdulillah. Dapat lagi kita bertemu dengan Ramadhan. Bulan yang mulia yang penuh keberkatan dan penuh maghfirah darinya. Kita seharusnya bersyukur kerana dengan limpah kurniaanNya, kita masih diberi peluang berjumpa dengan bulan 1000 rahmat. Amat rugilah barangsiapa yang mensia-siakan bulan yang berkat ini. Bulan Ramadhan sememangnya bulan rahmat yang mana ianya diberi keistimewaan daripada bulan-bulan yang lain. Sebagaimana yang diterangkan oleh hadis baginda Rasulullah SAW, pada bulan ini ditutup pintu neraka, dibukakan pintu syurga dan syaitan digari daripada menggoda manusia. Ternyata, Ramadhan amat sesuai bagi mereka yang masih lagi terleka dan hanyut dibawa arus dunia. Berbalik kepada ayat di atas, Allah swt telah jelas menerangkan bahawasanya, barangsiapa yang berpuasa mudah-mudahan dia bertaqwa. Namun begitu, mengapakah masih begitu ramai manusia yang masih meninggalkan solat meskipun dia berpuasa? Masih sanggup melakukan dosa tanpa menghiraukan amaran Allah ? Ini kerana puasa itu tidak diselitkan unsur-unsur keabdian diri kepada yang maha Pencipta. Sepatutnya, kita berpuasa meningkatkan taqwa kita kepadanya. Ini tidak, kita semakin menjauhkan dan menambahkan lagi kemurkaan Alla kepada kita. Inilah masaalah orang yang berpuasa. Kalau kita tengok orang kita berpuasa nie. masyaAllah, cukup hebat. Biarpun kita misalnya balik dari kerja tengahari, anak-anak pergi sekolah, isteri tidur. Bila buka je peti ais, Kecur air liur dibuatnya melihat cendol baki sahur tadi. Namun bagi orang melayu kita nie, tak berani nak buat. Alhamdulillah, cuma bila masuk bab solat, ha yang nie memang orang kita pantang benar! Entah kenapa. Tapi ingatlah, Ramadhan adalah institusi terbaik bagi seorang muslim untuk meningkatkan taqwa dan menghapuskan dosa. Kalau kita tengok lagi, fenomena yang bagi saya agak pelik jugak, yang mana bile 10 yang awal di dalam bulan Ramadhan nie, MasyaAllah! Memang penuh masjid. Kan bagus kalau sembahyang tiap2 waktu solat camnie.. Solat Jumaat tk penuh camnie... Entah mane datangnya manusia2 nih... Tapi sepuluh yang awal la yang nampak penuh. Sepuluh yang akhir? Tanya la masjid mane yang penuh... Memang pelik betul. Sepatutnya sepuluh yang akhir kita lebih bersungguh untuk beribadah. Kerana tersedianya malam AlQadar yang dijajnjikan Allah. Ni ler, antara fenomena2 pelik yang saya sendiri pon tk fhm dengan orang melayu kita nie. Akhir sekali, bulan ramadhan adalah bulan jihad. Tidak kira jihad dari segi apapun. Kalau kita tengok sirah Rasulullah, banyak peperangan yang berlaku di dalam bulan Ramadhan. Peperangan Badar Kubra misalnya, Peperangan Fathul Mekah dan lain-lain lagi. Sejujurnya, sebagai seorang muslim, kita seharusnya mengambil semangat jihad yang ditunjukkan pada peperangan di zaman itu. Yakin kepada Allah adalah asas dalam perjuangan mereka. Jadi jihad ini memang perlu di dalam kehidupan kita. Sebelum mengakhirkan bicara, diingatkan kembali, Gunakanlah ramadhan ini sebagai satu " Sekolah" bagi mendidik jiwa untuk dibawa ke bulan2 lain. Itu yang sepatutnya. Wallahua'lam.

Read More

18 Ogos 2009

H1N1. Satu Konspirasi Dari Pihak Kapitalis?

| |
0 Komen
Ada Kemungkinan! Bacalah untuk pengetahuan ! Itu sahaja yang boleh diungkapkan..



Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub". Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir. Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan: - Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat, - Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial, - Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia. Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability. International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."
Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat. Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar. Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis. Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong! Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.
Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini. Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger. Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku. Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca. Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet. Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian. Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan
Read More

14 Ogos 2009

H1N1????? SATU PERINGATAN MEROBOHKAN BENTENG KEGOAN LAUTAN MANUSIA…

| |
0 Komen


“ Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, Maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan dia sendiri. dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu, Maka dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu ”( Al-An’am:17).

