25 Disember 2010

Diri Ini

| |
0 Komen




Nama : Ahmad Syakir Bin Norazli
Asal/Tempat Tinggal : Ipoh, Perak
Tarikh Lahir : 02.11.1994
Latar Pendidikan : PASTI Bukit Chandan (1998-2000)
SK Raja Muda Musa (2001)
SK Gelok (2001)
SK Talang (2001-2003)
SK Sungai Wangi (2003-2005)
SK Tasek Dermawan (2005)
SK Tasek Ipoh (2005-2006)
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat,Pulai Chondong, Kelantan (2007-2011)
Maahad AlTarbiah AlIslamiah, Batu 8, Changkat Jering, Perak (2012)
Universiti Al Iman, Sana'a, Yemen (Oktober 2013 -  Januari 2014)
[Course : Maahad Lughah]
Universiti Islam Madinah, KSA ( Februari 2014 hingga kini) 
[Course : Syariah/Islamic Law] 
Cita-cita : Menjadi orang yang bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain.

Ini adalah halaman cerita tentang diri aku. Aku dilahirkan dalam keluarga yang memperjuangkan agama, mengangkat dan memurnikan agama sebagai asas dan motif kehidupan. Ruh dan semangat yang mengalir dalam darah abi dan umi itu mengalir juga dalam diriku. Hasil dari didikan dan dorangan mereka berdua yang mengasuh aku sejak kecil dengan curahan dan semangat untuk menjaga nilai Islam dalam diri, aku jadi jatuh cinta. Jatuh cinta pada agama. Menagih setiap cabang ilmu yang lahir dari agama ini. Dan aku menjumpai pada agama ini mempunyai nilai yang sangat tinggi, Sangat indah. Bermula daripada itu, timbul satu keazaman dalam diri untuk berusaha dan bersungguh sungguh dalam mendalami setiap cabang ilmu. Menagih setiap ayat berkenaan ilmu agama ini. Supaya nanti suatu hari aku bisa berkongsi dengan semua orang, tak kira keluarga sendiri, anak isteri, rakan sebaya sahabat handai, seterusnya seluruh umat islam untuk buat mereka jatuh cinta. Jatuh cinta pada agama sendiri. dan aku tidak akan berhenti..

sehingga tuhan memanggilku pergi, redha dan kasih akan diri ini, dengan usaha dan cita cita aku yang kerdil ini. InsyaAllah~
Read More

22 Disember 2010

Dia tetap ummiku..

| |
3 Komen


tepat jam 11:24, ak telah menyahaktifkan facebook ak(selamat tinggal kengkawan)...gara2 arahan dari ummiku yang mendakwa bahawasanya aku telah terleka dibuai arus "facebook"...
dan, mungkin.bagi korang di sana manimbulkan macam2 pendapat..mgkin mgatakan ummiku mengongkongku..atau ada yang menyokong tindakan ummi....tapi,bgku...ak hanya patuh...walau ia sepahit hempedu..akan ku telan jika ianya dari ummi....ak telah hilang kebebasan untuk memegang handphone, disebabkan ummi...tika darjah 6, saat ak mghadapi UPSR,TV diletakkan di aras atas rumah dan ak telah disekat utk menontonnya....juga kerana ummi...
Biarlah...
Korang mendakwa ummiku xpham persaan hatiku....
Ummiku mengongkongku.....
atau ape2....
mungkin dy rase, itu yang terbaik utk anaknya....teorinya mudah, ibu mna yang x sygkan anak...dy inginkan yang terbaik buatku...dan ak.sbg ank,hanya patuh kpd ibuku...kerana itu ajaran al-quran dan rasul junjunganku...walau kadangkala ianya menyekat,menghiris hatiku...serta xdpt ku terima...dan kadangkala juga, hati ini penuh dgn cemburu bila melihat keakraban kwn2 yg laen bersama ibu mereka.....berkongsi masalah bersama...bermesra2....namun begitu,ummi tetap mmbuat yang terbek utuk kku..dan dy jgalah yang menjaga ku dri kecil.....pun begitu,sekurang2nya,ak masih ader Allah utuk mendengar rintihanku.......yang pasti, aku sayangkan ummiku...
TERIMA KASIH UMMI........AKIR SAYANG UMMI
Read More

