7 Mei 2009
Imtihan...
25 April 2009
Metro2!!!!

24 April 2009
Malu!!!!
[Salam, Ini adalah post terakhir sebelum ana berangkat pulang ke MTAQ.... :((]
Aduhai !!!!
Cuba puak2 antum berhenti dr kesibukan duniawi sejenak... Fikirkan perkara ini...
Kita Manusia... Dibezakan di antara manusia dan haiwan adalah AKAL... NAmun begitu, darjat manusia itu akan jatuh di lembah kehinaan apabila akalnya dipersiakan..... Malah lebih teruk daripada binatang... Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raaf ayat 179 yang bermaksud :
"Dan ingatlah Kami jadikan bagi Neraka itu kebanyakannya terdiri daripada manusia dan jin, (yang mana) mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memikirkan, dan mereka mempunyai telinga namun tidak mahu mendengar, dan mereka mempunyai mata namun tidak mahu melihat, mereka itulah binatang2 ternakan, bahkan mereka lebih teruk....."Jadi, ini adalah kutukan Allah kepada orang2 yang yang tidak mahu menggunakan pancainderanya utuk memahami kebesaran Allah....Tidak mahu menurut perintah Allah....
Sedangkan, semut yang kecil yang tidak mempunyai akal bertasbih memuji Allah tanpa henti serta menurut setiap perintah Allah...Maka di sini lah darjat sebagai makhluk yang paling mulia jatuh ke lembah yang paling hina.....
Fikir2kanlah........
22 April 2009
Konsert Radio Rosak?????

Kononnya nak membantu saudara seagam di sana, tapi membantu dengan cara maksiat. Cuba antum renungkan disaat manusia di Gaza bertempur dengan Zionis, kita disini masih mampu berseronok, mampu bergaul lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, dan masih lagi berpeluang melihat artis tergedik-gedik di khalayak ramai. Macamtu ke nak tolong saudara kita di Gaza?????

8 April 2009
Persoalan Memantapkan Aqidah...

Alahmdulillah, bersyukurlah kita dengan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan rahmat dan belas kasihannya dapat lagi kita hidup menghirup udara-udara segar yang mana tergolong dalam salah satu dari nikmat-nimatnya, yang apabila nikmat-nimat Allah SWT ini dikara maka tidak akan terkira nimatnya. Sebut pasal nikmat, ana nak memberi kepada antum satu persoalan. Cuba puak-puak antum melihat matahari.Matahari adalah sumber cahaya dan haba utama bagi penduduk bumi. Matahari adalah aset penting dalam proses kitaran hujan juga aset bagi proses fotosintesis.Persoalannya, pertama dari manakah datangnya kepanasan matahari tersebut??? Jikalau ianya datang dari bahan bakar, mengapakah bahan bakar itu tidak pernah habis, bahkan matahari sudah memberi kepanasannya selam berjuta-juta tahn?? Kedua, matahari adalah unsur api, maka bagaimanaka api itu boleh menyala sedangkan di cakerawala tiada oksigen???? Ini semua adalah kuasa tuhan.Allahuakbar!!! Fikirkanlah, masihkah kita meragui bahasanya alam ini mempunyai pencipta??? Adakah kita yang kerdil ini mahu berkeras kepala mengingkari perintahnya?????Ayuhlah manusia, sedarlah dari tidurmu. Kita hidup mempunyai tujuan. Tujuan kita adalah satu, iatu ibadat kepada Yang Maha Pencipta. WallahuA'lam...
3 April 2009
Sedihnya.... :((
13 Februari 2009
Keluar.....
Semalam ana ke Kota Bharu untuk mengambil spect yang dibaiki di Kb mall....Seusai mengambil kaca mata tersebut ana pun bergeas ke Pusat Bandar Kota Bharu.....Bagi mengisi masa yang terlung sebelum asar ana berjalan-jalan di sekitar Pasar Siti Khadijah...Kemudian ana bergegas ke Masjid Muhammadi sebaik sahaja terdengar suara azan....selesai solat Asar...Ana menunggu Bas untuk pulang ke MTAQ.....Semasa ana menunggu Bas ke Machang ana ditegur oleh seorang makcik..." Ustaz, mintak 2 ringgit...kerana Allah ustaz....." sapa makcik tersebut...Ana hanya mendiamkan diri, kerana ana tidak mempunyai duit yang lebih....Ana bermonolog sendirian...Mengapa masyarakat Melayu ini lebih suka meminta-minta....Adakah ini ajaran Rasulullah??? Mungkin ramai masyarakat Melayu tidak sedar tentang ajaran Nabi yang menyarankan kita berekerja mencari rezeki daripada meminta-minta..........Ada satu cerita yang ana belajar semasa darjah 6 ....... ada seorang pemuda yang meminta Rasulullah agar mendoakan dia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah.... Baginda memberikan dia kapak dan tali.... Beliau menyuruh pemuda tersebut mencari rezeki dengan mencari Kayu Api... Sebenarnya Rezeki Allah sudah terpampamng di depan mata....cuma kita perlu sedikit usaha untuk mendapatkannya......Allah itu maha pemberi Rezeki.....Namun begitu jikalau sudah senang....Janganlah pulak melupakan Yang Maha kuasa.......