Alhamdulillah, 3 hari ana berada dalam kuarintin pihak Hospital. Pada mulanya ana tak ambil serius dengan perkara ni tapi lepas pemeriksaan kesihatan kali kedua di Hospital Machang, hati mula gundah. Adakah Allah SWT ingin memberi peringatan kepada diriku yang leka dek hanyut di arus duniawi? Astghfirullah…Ampunilah HambaMu yang leka dan hina ini, Tuntunilah hamba ke jalan yang engkau Redhai..Berikut adalah rentetan peristiwa semasa dikuarintin…

9 OGOS 2009
Badan ini terasa sejuk. Ana berjalan perlahan-lahan menuju ke kelas. Entah mengapa badan ini terasa seram sejuk. Mengapa? Mungkinkah latihan Taekwondo yang dikhaskan untuk tournament ? Entahlah. Pelahan-lahan Ana terus menuju ke Masjid Keputeraan MTAQ untuk mengikuti kelas Al-Quran.Selesai sahaja kelas Al_Quran, Ana menuju ke kelas untuk mengikuti pembelajaran. Madah pertama pada hari itu ialah Tauhid. 5 minit selepas berakhirnya kelas Al-Quran, Ustaz Shukri, Guru Tauhid masuk dan memulakan pembelajaran. Selesai 30 minit pembelajaran, Ustaz Shukri keluar kerana masa pengajarannya sudah tamat. Masa ini, ana rasa pening sikit. Beberapa minit sebelum rehat, satu pengumuman dibuat, “ Perhatian kepada mana-mana pelajar yang demam pada hari ini, sila ke hadapan pejabat dengan segera.” Ana pun menggagahkan diri pergi ke hadapan pejabat. Seramai lebih kurang 7 orang yang demam. Ana serba salah. Badan pun tidaklah panas sangat. Jadi, ana batalkan niat untuk pergi klinik. Ana pun menuju ke kantin untuk makan. Selesai makan, van yang membawa 7 murid yang sakit tadi, kembali. Ustaz Muhaimin selaku guru kesihatan terkejut. “ Aik! Cepatnya.” Ustaz Marwan, yang membawa murid itu memaklumkan bhawa pihak klinik akan datang ke sekolah ekoran terlalu ramai pelajar yang demam. Lepas rehat, PK HEM memanggil semua pelajar tingkatan 3 untuk membersihkan asrama. Ana ditugaskan di blok asrama baru. Selesai sahaja membersih, badan ana terasa lesu, kepala terasa penat. Bilik ana masih belum dibuka. Ana mengambil keputusan untuk ke bilik atas. Ana merebahkan diri di salah satu katil di bilik 211. Apabila ana sedar jam menunjukkan pukul 2.40p.m. Fuh! Badan semakin panas. Satu lagi pengumuman dibuat: “ Kepada pelajar yang demam, sila ke atas masjid dengan segera” Ana pergi ke bilik, menyalin baju dan terus ke masjid. Selesai solat Zohor, ana bersama beberapa orang lagi yang demam menanti ketibaan pihak klinik. 20 minit kemudian, barulah pihak klinik sampai. Kami diarah masuk ke dalam Dewan Syatibi. Setiap seorag diberi satu ‘mask’. Seingat ana lebih kurang 23 orang pelajar yang diperiksa. Suhu ana apabila dipeiksa ketika itu 37.9 c . Sahabat ana yang lain paling tinggi ialah 40 c ! Setelah selasai, kami diminta berkumpul di atas masjid. Kami dipecah kepada 3 kumpulan. Yang pertama, kumpulan yang memang 70% disyaki H1N1. Yang ini memang perlu dikuarintin. Yang kedua, kumpulan yang 60% disyaki. Kumpulan ini jug pelu dikuarintin. Yang ketiga kumpulan yang demam biasa. Kumpulan yang ini dilepaskan. Ana tergolong di kumpulan kedua. Jadi kami yang dikuarintin ini diarah untuk menetap di rumah guru yang baru sahaja disiapkan. Kumpulan pertama diarah duduk di bilik yang disediakan. Manakala kumpulan kedua di bahagian ruang tamu. Kumpulan pertama seramai 6 orang. Dan kumpulan kedua seramai 9 orang. Makanan dari kantin atas dihantar oleh Abang kantin.Chewah. Macam warden la pulak. Malam tu, Mudir datang melawat. Dia bawa roti canai untuk kami.Alhamdulillah, dapat mudir camni. Hehe. Malam tu kami tidur dalam pukul 10.45 malam.


