29 Disember 2010

Pendidikan Seks, berbaloikah?!

| |


Assalamualaikum,semoga iman dan kesihatan tubuh anda sihat2 hendaknya.saya pon sebenarnya baru sembuh diuji dengan demam.mujurlah sekejap sahaja.entri kali ini mungkin agak sensitif.tapi sebenarnya ia berkaitan dengan generasi kita yang akan datang.sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya nak cedok cket entri dari Rotiakurentung.blogspot.com yang menarik perhatian saya untuk mencipta entri kali ini.

NASI LEMAK 50 sen

"Awak cakap saya tak cantik?!"
"Memang tak cantik pun. Dahi jendol, dagu leper. Hah tu apa tu? Nasi lemak 50 sen!"
Begitulah satu babak dalam filem 'Cuti-cuti Cinta', dengan Farid Kamil sebagai pelakonnya menunjuk kepada buah d*** Nora Danish, yang dirujuk sebagai nasi lemak 50 sen!
Apa kata kita?
Pertama kali melihat iklan trailer filem tersebut, aku tak dapat tangkap dialog sebenar, sehinggalah aku menontonnya buat kali kedua.
Lawak bodoh – itu yang pertama sekali terlintas di kepala. It's a lame joke, with double meaning. And more. it's not funny!
Dialog itu bagi aku, masih boleh diterima, sekiranya Farid Kamil tidak menunjuk kepada 'ehem-ehem' Nora Danish. Tapi bila dah tunjuk tu, aku fikir budak kecik pun boleh faham!
Ekploitasi Wanita
Aku mula kenal perkataan eksploitasi wanita bila diminta membuat karangan berkenaan kesan baik dan buruk iklan di sekolah rendah. Dan masa itu, kakak aku yang memberi poin ini, aku tulis jugak walaupun aku belum faham benar apa maksud eksploitasi.
Wanita memang sejak dulu sampai sekarang menjadi marketing tools, baik untuk iklan pakaian, iklan kereta, iklan kelengkapan rumah, hatta iklan minuman dan makanan sekalipun. Pendek kata, semua yang ada badan seorang wanita boleh dijadikan bahan penarik.
Majalah, surat khabar, billboards, iklan TV, semuanya 'mempromosi kecantikan' wanita.
Sasarannya? Tidak lain, tentunya perempuan sendiri, lelaki 'pencinta wanita', malah kanak-kanak juga!
Pengaruh kepada kanak-kanak
"Nasi lemak 50 sen tu t***k ke Ibu?"
Apa kita rasa kalau tiba-tiba esok anak kita tanya macam ni? Marah?
Kenapa tidak gelak guling-guling? Kan lawak tu. Kalau masa tonton iklan tu kita boleh gelak kenapa tidak kali ni?
Janganlah murah sangat!
Dan bagi perempuan (atau, wanita) pandai-pandailah katakan tidak pada eksploitasi-murah-melampau seperti ini. Itu kan aset kamu!
Gela-gelak juga, tapi biarlah kamu tahu di mana sempadan untuk bergurau. Jangan sekali-kali benarkan lelaki melelong aset kamu semurah itu..
..dan sebaiknya tutuplah dada kamu dengan tudung selayaknya.
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (an-Nur: 31)

Begitulah lebih kurangnya entri tersebut.tidak keterlaluan rasanya kalau saya katakan bahawa masyarakat kita sekarang sudah rosak moral dan akhlak.dan perkara ini diakui oleh masyarakat kita sendiri.saban hari di muka depan akhabar(terutama metro)sering menceritakan betapa teruknya akhlak dan bangsa kita.semua ini x janggal bagi kita.bahkan perkara ini juga telah berlaku pada zaman2 dahulu.namu, saya sendiri akui, bahawaa mungkin kes kita ini lebih teruk dari apa yang pernah berlaku di zaman dahlu kala.jadi, persolannya, adakah berbaloi usaha kerajaan mendedahkan pendidikan seks seawal umur 7 tahun untuk menangani keruntuhan akhalak para muda mudi kita???relevan kah ia???bagi saya perkara ini hanya seperti menggalakkan perkara maksiat berlaku.bukan mencegahnya.mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan saya.apa yang perlu sekarang, kita lihat sejauh mana berkesannya pembendungan masalah ini...

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D