13 Februari 2009

Keluar.....

| |
0 Komen

Semalam ana ke Kota Bharu untuk mengambil spect yang dibaiki di Kb mall....Seusai mengambil kaca mata tersebut ana pun bergeas ke Pusat Bandar Kota Bharu.....Bagi mengisi masa yang terlung sebelum asar ana berjalan-jalan di sekitar Pasar Siti Khadijah...Kemudian ana bergegas ke Masjid Muhammadi sebaik sahaja terdengar suara azan....selesai solat Asar...Ana menunggu Bas untuk pulang ke MTAQ.....Semasa ana menunggu Bas ke Machang ana ditegur oleh seorang makcik..." Ustaz, mintak 2 ringgit...kerana Allah ustaz....." sapa makcik tersebut...Ana hanya mendiamkan diri, kerana ana tidak mempunyai duit yang lebih....Ana bermonolog sendirian...Mengapa masyarakat Melayu ini lebih suka meminta-minta....Adakah ini ajaran Rasulullah??? Mungkin ramai masyarakat Melayu tidak sedar tentang ajaran Nabi yang menyarankan kita berekerja mencari rezeki daripada meminta-minta..........Ada satu cerita yang ana belajar semasa darjah 6 ....... ada seorang pemuda yang meminta Rasulullah agar mendoakan dia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah.... Baginda memberikan dia kapak dan tali.... Beliau menyuruh pemuda tersebut mencari rezeki dengan mencari Kayu Api... Sebenarnya Rezeki Allah sudah terpampamng di depan mata....cuma kita perlu sedikit usaha untuk mendapatkannya......Allah itu maha pemberi Rezeki.....Namun begitu jikalau sudah senang....Janganlah pulak melupakan Yang Maha kuasa.......
Read More

9 Februari 2009

Perutusan MB Perak...Renungkan

| |
0 Komen


BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.




Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri
secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.
Sumber....
Al-ahkam.net
Read More

Al-Fatihah....

| |
0 Komen

Yb Roslan Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia....Kali terakhir ana berjumpa dengan beliau semasa selepas solat jumaat di Masjid Negeri.....Semoga rohnya bersama dengan orang-orang mukmin..... 

Kepada semua warga Perak yang menetap di kawasan Parlimen Bukit Gantang....Siap sedia untuk menmpur PRK seterusnya membuktikan kepad pengkhianat-pengkhianat rakyat bahawasanya kita tidak berdiam diri atas kezaliman yang dilakukan......Semoga Allah bersama dengan orang-orang yang teraniaya....dan menimpa azab siksa kepada penganiaya.........

Read More

5 Februari 2009

Sedutan Peristiwa......

| |
0 Komen
2/2/2009...
12:01 aman SP
2 adun Keadilan Jamaludin Mat Radzi & Muhd. Osman Jalu dikhabarkan letak jawatan dan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari umum speaker Perak...

12:12 am
2 exco Perak dari Parti Keadilan Rakyat yang didakwa hilang 4 hari lalu meletak jawatan sebagai wakil rakyat berkuatkuasa bermula hari ini....Kerajaan Pakatan Rakyat masih stabil biarpun didakwa ada adunnya menyertai BN- Anwar Ibrahim.....

1:02 pm
MB Perak menghadap Sultan pagi tadi bagi memaklumkan perletakan jawatan 2 adun keadilan....dan kepada SPR...

4/2/2009
2:45pm
MB tangguhkan sidang media dan tunggu perkenan sultan Perak untuk membubarkan DUN.....

3:14 pm
Adun Jelapang Hee Yit Foong yang juga timbalan Speaker telah mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas berserta 2 orang wakil PKR.....

5:40 pm
Belum ada keputusan.....demikian jawapan ringkas MB ketika ditanya Wartawan sebaik sahaja keluar daripada Istana Kinta sejurus menghadap sultan.....

5/2/2009
Lbh kurang 10:00pm-12:00pm
TPM dan Adun-adun Bn menghadap Sultan Perak untuk memperkenan bentuk Kerajaan Baru...

1:40 pm
MB diminta menghadap Sultan....

4:45 pm
Sultan meminta MB perak meletak jawatan...Namun begitu Nizar menolak titah Raja....Para pimpinan PR berkumpul di rumah MB bermesyuarat.....Adun-adun BN mengambil kunci pejabat SUK dan mengHARAMkan semua ahli Majlis Mesyuarat negeri untuk masuk ke pejabat.....
**************************************************************************************
Berikut adalah sedutan2 peristiwa-peristiwa di Perak....Media-media massa terus memutarbelitkan fakta.....Hanya Allah sahajalah yang berkuasa.....Mungkin ada hikmah di sebalik peristiwa ini...........
Read More

Solat Hajat Di Stadium Ipoh Malam Ini

| |
0 Komen
SOLAT HAJAT


MENYOKONG
KEPIMPINAN MB PERAK
DATO SERI MOHAMMAD NIZAR


TEMPAT:
STADIUM IPOH

TARIKH:
5 FEBRUARI 2009 (KHAMIS)

WAKTU:
7 MLM HINGGA 11 MALAM

MULA SOLAT MAGHRIB,
BACA YASIN, SOLAT ISYAK,
SOLAT HAJAT & CERAMAH

*Untuk makluman, Solat hajat yang dijadualkan di kediaman MB Perak malam ini telah ditukarkan ke Stadium Perak.
Read More

Pening....pening....

| |
0 Komen


Pening….pening….. Ana bukan nak masuk campur hal politik tapi ana nak menerangkan keadaan di sini kacau bilau….Bermula dengan cerita perletakan jawatan 2 orang exco yang diumumkan oleh timbalan speaker….Namun begitu 2 orang exco tersebut menafikan perletakan jawatan tersebut….Kemudian kedua-dua exco tersebut termasuk TIMB. Speaker itu LOMPAT PARTI…. ….. Namun, selepas itu SPR pandai2 mengumumkan bahawasanya tiada PilhanRaya kecil di Perak….. Petang itu, MB Perak menghadap Sultan untuk membubarkan dun…. Malam itu Timbalan PM mengumukan bahwasanya kerajaan baru akan ditubuhkan….. Dan pada masa itu media-media menceritakan bermacam-macam perkara negetif untuk memburuk-burukkan lagi PR di Perak….Itu saja yang boleh ana cerita di sini….. Jadi …
Untuk mengetahui keadaan terkini di Perak klik di link di bawah…

http://idhamlim.blogspot.com

http://perakini.blogspot.com

www.harakahdaily.net

www.tranungkite.net/v8

http://alhusseyn51.blogspot.com
Read More

1 Februari 2009

Galeri Kekejaman Israel Laknatullah

| |
0 Komen








Read More