Alhamdullillah. Segala puji dipanjatkan buat Tuhan yang sentiasa menjaga urusan para hamba dan sekelian makhluk seluruh alam. Minggu ini agak pening sedikit mencari topik untuk tulisan kali ini. Sedang dunia maya ini rancak menceritakan isu maksiat persendirian dan isu Khabib menang ke atas McGregor, saya cuba untuk lari dari mengulas topik topik yang stereotype seperti itu.
10 Oktober 2018
1 Oktober 2018
KOPI PEDAS CILI 2KG? 😂
Alhamdulillah. Masih bernafas dan masih berkesempatan untuk menulis. Aku sekarang menganjak ke semester ke tujuh dalam pengajian. Tipulah jika di saat ini bibit bibit perpisahan tidak terasa bila mengenangkan diri sedang berada di fasa fasa penghujung saat keberadaan di bumi barakah madinah ini. Bahkan rasa pilu ini sudah lama timbul sejak setahun yang lalu bila mengenangkan abang abang senior yang telah berangkat pulang sesudah mereka tamat pengajian mereka di sini.
Baik. Cukuplah dahulu cerita fasal sedih tersebut. Penulisan hari ini adalah berkenaan dengan satu posting facebook, yang aku rasa terpanggil untuk memberi sedikit pendapat tentangnya. Berikut adalah screenshot posting tersebut,
31 Mei 2018
Apa Keberkatan Bersahur?
Alhamdulillah. Masuk separuh bulan sudah kita berpuasa. Terlalu cepat rasanya masa berlalu. Sedar sedar sudah dua minggu lebih kita bersama Ramadhan.
Hah, bagaimana puasa kalian? amal ibadatnya? mendirikan malam dan bacaan alqurannya? semoga masih lagi semangat dan istiqamah memburu amalan dan ganjaran sepertimana hari hari permulaan kita dahulu.
24 Mei 2018
Doa Ketika Berbuka Puasa
Sudahpun masuk hari ke lapan kita berpuasa bagi tahun ini. Apa khabar puasa kita setelah lapan hari bersama Ramadhan? Apa khabar amal soleh kita? Amalan fardhu dan amalan sunat kita? Apa khabar nafsu kita setelah lapan hari melalui latihan menjinakkannya? Mudah mudahan ada peningkatan dalam setiap sudut dan dalam keadaan yang Allah redha.
17 Mei 2018
Menjelang Ramadhan!
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Kita masih lagi Allah beri peluang dan kudrat untuk menyambut Ramadhan kali ini. Perlu diakur, ianya merupakan satu nikmat yang sangat sangat besar. Malanglah sekiranya kita masih tiada 'aura' ataupun kegembiraan menjelang masuknya bulan penuh kerahmatan, maghfirah keampunan, dan peluang perlepasan dari api neraka. Malang!
Langgan:
Catatan (Atom)