10 OGOS 2009
Pagi tu kami bangun dalam pukul 5.30 pagi. Selepas Solat Subuh berjemaah, kami melakukan kerja masing-masing. Dalam pukul 7.00 pagi abang Ismail, hantar mee. Kami pon makan bersama. Sewaktu pelajar lain pergi ke sekolah, kami yang dah telan ubat ni, tidu dibawa arus mimpi. Dalam pukul 9.00, PK HEM datang. Dia suruh kami jemur bantal dan selimut agar kuman dalam tu mati. Kami ikut je. 5 minit lepas tu kami ambil balik. Dalam 9.15 kami dibenarkan untuk ke kantin untuk membeli kuih-muih, nasi atau apa-apa yang dirasakan perlu. Ana pun keluar la dari ‘penjara’ tu. Memang bosan! Ana pergi berjalan-jalan sambil menghirup udara segar yang ditapis oleh ‘mask’ yang dipakai. Huh! Lemas sungguh ! Setelah 7 minit berjalan, ana kembali ke tempat tahanan. Masa tu, badan ni terasa selesa sedikit. Mungkin kerana PCM yang ditelan. Tengahari tu, badan ana memang rasa panas. Dada ana terasa sesak! Fathul Hakim memaklumkan kepada ustaz Razlan. Apabila Ustaz sampai, ana diiringi oleh presiden ; Atiqullah Mursyid, dan Afiq Afifi ke klinik kesihatan pulai chondong. Disana, ana diberi bantuan pernafasan. Alhamdulillah , lega sediit. Suhu ana ketika itu, 39% ! Mak oi! Tingginya! Akhirnya dr. Ambil keputusan untuk bawa ana ke wad Hospital Machang. Tangan ana dicucuk sana, sini. Aduhai, siksa betul! Malam tu, ana keseorangan di dalam wad perempuan! Wad lelaki penuh! Nasib baik dalam bilik tu ana seorang shj. Masa tulah ana memohan kepada Allah minta dijauhkan bala.Malam tu, 3 kali nurse tu amik tekanan daah dan suhu. Wad ana tu memang sapa-sapa pon tak boleh masuk melawat. Nurse tu pakai berbugkus! Macamlah ana nie dah positif. Tapi mungkin untuk langkah berjaga-jaga.

11 OGOS 2009
Ana dimaklumkan bahawa parent ana dah sampai. Ana diberi makan roti dengan telur rebus. Ana makan. Lepas makan, ana telan ubat. Kemudian, ana terus menerus minum. Minum air yang ada disediakan. 3 cawan. Fuh! Dahlah air kt tangan ni 4 botol dah, air kt mulut pon kena masuk. Memang tersiksa! Kemudian tinggalah ana di dalam blik keseorangan. Bosan. Tak tahu nak buat apa. Dalam pukul 10.00 ibu n ayah ana hantar air zam zam. Ana minum separuh. Mak n ayah ana boleh tengok ana kat tingkap je. Mak ana pergi mintak transfer ke Hospital Ipoh. Dalam pukul 12 ana dibwa keluar dan terus ke kereta dan dibawa ke Hospital Ipoh. Sampai kt Hosp. Ipoh lam pukul 7.00. Dr. Kt situ periksa2 dia kata, ok lah, boleh dah nk balik rumah. Ana dengan gembiranya balik rumah. MC dy bg 7 hari!

Begitula kisahnya... Ana pon terfiir jugak apa yang Hj Din (pegawai perubatan Pulai Chondong) kata, “ Kita kena kaji penyakit H1N1 nie, kenapa yang selalu kena budak2, remaja, dan orang dewasa. Mengapa orang tua tak kena?” Fikir2kANlah.... Banyak2kanlah doa untuk umat muslimin


Read More

2 Ogos 2009

Argh!!!!

| |
0 Komen
Segala puji bagi Allah, tuhan yang mentadbir Alam.. Ana Lama tak update blog ni sbab trlalu cbuk, jga dalam proses mnyiapkan satu cerpen. Hehehe.. Nantikannya di.. Laman Dakwah! InsyaAllah..Dan Ana berharap para pelawat dapat memberi komitmen kepada ana untuk teruskan cerpen ana... hehehe..
Read More

