Memaparkan catatan dengan label Hadith. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadith. Papar semua catatan

4 Jun 2019

Makna Aidilfitri Pada Rasa Syukur Seorang Hamba

| |
0 Komen


Saat ini, tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Ramadhan tahun ini meninggalkan kita. Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum kita menyambut dan merayakan Aidilfitri bagi tahun ini. Apa Ramadhan kita kali ini memberi nafas dan erti baru dalam hidup kita? Adakah Ramadhan yang kita lalui kali ini lebih bermakna dari Ramadhan yang sebelumnya? Koreksilah diri dan simpannya sebagai pedoman di masa yang mendatang.

Read More

7 Januari 2019

Warkah Bisu Buat Salsabila

| |
0 Komen




Bismillahirrahmanirrahim. 

Kehadapan adik bongsuku, Nur Salsabila. 

Segala pujian dirafa'kan buat Tuhan sekelian makhluk Yang Maha Agung, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam dikirim buat rasul junjungan, para sahabat dan para solihin.  

Apa khabar adikku di sana? Mudah mudahan sihat selalu, sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah hendaknya. Selamat menempuhi perjuangan di alam persekolahan yang baharu. Terdetiknya hati abang untuk coret dan kirimkan warkah bisu ini apabila mendapat perkhabaran tentang resah dan lelah yang adinda adukan pada hari kelmarin.
Read More

31 Mei 2018

Apa Keberkatan Bersahur?

| |
0 Komen

Alhamdulillah. Masuk separuh bulan sudah kita berpuasa. Terlalu cepat rasanya masa berlalu. Sedar sedar sudah dua minggu lebih kita bersama Ramadhan.

Hah, bagaimana puasa kalian? amal ibadatnya? mendirikan malam dan bacaan alqurannya? semoga masih lagi semangat dan istiqamah memburu amalan dan ganjaran sepertimana hari hari permulaan kita dahulu.

Read More

24 Mei 2018

Doa Ketika Berbuka Puasa

| |
0 Komen

Alhamdulillah!

Sudahpun masuk hari ke lapan kita berpuasa bagi tahun ini. Apa khabar puasa kita setelah lapan hari bersama Ramadhan? Apa khabar amal soleh kita? Amalan fardhu dan amalan sunat kita? Apa khabar nafsu kita setelah lapan hari melalui latihan menjinakkannya? Mudah mudahan ada peningkatan dalam setiap sudut dan dalam keadaan yang Allah redha.

Read More

17 Mei 2018

Menjelang Ramadhan!

| |
0 Komen

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Kita masih lagi Allah beri peluang dan kudrat untuk menyambut Ramadhan kali ini. Perlu diakur, ianya merupakan satu nikmat yang sangat sangat besar. Malanglah sekiranya kita masih tiada 'aura' ataupun kegembiraan menjelang masuknya bulan penuh kerahmatan, maghfirah keampunan, dan peluang perlepasan dari api neraka. Malang!

Read More

18 April 2015

Isu Habaib : Bagaimana Harus Ku Katakan?

| |
0 Komen

Tidak dinafikan dunia kita pada hari ini yang serba canggih memberi akses dan kemampuan kepada manusia untuk memberikan segala maklumat dan sebarang informasi tentang sesuatu permasalahan. Tiap hari ada saja isu dan benda benda yang gamat dibincangkan di media sosial. Sehari dua ini kecoh di kalangan masyarakat kita tentang isu Habaib dan kaitan mereka dengan satu kumpulan tarekat yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan suatu masa dahulu.

Read More

1 Julai 2013

Cetusan Minda : Fesyen Bertelanjang. Pakaian Ahli Neraka.

| |
0 Komen


Oleh : Rabbani Ridhwan
Suntingan : Admin LD

Suatu Hadis di mana Rasululullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya." (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim). 


Read More

12 Jun 2011

Aku terima nikahnya..

| |
0 Komen
Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami...

P/s: Sblom ulasan lebih panjang dan berurat-urat, special thanks to AuraFyrah sbb bg alert untuk meng"update" blog nie...(to AuraFyrah:da kempen blog kamu di sini, minta elaun erk..he he he)


Ops2...jangan gabra awal2.. bukan saya yang menamatkan zaman bujang, haha..mungkin lambat lagi rasanya kata2 tersebut terpacul di bibir saya...kalau diikutkan perancangan hidup, masih tiada perancangan untuk beristeri..kui3..

(haaa...sape nak kawen??nie tok kadi ader)

haha..tapi kalau ada makcik2 atau pakcik2 yang sudi bermenantukan diri ini, maka InsyaAllah cita-cita pakcik dan makcik itu akan saya realisasikan tanpa syarat..haha..
oklah...sebenarnya kata2 berikut merupakan petikan kata-kata dari artis tersohor
tanah air yang mencukupkan koutanya dengan isteri keempat, Abang Salih Yacob.Tahniah saya ucapkan. hehe.. bagi yang masih belum cukup kouta, saya doakan agar Allah mudahkan urusan anda mencukupkan hidup ber"kouta"..(^_^)..hehe..

