25 Jun 2013

Kisah Di Lembah Dan Si Pembawa Lampu

| |
KUISAS. :3

Ketika mengikuti Daurah di KUISAS baru-baru ini, saya teringat kalam Syeikh Hussain Al Jabiri, (murabbi kami dalam Turq Tadris[Cara Mengajar] dan Tabiyyah Islamiyyah) mengenai tuntutan menuntut ilmu dalam mendidik jiwa dan untuk mendapatkan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Syeikh Hussin AlJabiri. Hensem tak?


LEMBAH, LUBANG, ULAR DAN SI PEMBAWA LAMPU

Bayangkan anda dan sekelompok manusia sedang berada dalam suasana di satu lembah. Di sekitar dan seluruh jalan itu punya lubang-lubang yang sangat dalam. Dan di sekitarnya juga terdapat ular-ular yang berbisa menanti mangsa di sepanjang jalan keluar. Waktu itu, suasana sekitar dalam keadaan yang teramat gelap. Gelapnya sehingga tahap sekiranya anda memegang sesuatu dan mengangkatnya, anda tidak nampak apa yang dipegang.

Tak nampak apa oi. Mana lampu?

Nah. Bagaimana kita mahu menyusur keluar? 

Dalam keadaan bergelita, bimbang sekiranya tersilap langkah, boleh jatuh ke dalam lubang-lubang di sekitar. Boleh jadi kita disengat ular berbisa. Boleh jadi kita sesat berminggu-minggu tanpa hala tuju. Boleh jadi hujan yang lebat turun lantas air akan memenuhi lembah itu seterusnya menghanyutkan kita.

Sedang kita bergundah gelana mencari jalan keluar, tiba-tiba datang seseorang yang ditangannya membawa lampu. Datang kepada kita dengan tersenyum mengajak kita bersamanya.
"Ayuh. Ikutlah di belakangku. Kita keluar dari tempat ini "

Dalam ramai-ramai yang sedang mencari jalan untuk keluar, ada yang mahu mengikut di belakang si pembawa lampu itu. Namun, ada juga yang menolak.

" Pergilah! Kami mahu mencari jalan kami sendiri"



Rugi bukan? Kepada mereka yang menolak. Sedang mereka mencari-cari jalan untuk keluar, ke kiri ke kanan, ada yang terjatuh tersungkur. Ada yang menjadi mangsa santapan ular. Kesemua mereka dalam keadaan yang gagal dan rugi.

Beruntunglah mereka yang mengikut di belakang si Pembawa Lampu itu. Mereka nampak dengan jelas di mana jalan yang perlu mereka elak dari sebarang kecelakaan dan di mana jalan yang selamat untuk membawa mereka keluar.



SIAPA SANG PEMBAWA LAMPU?

Dalam perumpaan ini, Rasulullah SAW ialah Si Pembawa Lampu. Berpandukan AlQuran, Baginda menerangkan untuk kita jelas melihat mana jalan yang betul. Mana jalan yang salah. Mana jalan ke Syurga, mana pula jalan ke Nereka. Mana yang patut kita ambil buat pedoman dan mana yang patut kita tinggalkan. Jalan menyusur ke lembah merupakan perjalanan kita di dunia sekarang. Penuh kegelapan dan bahaya di sekitar. Menjadikan diri kita sukar untuk keluar dari lembah tersebut.

Pilihlah jalan yang betul.

Jalan yang disuluh oleh Rasulullah SAW jelas membawa kepada keredhaan ALLAH swt. Menjanjikan kesudahan yang bahagia di dunia dan di akhirat. Jalan mencipta kita tembok pemisah dari segala kecelakaan dan jauh dari Neraka dan azab siksa ALLAH swt. nauzubillahi minzalik.

Fenomena zaman kini dilihat ramai manusia yang hanyut dalam lautan duniawi. Masih tercari-cari dan meraba-raba hala tuju mereka. Lantas mereka lemas dengan apa yang mereka cari. Tak ketemu hala tuju dan pengakhiran dalam melayari bahtera hidup. Bermula dari golongan muda sampailah golongan yang lanjut usia. 

*Blupp Blupp*


Kebanyakan dari kita hanyut kelemasan dengan hala tuju yang kita cari sendiri. Sudahlah tidak tahu hala tuju, kita pula sombong apabila diajak untuk mempelajari dan mencari hala tuju kita yang sebenar yang digariskan oleh AlQuran dan Hadith Nabi SAW. 

Puncanya hanya kerana EGO, dan JAHIL. 

Lantas kedua sifat ini akhirnya memakan diri. Jadi, di antara kamu, pilihlah.
Sama ada mahu mengikut di belakang Si Pembawa Lampu, atau menurut keEGOanmu mencari jalanmu sendiri.
Fikirkan dan renungkan.
:)

SYA
1541 PM
25 JUN 2013

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D