1 Oktober 2018

KOPI PEDAS CILI 2KG? 😂

| |

Alhamdulillah. Masih bernafas dan masih berkesempatan untuk menulis. Aku sekarang menganjak ke semester ke tujuh dalam pengajian. Tipulah jika di saat ini bibit bibit perpisahan tidak terasa bila mengenangkan diri sedang berada di fasa fasa penghujung saat keberadaan di bumi barakah madinah ini. Bahkan rasa pilu ini sudah lama timbul sejak setahun yang lalu bila mengenangkan abang abang senior yang telah berangkat pulang sesudah mereka tamat pengajian mereka di sini.

Baik. Cukuplah dahulu cerita fasal sedih tersebut. Penulisan hari ini adalah berkenaan dengan satu posting facebook, yang aku rasa terpanggil untuk memberi sedikit pendapat tentangnya. Berikut adalah screenshot posting tersebut,



(klik gambar untuk besarkan sekiranya ia tidak jelas)






Sebelum apa apa persepsi yang timbul, suka untuk aku tekankan tulisan kali ini bukan untuk merendah rendahkan sesiapa mahupun untuk mengangkat diri aku. TIDAK SAMA SEKALI!

Cuma rasa terpanggil untuk berkongsi beberapa jawapan balas terhadap beberapa isi dari tulisan ini yang aku rasa aku perlu jawab. Tambahan pula dia ada sebut tempat aku belajar, lagilah triggered perasaan untuk menjawab balas tu semakin meluap luap. HAHA

Kalau nak balas kenapa tulis di blog? Kenapa tak komen sahaja di posting penulis? Takut ke?

HAHA! Bukan tidak mahu komen, cuma aku lihat di sana sudah ramai pakar menjawab beberapa perkara tentang penulisan ini namun si penulis kelihatan tidak membalas satu pun. Jadi aku menulis ini sebagai perkongsian dan koreksi diri bersama memandangkan aku rasa ini satu perbincangan sihat supaya kita dapat berkongsi dan mengembangkan ilmu bersama.

Penulis - semoga Allah menjaga beliau - mengetengahkan beberapa isi penting tentang betapa lemahnya penguasaan dan tahap bahasa arab di malaysia. Ini satu teguran yang baik bahkan merupakan satu wake up call buat siswazah dan graduan bahasa arab khususnya buat mereka yang belajar di negara negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Arab Saudi misalnya. Jazahullahukhairan!

Cuma ada beberapa isi yang aku tidak bersetuju dalam tulisan beliau ini.

Pertama, 

Penulis dalam tulisannya menterjemahkan perkataan الحار dengan pedas. Perhatikan pada petikan ayatnya yang berikut,

Selepas itu ada bersama saya pada satu meja pelajar yang belajar daripada saudi. Alhamdulillah ustaz tersebut mengaji disana lebih kurang 8 tahun semenjang tsanawiyyah lagi. Beliau mengajar untuk minum pagi di kedai berdekatan sementara menunggu giliran untuk temuduga. Lalu beliau berkata kepada saya:
هيا لنشرب الشاي الحار
Saya pun tergejut dengan statement yang disebutkan, waktu bila orang malaysia minum teh meletakkan 2 kilo cili hidup di dalam teh??

Kelakar, kerana sepanjang 4 tahun lebih belajar dan duduk di tanah arab, "الحار " boleh juga diterjemahkan kepada panas. Barangkali maksud penulis perkataan yang lebih tepatnya untuk panas makanan ialah "الساخن" . 
Sekiranya perbincangan atau teguran dia berkenaan perkataan atau kalimah yang lebih tepat, bukankah pedas lebih tepat digunakan dengan kalimah "حراق" berbanding   "الحار " ? Kenapa refer   "الحار " sebagai pedas?

Mari kita rujuk pula apa kata kamus arab tentang kalimah  "الحار " ini. Adakah salah sekiranya ia digunakan sebagai sifat panas? Adakah tepat untuk kita terjemahkan ianya sebagai pedas? 


Lihat pada perkataan yang dihighlightkan. Kamus  (معجم المعاني الجامع) kamus bahasa arab - bahasa arab menyatakan ;
 Ù…شروب Ø­Ø§Ø±ّ : ساخن

bermaksud, kalimah yang penulis sebutkan iaitu  "الساخن"  boleh juga diterjemah atau disebut sebagai minuman yang panas dan kamus sendiri menggunakan istilah "الحار " pada perkataan minuman. Lalu celah mana idea dan terjemahan pedas itu datang pada penulis aku sendiri kurang pasti. 

Kedua, 

Perbahasan mengenai bahasa arab fushah sebenarnya bukan satu perbahasan yang ada sandaran yang hanya pada satu usul semata. Kalau nak cerita tentang penggunaan bahasa atau kata di dalam konteks bahasa arab, ia melibatkan benda yang panjang dan berpusing pusing. Sebab bahasa dan sastera merupakan satu benda yang subjektif. Tambah pula ia berkaitan dengan sifat tabii manusia iaitu bercakap.

Apa yang aku ingin tekankan di sini, teguran penulis terhadap lahjah atau penggunaan bahasa seseorang dan dakwaan beliau tentang penggunaan bahasa orang lain tidak fasih adalah tidak tepat. Bahasa arab yang fasih bukan hanya dalam satu lahjah. Banyak! Demikianlah Al Quran diturunkan dalam 7 huruf, dan terdapat juga hadith hadith nabi saw yang diriwayatkan dalam lahjah arab yang lain. Jadi apa bahasa arab selain yang dipelajari itu tidak fasih?

Oleh itu pertikaian kefasihan bahasa arab dalam lahjah yang hanya si penulis belajar atau tahu sahaja adalah tidak tepat memandangkan bahasa arab sendiri mempunyai kepelbagaian cabang dan usul di dalam bahasa dan sastera meraka. 

Sama seperti bahasa bahasa lain, misalnya bahasa melayu sendiri. Kepelbagaian dalam loghat tidak mengeluarkan ianya sebagai Bahasa Melayu. Misalnya orang Malaysia dan orang Indonesia bercakap, Kedua duanya masih menggunakan bahasa melayu. Cuma konteks, lahjah dan penggunaan kata dan ejaannya berbeza beza. Dua duanya masih bahasa melayu namun adakah salah satu boleh claim yang bahasa mereka sahaja fasih yang lain bukan bahasa melayu asli?

Jadi adalah sangat dangkal sangkaan seseorang jika mereka mengiktiraf bahasa ini fasih hanya apa mereka belajar lebih lebih lagi bahasa arab. Bahkan mengiktiraf hanya lahjah mereka sahaja bahasa yang Al Quran dan Sunnah gunakan! 

Semoga Allah memberi hidayah dan taufiq buat kita semua. Sekian. :)

SYA
1150 PM
Madinah al Munawwarah

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D