29 Disember 2008

Salam Maal Hijrah 1430...

| |
Sudah masuk tahun 1430 Hijrah.....Adakah anda sudah bersedia untuk berubah? atau antum semua masih sedang memikirkan apakah perlunya anda berubah?
Ketahuilah wahai Umat Muhammad! Bahawasanya Manusia itu tidak akan sempurna selama-lamanya... Walaupun antum membuat berkali-kali perubahan...
Namun begitu ana tidak mengatakan antum semua tidak perlu berubah.... Pentingnya perubahan atau penghijrahan adalah untuk memperbaiki diri ini lebih baik dari sebelumnya....Agar diri ini semakin meningkat usia, semakin dekat diri kita kepada Allah. Jangan apabila ditimpa masalah baru nak memperbaiki hubungan kita denganNya......
Nabi Muhammad SAW bersabda yang mana lebih kurang maksudnya" Tidak lagi hijrah selepas hijrah ke Madinah". Ini tidak bermakna kita tidak dibolehkan berhijrah....Nabi hanya megatakan hijrah dari segi perbuatan. Bukan dari segi psikologi....
Jadi....Berhijrahlah...Yang tak pernah bersolat cubalah bersolat...semoga hijrah pada tahun ini mendekatkan diri kita kepada pencipta......

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D