(romantikler tupai nih)


Ok, tutup kisah diri saya. Saya nak berkongsi sesuatu dengan anda. Baru-baru ini sahabat saya Amirul Mustaqim (yang dalam gmbar dlam profil diri saya di ^ atas) mengajak saya ke Forum Keluarga anjuran kerajaan negeri kelantan yang bertempat di padang Machang. Mula2nya dikhabarkan kepada saya ceramah politik oleh Izzah(anak Anwar Ibrahim)..Lagi2 la bertambah excitednya..jadi, kami pon bertolak selepas Maghrib seramai 15 orang dengan van INOKOM sekolah. tapi, excitednya berubah bila sampai..Jelas2 bannaer di pentas tulis FORUM KELUARGA siap dengan ahli panel, Ustaz Saibon, Pn Zawiyah dan Ahli Parlimen Manchang, YB Saifudin..so, nak xnk..kna la jugak dengar..
namun, excited kami yang luntur kembali bersinar pabila dapat tahu Forum tersebut dipengerusi oleh US Ubaidillah(siapa yang baca novel Warkah Cinta Berbau Syurga, or Kala Cinta Dan Wahyu bersatu or Mengintai Cinta Khalifah
pasti nama itu tidak asing baginya).Selesai perasmian(ade pulak furom kena rasmi) oleh Exco Pembangunan Wanita negeri Kelantan, YB Wan Ubaidah(kalo x silap), Forum dimulakan.
Saya tertarik dengan ulasan Pn Zawiyah dari JAKIM pabila soalan ditanya bagaimana nak mendidik anak berikutan sabda Nabi SAW, didiklah anakmu 100 tahun sebelum ia lahir..
Dia menjelaskan, untuk membentuk anak yang soleh, ianya bermula dari datuk dan nenek seseorang anak. Bagi menjelaskan situasi ini,beliau menceritakan pengalaman beliau. ada seorang wanita, mengadu padanya...
"Ustazah, saya sudah berkahwin, 3 orang anak..tapi hidup x senang duduk..selalu bertekak dengan suami..puas dah jumpa
kanselor, tapi x juga selasai.."
Ustazah Zawiyah jwb,
"Camnilah, Puan balik buat solat hajat..2 minggu datang balik kalau x berkesan"
Selepas 2 minggu, wanita tersebut kembali..
"x boleh ustazah..kami malah jadi makin teruk.."
Maka, ustazah pon menjawab
" Beginilah, esok saya minta awak datang dengan mak dan ayah awk dan serta mak dan ayah suami awk"
Kesokan hari,Ustazah tersebut membuat perbincangan bersama dengan ibu bapa pasangan tersebut.
"Saya nak tanya pada makcik dan pakcik sekelian.Ada ke yang terasa or tidak redha pada pasangan tersebut..atau sesuatu yang tak berkenan terhadap anak anda masing2?Minta beritahu sekarang..
anak anda kritikal nih...kita tak mahulah jadi benda2 macamnie..Kesian cket pada anak2 kita"
Dipendekkan cerita, Ayah dan ibu Si Suami jelas mengatakan tidak ada masalah dengan pasangan tersebut.Bila ditanya pada ibu bapa si Isteri, tiba-tiba Ibunya menangis...

Bila ditanya kembali pada si ayah, dengan selamba dia menjawab,
"Xde UStazah...mana ada masalah!"
Setelah perbincangan yang kurang berhasil, maka ustazah ni pon suruh kedua-dua keluarga balik...
X lama lepas tu, datang balik ayah si ISteri..
"Ustazah, saya nak mengaku nie..hari tu saya malu ustazah..sebenarnya, anak perempuan kami adalah anak sebelum kami nikah(anak luar nikah)..dan ketika dia berkahwin, saya sendiri menjadi wali pada anak saya"
maka, ustazah itu pon terkejut.dan dipendekkan cter, pasangan tersebut terpaksa dinikahkan kembali menggunakan wali hakim. Nak dikisahkan di sini bahawa, tunjang kebahagiaan itu bermula dari ibu bapa lagi yang membentuk dan melahirkan anak2 tersebut. itulah yang dimaksudkan dalam sabda junjungan SAW. Jika kita sebagai ibu bapa, tidak menjaga perkara ini, maka kesannya akan menjangkit pada si anak.Tuntasnya, marilah kita jaga setiap perhubungan kita. Moga-moga Allah lahirkan kita zuriat yang Soleh dan solehah..
Setakat ini dahulu coretan saya..banyak lagi kiranya yang boleh saya kongsi dari Forum..insyaAllah, saya akan selitkan jika berkesempatan..dan satu perkara lagi, minta doa dari kalian...lebih kurang x sampai 5 bulan lagi saya akan menempuhi SPM..doakan yang terbaik untuk saya..Amin! Salam sayang dan rindu dititipkan buat semua dari saya..^-^
Read More