20 Jun 2009

Krisis?? Ape ke he ??

| |
0 Komen





Assalamualaikum WBT
Hmmmm.... Krisis? Ape la nak jadi? Ana pon tak tahu... Ingatkan  Ana di MTAQ saje yang ade krisis.. Rupe-rupenya sampai ke pucuk pimpinan PAS sendiri.. Para blogger dan wartawan  memuntahkan cerita-cerita dan pendapat-pendapat mereka... Tak tahu nak percaya yang mana satu. Ana cuma tertarik dengan artikel oleh Ust. Ahmad Awang, mantan Pesuruhjaya PAS perak ;
Maksud firman Allah SWT:
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (Al-An'aam:44)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat berjumpa kembali kepada para pengunjung blog saya, setelah kira-kira 10 bulan blog saya tidak dikemaskinikan kerana sebab-sebab tersendiri. Saya tetap mengucapkan penghargaan kepada mereka yang tetap mengunjungi blog ini walaupun tuan rumahnya tidak menghidangkan santapan untuk mereka. Terima kasih juga kepada mereka yang menghubungi saya melalui pesanan-pesanan ringkas atau perbualan telefon meminta saya mengemaskinikan blog ini.

InsyaAllah mulai posting ini, blog Ustaz Ahmad Awang akan terus membawa bahan-bahan dakwah dan isu-isu semasa meliputi hal-ehwal agama, politik, sosial, jenayah dan isu-isu umat Islam antarabangsa. Saya akan terus berusaha membuat posting sekerap mungkin, memandangkan saya mempunyai kelapangan setelah menarik diri menduduki saf kepimpinan parti (PAS) di peringkat nasional hingga ke peringkat negeri. Bagaimanapun saya akan tetap memberikan pandangan dan fikiran saya kepada pimpinan parti samada melalui blog ini ataupun saluran lain menurut kesesuaian.

Mengapa KP/UG Diisukan?
Bagi membuka posting ini, saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai Kerajaan Perpaduan/Unity Government (KP/UG) yang menjadi hot topic sejak kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) yang dibuatnya semasa Muktamar PAS Ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Sehingga hari ini sudah hampir 2 minggu isu KP/UG terus menjadi berita sensasi apabila ianya dijadikan bahan politik oleh pimpinan UMNO/BN. Isu menjadi lebih rancak apabila para bloggers mentafsirkannya menurut pandangan masing-masing dan mendapat sambutan pengulas-pengulas blog yang begitu bersemangat memberi komen masing-masing samada dengan pandangan yang positif atau negatif.

Yang lebih penting di sebalik hot topic ini, UMNO/BN mendapat advantage bagi mengalihkan pandangan rakyat untuk menutupi kelemahan-kelemahan parti mereka yang terus menerima kekalahan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU Ke-12, 8 Mac 2008. Dengan cara yang demikian UMNO/BN mengambil kesempatan untuk memecah-belah Pakatan Rakyat (PR), terutama dengan menggambarkan PAS cuba untuk berpakat untuk bergabung dengan UMNO/BN. Hakikat bahawa perasaan ragu atau sekurang-kurangnya bisikan-bisikan hati rakan Pakatan Rakyat terhadap kejujuran PAS memang sedang berbunga.

Perkara yang lebih membimbangkan lagi di kalangan ahli akar umbi dan kepimpinan PAS di peringkat pertengahan isu KP/UG ini dilihat oleh sebahagian mereka memang suatu perancangan ke arah bergabung dengan UMNO. Sebahagian besar suara perwakilan dalam Muktamar PAS Ke-55 baru-baru ini, mempunyai persepsi atau pandangan sedemikian, malah tambah menguatkan persepsi mereka apabila pimpinan tertinggi dalam ucapan penggulungannya menegaskan keterbukaan PAS untuk berbincang dengan mana-mana golongan termausk UMNO/BN.

