5 Jun 2008

Tidak Pernah Solat Tapi Masuk Syurga

| |

Kehidupan kita setiap hari sebagai seorang mukmin pasti tidak akan terlepas daripada melakukan Solat. Ini adalah amanat Tuhan kepada kita yang mana disyariatkan ketika Nabi Muhammad SAW di Mikrajkan di Sidratul Muntaha'. Namun begitu, pada zaman yang moden ini jangankan golongan remaja malah di kalangan orang tua pun ramai yang tidak mengerjakan Solat 5 waktu. Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Taat dan patuhlah pemimpin kamu selagi mana dia mengerjakan Solat. Namun ! apakah yang terjadi kepada pemimpin kita pada zaman serba moden ini ? Perlukah kita taat kepada pemimpin di Negara kita ini? Sama – samalah kita fikirkan. Ana ada satu cerita nak kongsi dengan Antum semua iaitu kisah seorang Sahabat yang masuk Syurga tanpa melakukan sebarang Solat pun. Sama- samalah kita renung kan kisah ini:

Diriwayatkan daripada Ibnu Sufyan Maula Ibnu Bani Ahmad, ia berkata : ' Abu Hurairah r.a. :` Mereka telah menceritakan kepada saya mengenai seorang lelaki yang masuk Syurga tanpa melakukan SATU ibadat pun seperti Solat, Puasa, dan lain-lain lagi. Maka orang – orang bertanya Abu Hurairah siapakah orang tersebut. Beliau menjawab: Dia adalah Ashiram Abdil Asyal Amr Bin Thabit Bin Waqash.

Al- husain berkata: Saya bertanya kepada Mahmud mengenai hal ehwal Ashiram. Ia berkata :Kaumnya menolak masuk Islam, tapi ia masuk Islam. Pada waktu perang Uhud, Rasulullah keluar untuk berperang. Telah jelas kebenaran Islam baginya dan Ashiram telah masuk Islam, maka ia mengambil pedangnya untuk berjihad. Ia menaiki kuda dan bergabung dengan pasukan yang besar.

Maka apabila orang – orang daripada Bani Abdil Asyal ikut membantu pasukan kafir, ia memerangi kaumnya sendiri dalam pertempuran itu. Apabila kaumnya bertemu dengannya, mereka berkata: ` Ini Ashiram di pihak man dia ? Kami meninggalkannya dan ia mengingkari perbicaraan ini.' Segera orang- orang bertanya kepada Ashiram: " Hai Amr, engkau berada di pihak mana ? Apakah engkau bersimpati kepada kaummu ataupun Islam?" Ia menjawab: " Saya di pihak Islam, saya telah beriman kepada Allah dan kepada Rasul-Nya. Kemudian saya ambil pedangku untuk ikut berperang sehingga saya terluka sepertimana saya alami ini."

Kemudian ia meninggal, orang-orang memberitahukan hal ehwal kepad Nabi SAW. Beliau bersabda : "Dia ter masuk ahli Syurga."

___________________________________________________________

Sumber : As-Sirah oleh Ibnu Hisyam 3\40

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D