7 Jun 2008

Tiada Islam Tanpa Sunnah

| |

Islam tidak mungkin dapat difahami sepenuhnya melainkan setelah seseorang mengenali dan memahami sunnah Nabi Muhammad SAW. Arahan – arahan Al-Quran yang meminta kita mentaati Rasullah SAW tidak mungkin dilaksanakan melainkan setelah kita mengetahui segala perkataan, perbuatan, dan pengakuan Baginda.

Titah perintah dan larangan baginda tidak mungkin diketahui, difahami dan seterusnya diamalkan tanpa ilmu pengetahuan mengenai sunnah baginda SAW. Tunjuk ajar baginda tidak mungkin difahamitanpa memahami sunnah baginda.

Benarlah apa yang dinyatakan oleh Syeikh Muhd. Basirruddin Al-albani r.h.:

"Apabila diputuskan bahawa Ad-din (agama) di sisi A:LLAH adalah Islam, maka sesungguhnya tidak mungkin difahami apa yang dikehendaki oleh ALLAH melainkan dengan melalui Ilmu pengetahuan mngenai Sunnah baginda.

Juga, tiada jalan bagi sunnah baginda melainkan dengan Ilmu Hadith. Justeru itru, menjadi kewajipan kaum muslimin, sama ada pemerintah atau rakyat, pendakwah ataupun yang didakwah, untuk beriman bersama kita bahawa tiada jalan untuk melaksanakan apa yang kita seru, iaitu keadilan dan keamanan, menegakkan hukum Allah di atas muka bumi kecuali dengan berdakwah kepada sunnah dan mengamalkannya secara mentarbiah kaum muslimin dengannya (Sunnah).

Bukan dengan hukum-hukum dunia, undang-undang ciptaan manusia, pandangan –pandangan individu dan pegangan –pegangan kepartian. Itu semua menjadikan umat semakin berpecah dan jauh dari matlamat yang dituju."

Apa yang berlaku, ramai pendakwah Islam tidak mendalami ilmu mengenai sunnah Nabi Muhammad SAW. Mereka menjadikan ucapan manusia biasa sebagai pegangan dan membelakangkan hadith-hadith baginda. Kadangkala mereka menolak hadith baginda , semata-mata kerana ia bercanggah dengan amalan masyarakat, pendapat kumpulan, pimpinan parti, dan tokoh agama tertentu.

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D