23 Jun 2013

Bicara Tentang Bidadari

| |
Suatu hari, sedang aku bersama seorang sahabat, L (bukan nama sebenar) . Tika itu kami di JayaJusco Kinta City, Ipoh. Tawaf sakan kami sambil rancak berbual. Tiba-tiba kami berselisih dengan seorang muslimah berpurdah.


Dan waktu itu kami masing-masing terkelu. Tak tahu sama ada aku atau L yang terpesona sampai kelu lidah menutur sebarang kata. Topik yang seronok dibualkan tadi tiba-tiba mati begitu sahaja ditarik pergi bersama muslimah tadi.
Aku tersenyum. Lantas menepuk belakang si L bila nampak matanya masih tak berkelip memerhati sang Muslimah itu pergi.

*pukk*
" Hoi. Terpesona? "

Tersipu sekejap si L dan kemudian membalas,
" Heh. Nampak tak tuh? Ada daya tarikan. Solehah. Anggun. Mata dia memang nampak lain macamlah. "
Aku ketawa kecil. Solehah? Dengan maskara di mata. Jubah manik berkilau? Aku monolog semua itu sendirian. Si L menyambung lagi,
" Kalau kau nak tahu, itulah BIDADARI. haha. haha. "
Aku mengikut ketawanya bersama. Kemudian perbualan terhenti seketika di situ. Beberapa langkah kami berjalan, aku membuka kata,


" Pada kau, BIDADARI itu begitukah? Daya tarikan pada kecantikan? "

Si L bersahaja dan menjawab,

" Yelah. Dalam Quran dan Hadis pon banyak cerita pasal kecantikan bidadari di Syurga kan? Kenapa? Pada kau bidadari itu bagaimana? "
" Tahu tak yang kat dunia pon ada bidadari? "
Aku mengumpan dengan soalan lagi. Sengaja mahu membuka perbincangan. L menjawab,

" Gadis yang  cantik-cantik tu lah. Warisan bidadari lah agaknya kot."
" Cantik perempuan di dunia tak kekal seperti bidadari Syurga. Tak kekal kot. Bagi aku ada satu benda yang kita boleh kata ianya mirip bidadari Syurga tapi hidup di dunia.'
L sedikit bingung.
" Maksud kau? "
" Bidadari SYURGA merindui pemuda yang takutkan ALLAH. Cintakan NABI dan AGAMAnya."


L kelihatan tambah blurr,
" Habis apa kaitannya? "
" Agaknya ada tak wanita di dunia yang mencintai pemuda yang takutkan ALLAH, mencintai NABI dan AGAMAnya seperti rindunya sang bidadari Syurga ? "

L mengangguk. Dan perbualan kami perihal bidadari terhenti di situ.
:)
Aku terfikir sendiran. Masih punyakah 'Bidadari 'di bumi Malaysia kini ? Sekiranya ada...
>_<
*mood gatal mai dah*

SYA
0954 am
23 JUN 2013

2 Komen:

takde tempat lain ke nak lepak ? ape kes lepak JJ ? hakhak :p

Author

JJ jelah yang mampu. hahaha. tk sgka tgh lautan amoi ada jgk ustazah, :D

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D