14 Disember 2008

Berhati-hati dengan virus Aqidah

| |
Koreksi saya terhadap artikel ini..sila baca sampai habis

--------------------------------------

seorg anak kecil ditemukan di acheh barat, di tubuh anak itu terdapat tulisan nama Allah,dan anak itupun bisa bicara dgn binatang apapun,ini tanda kiamat,dunia ini hampir dekat,sebarkan berita ini ke 10 orang,insyaAllah dalam jangka 10 hari anda akan mendapat rezki besar,kalau tidak anda akan mendapat kesulitan tanpa henti,ini amanah,jangan diremehkan.kabar ini dtg dari tengku hasbi aminwakil m.p.u aceh barat,kejadian ini nyata.

demi Allah

================================

mungkin banyak lagi contoh lainyang sahabat terima..


Saya bukan nak mempersoalkan kesahihan berita budak tersebut tetapi nak mempersoalkan ayat terakhir yg berbunyi sekiranya kita sebarkan kepada 10 orang rezeki akan bertambah dan sekira sebaliknya maka kita akan didatangi perkara sial..


Ini Kes Serius.. membabitkan persoalan aqidah umat islam..


Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar kepada 10 rakan berita ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah


Ingat,ALLAH lah yang memberi kita rezeki dan Dia jugalah yang menghidupkan kita, jikalau ALLAH nak tarik kita dengan sekelip mata sahaja kita hilang dari sini... jadi saya nasihatkan ( Jangan mudah terpedaya dengan risalah yang kamu atau sesiapa yang dapat)

berfikir sebelum buat ....teliti sblm bertindak.........

mudah-mudahan selamat kita semua dunia akhirat...


Peringatan!!!

Jika kita sering terima mesej-mesej yang di-forward-kan melalui e-mel ataupun Yahoo! Messenger yang hampir semuanya datang tanpa usul periksa orang yang melakukan. Padahal mungkin mesej itu direka untuk menganiaya pihak tertentu, dalam bidang politik, bisnes, pengaiban dan sebagainya. Apakah dalam keghairahan ingin berkongsi berita panas dan sensasi, kita lupa untuk mempertimbangkan kebarangkalian berita itu palsu? Ini adalah bertentangan dengan ajaran al-Quran:


Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat 49:6)


Namun bukan semua yang di-forward berunsur berita atau fitnah. Banyak juga yang dipanggil Surat Berantai ataupun "Chain Letter", dimana ia menuntut kita melakukan sesuatu seperti mengedarkan mesej tersebut sebanyak beberapa kali, supaya terselamat dari suatu bala atau supaya hajat kita tercapai. Tidakkah kita mencari perlindungan entiti lain apabila kita melakukan seperti dituntut kerana takut bala akan menimpa? Sedarlah bahawa:


Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui. (Al-Ankabut 29:41)


Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. (Al-Hajj 22:73)


Siasatlah usul berita sebelum menyebarkannya. Berlindunglah pada Allah. Berimanlah pada Allah dan iringilah usaha dengan doa dalam keinginan mencapai suatu hajat. Marilah kita merenung ayat berikut agar menjadi peringatan kepada kita:




"... dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akal-nya." (Yunus 10:100)
Ana banyak menerima mesej2 begini dalam laman tagged, friendster dan myspace... ana harap kepada semua umat Islam, jikalau mendapat berita ini jangan cepat terpengaruh. Benda ini bukan main- main. Ia boleh menjejaskan aqidah kita. Jadi percaya kuasa da Qudrat Allah. Jangan mudah percaya dengan berita-berita yang boleh menjejajskan Aqidah.
Akhir kata, sama-samalah kita menggunakan akal demi menjamin keadilan dan kesejahteraan umat.

RALAT
Artikel ini ditulis oleh:
Said Hawwa Elias
www.saidhawwa.com

3 Komen:

time ksh ats msg ini...
bnar aper yg awk ckp i2...
ini smua adLah khndak Allah..
Die yg tntukan sgaLanya..
rzeki n hidup mnusia..
time ksh skaLi Lg..

btul apew yg ditulis.... tp slalu nyer klu berita tu berupa nasihat ..sy akan forwardkn kpde org yg sy rse ptut taw tp sy delete ayt yg mengugut tu...hehe.

Mesej yang sngt berguna dan positif

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D