Persoalannya, apakah sebenarnya konsep KP/UG itu? Sejak bilakah ianya dibangkitkan oleh pimpinan terutama TGHHA sendiri? Setakat manakah pernah ianya diperbincangkan di kalangan pimpinan tertinggi parti? Pernahkah ianya dibincangkan dengan rakan PR? Macam mana boleh timbul idea KP/UG ini? Kenapa Tuan Guru Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz (TGNA) sangat tegas menolak KP/UG ini?Maksud firman Allah SWT:
“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An'Nisa’:59)

Konsep Kerajaan Perpaduan
Kerajaan perpaduan atau National Unity Government atau National Union Government adalah kerajaan gabungan yang luas meliputi semua parti-parti politik utama dalam parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan. Kerajaan Perpaduan biasanya dibentuk bagi mengatasi keadaan semasa dan selepas berlaku peperangan atau selepas keadaan darurat sesebuah negara.

Kerajaan perpaduan pernah dibentuk di beberapa buah negara barat pada masa yang lalu, sebagai contohnya di Amerika, Presiden Abraham Lincoln membentuk Unity Government selepas Perang Saudara pada tahun 1865. Di Canada pula Kerajaan Perpaduan atau Unity Government pernah dibentuk dalam masa Perang Dunia Pertama (1917) dan semasa Perang Dunia Kedua. Demikian juga Luxembourg pernah membentuk Kerajaan Perpaduan semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Di England pula pernah ditubuhkan Kerajaan Perpaduan pada tahun 1931dan juga pada tahun 1935.

Indonesia adalah contoh terdekat dan terbaru Kerajaan Perpaduan. Kerajaan tersebut terbentuk selepas berlaku reformasi apabila tumbangnya pemerintahan Suharto yang kemudiannya digantikan oleh Presiden Habibie dalam masa peralihan kepimpinan apabila terbentuknya Kerajaan Perpaduan pada tahun 2004 sehingga hari ini. Semua parti-parti yang memenangi pilihanraya tahun 2004 bergabung mendukung pemerintah. Ini bermakna tidak ada golongan atau parti pembangkang dalam kerajaan. Bagaimanapun Presiden adalah dipilih terus melalui pilihanraya yang mana parti-parti utama bertanding merebut jawatan Presiden dan Timbalannya. Satu perkara yang perlu disebutkan sistem pilihanraya di Indonesia bagi memilih wakil-wakil rakyat di semua peringkat adalah mengikut kaedah proportional representative system yang berdasarkan pada peratusan undi yang didapati oleh kumpulan calon-calon dan peratusan kerusi yang mereka perolehi, bukannya berdasarkan kepada majoriti undi yang diperolehi oleh calon-calon yang bertanding di satu-satu kawasan parlimen atau negeri, seperti majority system yang diamalkan di negara kita.

Bila Idea Kerajaan Perpaduan Dibangkitkan?
Secara rasminya idea Kerajaan Perpaduan ini tidak pernah dibangkitkan dalam parti PAS apatah lagi untuk membincangkannya. Ianya tidak lebih dari lontaran idea Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) seperti yang beliau sendiri pernah membuat kenyataan mengenainya. Lontaran idea itu dibuat beliau semasa pimpinan Kerajaan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) yang menjanjikan untuk membasmi amalan rasuah. Beliau menyuarakan idea dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu dapat dilakukan reformasi terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Kehakiman yang selama ini dilihat semakin terhakis kepercayaan rakyat kepada kedua-dua suruhanjaya itu. Di samping itu juga kebebasan media akan dapat dijamin bersikap adil kepada semua pihak. Saya difahamkan dalam sembang-sembang sambilan beliau pernah bercakap mengenai idea Kerajaan Perpaduan ini dengan Dato’ Seri Anwar dan Lim Kit Siang.

Bagaimanapun tidak ada perbincangan rasmi dengan pimpinan UMNO mengenai perkara ini dan tidak ada sebarang keputusan dibuat. Apa yang saya difahamkan lontaran idea ini pernah disampaikan kepada Pak Lah (sahaja) ketika hampir-hampir berlaku peralihan kuasa kepimpinan negara kepada Dato’ Seri Najib. Khabarnya Pak Lah berminat dengan idea tersebut (bukan cadangan), mungkin kerana takut orang-orang beliau akan tersingkir apabila Najib menjadi Perdana Menteri, bukannya kerana idea Unity Government itu. Namun tidak ada apa-apa perkembangan lanjut sehingga peralihan kepimpinan negara berlaku dengan perletakan jawatan Pak Lah pada 29 Mac lalu. Ini bererti Unity Government itu kini hanya menjadi idea akademik sahaja. Ia sepatutnya tidak bangkit lagi sebagai perancangan parti atau perbincangan strategi politik PAS PADA MASA INI dan tidak sepatutnya pun menjadi isu yang menggawatkan baik di peringkat parti atau di peringkat Pakatan Rakyat.