25 Disember 2010

SOMBONG

| |
0 Komen
Oleh : Syaz Jh

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Read More

17 Disember 2010

As-Syura....amalan yang dilupakan

| |
0 Komen


Sudah lama saya tidak menembusi area posting.hehe.Alhamdulillah, kita semakin menghitung hari dalam meniti arus kehidupan.dan tup tap tup tap, dah masuk tahun baru hijrah.dan saya nak review kan dengan anda tentang satu amalan yang sudah dilupakan oleh masyarakat.
ya, satu amalan yang sudah hanyut dibawa arus kemodenan yang di war-warkan barat.dan mereka berjaya menghanyutkan kita.satu amalan yang nabi amat tuntut kepada ummatnya.Jom tgk Hadis dibawah

Dari Abu Qatadah al-Anshari ra katanya:

”Rasulullah s।a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah).Jawab baginda,"Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu dan yang akan datang".Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa Hari Asyura (10 Muharram).Jawab baginda,"Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".
(Muslim)



So, itu hadis berkenaan dengan fadhilat yang diberitahu junjungan besar Rasulullah.Jadi, kita tengok pulak yang sirah puasa as-syura:

Pada mulanya puasa Assyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Assyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:
قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌنَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Assyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130)
كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَه

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Assyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Assyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125)
عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ
، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ
“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Assyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)

اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ
Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdhal-afdhal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))
سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ
“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharram”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)


Jadi, kalau kita lihat dari hadis di atas, betapa nabi muhammad menuntut akan puasa as-syura ini terhadap ummat2nya...Jadi, lihatlah betapa besarnya fadhilat dan tuntutan yang dianjur oleh rasulullah SAW.Kalau org2 yg bermazhab syiah di Iran sanggup menyiksa diri mereka utuk hari as-syura, mengapa kita sebagai ahli sunnah, x sanggup utk mengamalkan sesuatu yang memang besar fadhilatnya di sisi agama???So, renung2kan dan selamt beramal.........
Read More

7 Mei 2009

Kisah Di Padang Mahsyar Siri 1

| |
0 Komen
Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata:

“Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan.

Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.

Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.

Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.” Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.

Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk.

Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka.

Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.

Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”

Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.

Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka.

Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as.

Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.” Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Isa as datang di dalam keadaan menangis.

Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku. Penguasaku. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku. Penguasaku Penghuluku. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.

Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”

Allah Taala berfirman: “Aku percaya!” Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.” I

bnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”

Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?” Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.” “Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”

Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.” Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”

Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.” ( Abasa: 37) Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.” Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”

Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.” Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.

Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”

Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?” Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”

Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.” Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.

1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.

2. Kumpulan pemuda.

3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat.

Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?” Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja.

Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.” Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.” Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Read More

16 Julai 2008

Kita Semua Bersaudara

| |
4 Komen


قال النبي صلى الله عليه وسلم:

لا يؤمنو أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسيك

' Tidak sempurna Iman seseorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.'

(Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas bahawasanya Nabi Menyuruh kita sebagai umat Islam mestilah saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman:


إنما المؤمينون إخواة.......

'Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara……..'

Apa yang kita tahu Islam amat mementingkan Ukhuwwah. Mengapakah kita pada hari ini tidak mementingkan persaudaraan. Ini semua bercanggah dari apa yang diajar oleh baginda SAW. Kalau kita imbas Sirah pada zaman dahulu, kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan oleh Nabi SAW. Kerana mementingkan persaudaraan, mereka sanggup berkongsi harta, tempat tinggal dan macam-macam lagi. Malah ada yang sanggup menggadaikan isteri sendiri. Lihatlah betapa sayangnya mereka terhadap saudara mereka sendiri.Dan disebabkan persaudaraan Islam itu bangkit. Islam jatuh pada hari ini adalah kerana konsep persaudaraan itu sendiri tidak difahai. Kita sibuk dengan memfitnah-fitnah yang hanya kerana politik, barang naik,euro dan macam-macam lagi. Tetapi bagaiman dengan nasib umat Islam di Palestin, yang mana dibunuh oleh kaum Israel Laknatullah. Di Iraq, puak-puak sunnah dibunuh oloeh puak-puak Syiah tanpa belas kasihan. Mengapakah kita tidak mengambil berat tentang isu ini ? Sedangkan pada Zaman Khalifah Abu Bakar, apabila salah seorang umat Islam diselak kainnya oleh Yahudi, Abu Bakar As-siddiq mengisytihar perang ke atas kaum Yahudi kerana dianggap menghina Islam. Tetapi apa yang terjadi pada hari ini ??? Umat Islam dibunuh dengan kejam. Apa negara kita yang mengaku sebagai negara Islam boleh buat ?????? Apa yang negara Arab boleh buat ????? Inilah punca Umat Islam jatuh pada hari ini. Umat Islam terhina. Apakah yang akan terjadi jikalau Nabi melihat perkara ini berlaku pada umatnya??????? Sudah tentulah baginda kecewa. Jadi saya menyeru kepada semua umat Nabi Muhammad SAW yang berpegang kepad Al-Quran da As-Sunnah agar menyayangi saudara seislam dan janganlah berdiam diri apabila umat Islam dibunuh, diserang, ataupun dihina. Bantulah dengan apa car a sekalipun, agar dapat meringankan beban Saudara-saudara kita.......

Read More