Bagaimana Isu Kerajaan Perpaduan Ditimbulkan
Dalam kegawatan perbincangan mengenai isu ini, pimpinan parti rakan Pakatan Rakyat membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Malah dengan permainan dan pengolahan media arus perdana yang merupakan alat UMNO/BN, ulasan-ulasan kenyataan sedemikian boleh merenggangkan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat. Malah paling ditakuti ianya boleh membawa perpecahan. Saya sendiri banyak menerima panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakan Pakatan Rakyat menyatakan kebimbangan mereka sekiranya benar-benar Kerajaan Perpaduan ini menjadi pemangkin ke arah kerjasama PAS dan UMNO untuk membentuk Kerajaan. Mengapa setengah pimpinan Pakatan Rakyat begitu mudah boleh terperangkap dengan permainan musuh?

Saya percaya ramai boleh memahami mengapa idea Kerajaan Perpaduan ini boleh menjadi isu yang sedemikian panas. Ia berpunca dari sidang media Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas. Dalam sidang media itu Presiden menyebut semula idea KP itu. Saya pun tidak pasti samada ianya timbul kerana soalan provokasi media kerana dalam ucapan dasar beliau lebih satu jam langsung tidak menyebut Kerajaan Perpaduan. Apa yang ditegaskan beliau ialah PAS akan terus memperkukuh Pakatan Rakyat dan bersedia menyumbang khidmat kepimpinan berlandaskan Islam Memimpin Perubahan yang menjadi tema Muktamar kali ini.

Saya sendiri terperanjat apabila mandapati semua media arus perdana hari ke dua Muktamar menyiarkan berita berkenaan Kerajaan Perpaduan. Hampir seluruh ucapan dasar Presiden tenggelam dengan isu KP ini. Pada awal pagi hari ke dua Muktamar itu, saya bertanya kepada Presiden mengenai perkara ini. Kebetulan ketika itu beliau sedang berjalan seiring dengan Timbalan Presiden yang sedang menuju kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat Muktamar. Saya mencadangkan beliau menjelaskan perkara ini kepada media supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Akan tetapi saya mendapati berita yang keluar esok harinya seolah-olah menegaskan lagi keterbukaan pimpinan beliau untuk meneruskan idea Kerajaan Perpaduan. Barangkali yang terus menimbulkan pertanyaan-pertanyaan apabila dalam Ucapan Penggulungan Muktamar mengulangi penekanan kepimpinan atas keterbukaan PAS untuk bertemu dan berbincang dengan siapa-siapa sahaja. Ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am, Dr. Haron Din dan ucapan-ucapan penggulungan Presiden dan Timbalan Presiden dilihat seperti tidak begitu selari dengan pandangan majoriti besar perwakilan dan wakil Kelab Penyokong PAS yang dengan keras menolak sebarang pertemuan dan perbincangan dengan UMNO.

Mengapa Tok Guru Nik Aziz Sensitif
Apabila ucapan-ucapan kepimpinan PAS itu di spin oleh media, maka akhirnya yang timbul bukan idea konsep Kerajaan Perpaduan yang mencakupi semua parti-parti diwakili di parlimen pada masa ini. Ianya diputar-belitkan seolah-olah Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO atau Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO/BN. Di sinilah timbulnya berbagai-bagai pandangan negatif atau tuduhan-tuduhan berat terhadap pimpinan tertinggi PAS pada masa ini. Saya percaya Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz (TGNA) tersentuh perasaan beliau apabila teringat apa yang berlaku dalam pertemuan sulit antara Pimpinan Tertinggi PAS dengan Pak Lah yang didedahkan sendiri oleh Presiden UMNO itu beberapa bulan sebelum Muktamar ke-54 di Perak tahun lalu. Pertemuan itu kemudian diistilahkan sebagai muqabalah bukan muzakarah. Saya boleh mengerti TGNA begitu sensitif kerana jika dahulu boleh berlaku muqabalah secara sulit, apakah nanti tidak akan ada muqabalah seperti itu di antara pimpinan parti yang diberi mandat oleh perwakilan dalam Muktamar kali ini. Apatah lagi apabila TGNA melihat “orang” tertentu yang terlibat dengan rundingan sulit dengan Pak Lah, dilantik memegang jawatan penting dalam pentadbiran PAS sekarang. Saya sendiri pun tertanya-tanya samada Dato’ Seri Presiden berasa dalam keadaan serba salah bersabit perlantikan jawatan berkenaan terutama saya memahami watak TGHHA sebagai seorang yang sangat menghormati orang lain sehingga boleh menyebabkan beliau berada dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang tegas.

Mungkin saya salah seorang anggota pimpinan PAS (mantan) yang cukup memahami sensitifnya TGNA bila mengenangkan pertemuan sulit pimpinan PAS dengan Pak Lah pada 10 Mac 2008 di sebuah rumah di Kuala Lumpur yang bertujuan membincangkan penubuhan Kerajaan PAS/UMNO/BN. Namun ianya gagal atas sebab-sebab tertentu. Bayangkanlah apabila kerajaan PAS di Kelantan diserang begitu hebat terutama dalam kempen PRU ke-12 itu oleh pimpinan BN yang diketuai oleh Pak Lah sendiri, timbalannya Najib dan menantunya Khairy, tiba-tiba 2 hari selepas itu PAS diajak bersama untuk membentuk kerajaan walaupun bukan di Kelantan. Takkanlah pimpinan PAS tidak terfikir macam mana UMNO boleh serta merta hendak berbaik dengan PAS setelah mereka berusaha hendak menghancur lumatkan PAS sebagai musuh utama politik mereka. Tidak perlulah berfikir panjang, semua orang boleh tahu Pak Lah berbuat demikian kerana menyaksikan UMNO/BN menerima pukulan hebat dengan kehilangan majoriti 2/3 dan kehilangan kira-kira 50% kerusi parlimennya di Semenanjung. Itulah tabiat UMNO apabila hampir kehilangan kuasa, dibuatlah alasan PAS mesti bersama dengan UMNO demi kepentingan bangsa dan agama.

Pengalaman Saya Di Perak
Di Perak, UMNO mengajak PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN. Alasannya ialah alasan yang sama dijadikan hujah apatah lagi UMNO/BN yang memenangi 28 kerusi hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu. Ini bermakna jika PAS menyertai UMNO/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam. Dengan ini berlakulah satu sejarah dalam masa 50 tahun merdeka tertubuh Kerajaan Melayu Islam di negeri Perak. Kononnya kukuhlah kedaulatan Melayu Islam di Perak. Namun kepada saya dan rakan pimpinan PAS Perak, alasan tersebut dapat kami ketepikan dengan hanya satu hujahan iaitu UMNO/BN selama ini tidak pernah mengangkat Islam bahkan sebaliknya menghakis Islam di Negara ini. Kami ambil kenyataan Mufti Perak sendiri, Dato’ Seri Haji Harussani yang menyatakan bahawa orang Melayu ratusan ribu menjadi murtad dan kerajaan UMNO/BN tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya.

UMNO Perak yang didukung oleh pimpinan UMNO Pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 EXCO kepada 5 orang lagi ADUN PAS. Jawatan speaker juga ditawarkan kepada pimpinan PAS. Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato’ Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato’ Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja. Namun begitu ia tidak boleh padam dari ingatan dan tetap tersimpan dalam hati kecil saya. Saya percaya perasaan seperti inilah yang tersimpan mendalam dalam hati TGNA dan boleh timbul pada bila-bila masa apabila wujud situasi seperti isu Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi UMNO itulah yang telah melakukan rampasan kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib dengan mendapat restu dari Pak Lah sendiri.

Kini kelihatan perbezaan pendapat di antara TGNA dengan pimpinan tertinggi PAS. Akibat perkara-perkara yang berlaku selepas isu Kerajaan Perpaduan ini menjadi topik politik nasional. Kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa PAS tidak akan berpakat membentuk kerajaan dengan UMNO/BN seperti tidak diendahkan oleh sebahagian penyokong dan pendukung parti. Keadaan seperti ini boleh meletakkan parti di peringkat amaran bahaya maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.


Read More

4 Jun 2009

Galeri Wida' Gen 24 bg penuntut Universeti Tempatan

| |
2 Komen
Tanggal 20 haribulan 5 baru-baru ini telah diadakan Wida' bagi generasi 24 yang melanjutkan pelajarannya di Universiti Tempatan. Pada tahun ini, wida' ini terbahagi kepada dua sesi: sesi pertama bagi penuntut tempatan dan sesi kedua bagi penuntut-penuntut Shoubra. Berikut adalah gambar yang sempat ana rakamkan......




















Read More

3 Jun 2009

Salam Hari Jadi buat Bonda Tersayang..

| |
0 Komen
Ana sekarang berada di kampung.....Bila sebut 2 mei ana teringat akan satu peristiwa.... Ya! Hari ini adalah hari lahirnya seorang insan yang telah berpenat lelah untukku.... Insan yang diangkat tinggi darjatnya di dlam islam...... Iaitu UMMI ... Buat Ummi, Akir ucapkan Selamat Hari Jadi... Biarapun begitu ucapan ini tidaklah sebesar jasa ummi membelaku dari kecil..... Terima Kasih Ummi....
Read More

7 Mei 2009

Kisah Di Padang Mahsyar Siri 2

| |
3 Komen
Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati.Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian.Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.” Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk.Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!” Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!” Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?” Allah Taala berfirman: “Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan).Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa.Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.” Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad!Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.” Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.Kumpulan yang kelima berlari.Kumpulan keenam berjalan.Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!” Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka”! Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat.Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka.Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.” Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.” Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.” Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.” Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka...
Dipetik dari : http://abusyakirin.wordpress.com
Read More

Kisah Di Padang Mahsyar Siri 1

| |
0 Komen
Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata:

“Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan.

Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.

Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.

Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.” Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.

Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk.

Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka.

Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.

Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”

Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.

Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka.

Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as.

Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.” Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Isa as datang di dalam keadaan menangis.

Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku. Penguasaku. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku. Penguasaku Penghuluku. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.

Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”

Allah Taala berfirman: “Aku percaya!” Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.” I

bnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”

Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?” Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.” “Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”

Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.” Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”

Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.” ( Abasa: 37) Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.” Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”

Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.” Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.

Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”

Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?” Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”

Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.” Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.

1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.

2. Kumpulan pemuda.

3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat.

Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?” Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja.

Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.” Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.” Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Read More

Imtihan...

| |
0 Komen
Salam, Ana akan menghadapi Imtihan Nisfu Sanah minggu depan, jadi, blog ini tidak akan diupdate wt semntara wktu....Wsalam
Read More

25 April 2009

Metro2!!!!

| |
0 Komen
Dari Harian Metro......17.4.2009




PERTANDINGAN khutbah Jumaat terbuka kepada remaja di Lenggong, Perak, baru-baru ini membuka ruang kepada golongan itu sebagai persediaan menjadi pelapis khatib di kalangan remaja. Program anjuran Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Gua Badak, Lenggong dengan kerjasama Pejabat Agama Lenggong dan Kawasan Rukun Tetangga Gua Badak itu disertai tujuh remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun bertempat di masjid berkenaan. Penyandang johan khatib, Ahmad Syakir Norazli, 15, dari Lenggong berkata, dia terpanggil untuk menyertai pertandingan membaca khutbah Jumaat itu bagi mengasah bakat dan kebolehannya.“Paling banyak memberi galakan serta membimbing saya khususnya dalam bidang agama termasuk khatib ialah ayah saya, Hj. Norazli Hj. Musa, seorang pendakwah bebas dan ibu, Hjh.Mastura Ahmad, bertugas sebagai guru.“Selain minat mendalam menjadi khatib suatu masa nanti, latihan berkhutbah di sekolah turut membantu saya menambah pengalaman serta kemantapan dalam menyampaikan khutbah,” katanya yang sudah menghafaz 12 juzuk al-Quran di sekolahnya, Mahaad Tahfiz Quran Wal Qiraat, Pulai Condong, Kelantan.Peserta naib johan, Saifullah Mohd Zaine, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz, Lenggong berkata, khatib adalah jawatan penting dalam masyarakat yang bertugas menyampaikan pelbagai isu untuk kepentingan umat Islam.“Saya yakin, jika generasi remaja seperti kami dibimbing dan diberi kepercayaan, kami boleh menjadi pelapis pemimpin terbaik kelak,” katanya.Bagi Mohd Arifuddin Zamri, 14, yang bercita-cita menjadi khatib berkata, kekalahan tidak bermakna tidak layak untuk menjadi khatib kerana masih banyak waktu untuk memperbaiki kelemahan bagi mencapai cita-cita.“Saya minta supaya generasi remaja seperti kami terus diberi kepercayaan dan peluang berterusan kerana usia muda perlu lebih banyak bimbingan,” kata pelajar SM Agama Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak.

Read More