17 Disember 2010

As-Syura....amalan yang dilupakan

| |
0 Komen


Sudah lama saya tidak menembusi area posting.hehe.Alhamdulillah, kita semakin menghitung hari dalam meniti arus kehidupan.dan tup tap tup tap, dah masuk tahun baru hijrah.dan saya nak review kan dengan anda tentang satu amalan yang sudah dilupakan oleh masyarakat.
ya, satu amalan yang sudah hanyut dibawa arus kemodenan yang di war-warkan barat.dan mereka berjaya menghanyutkan kita.satu amalan yang nabi amat tuntut kepada ummatnya.Jom tgk Hadis dibawah

Dari Abu Qatadah al-Anshari ra katanya:

”Rasulullah s।a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah).Jawab baginda,"Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu dan yang akan datang".Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa Hari Asyura (10 Muharram).Jawab baginda,"Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".
(Muslim)



So, itu hadis berkenaan dengan fadhilat yang diberitahu junjungan besar Rasulullah.Jadi, kita tengok pulak yang sirah puasa as-syura:

Pada mulanya puasa Assyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Assyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:
قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌنَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Assyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130)
كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَه

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Assyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Assyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125)
عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ
، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ
“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Assyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)

اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ
Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdhal-afdhal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))
سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ
“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharram”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)


Jadi, kalau kita lihat dari hadis di atas, betapa nabi muhammad menuntut akan puasa as-syura ini terhadap ummat2nya...Jadi, lihatlah betapa besarnya fadhilat dan tuntutan yang dianjur oleh rasulullah SAW.Kalau org2 yg bermazhab syiah di Iran sanggup menyiksa diri mereka utuk hari as-syura, mengapa kita sebagai ahli sunnah, x sanggup utk mengamalkan sesuatu yang memang besar fadhilatnya di sisi agama???So, renung2kan dan selamt beramal.........
Read More

3 November 2010

Geleri Sekitar PRK Dun Galas Siri 1

| |
0 Komen
Antara poster yang menarik dipaparkan BN.

TPM singgah dengan Helikopter.

Di Pos Kawalan KESEDAR BN.(xtaw ape dlam lori tue, Pkir2la sendiri)

Perang bendera n poster.

YB Salehuddin menyampaikan ceramah.

Ceramah yang berdekatan.

Pondok Kawalan PAS.

Nie bukan calon bertanding.Jangan tertukar.he.he.

Tok Guru di Masjid Sungai Terah.
Tok Guru sedang menyampaikan tazkirah.


Di antara gambar2 semasa yang sempat dirakam sehingga hari ini (3.11.2010 pkul 4.04pm).InsyaAllah akan menyusul selanjutnya.Untuk gambar yang lain boleh dilihat di Pages laman dakwah. di link berikut:

http://www.facebook.com/pages/-Laman-Dakwah-/164641236895659
Read More

Meng"Galas" beban..

| |
0 Komen
Alhamdulillah.2 hari di galas.walaupuin kurang menyumbangkan tenaga kerja, suasana di sini tetap meriah dan hangat dengan poster2 dan ceramah2 kempen.terdapat juga wakil2 tenaga kerja dari negeri2 yang berdekatan.terima kasih kepada Us. Mohamed B Awang dan anaknya, Mukhlis teman sekampus saya.seronok juga berjalan di tempat orang.macam2 kerenah dan gelagat manusia dapat dilihat di sini. dan yang pastinya, peniaga untung besar di sini.x percaya?trylah berniaga di tempat2 PRK.Gerenti x menyesal.esok, bermulalah proses pembuangan undi bagi dun galas dan parlimen batu sapi. dan tentunya pada saat2 akhir, kedua2 parti tidak mahu mensia2kan peluang ini. saya malas untuk berceloteh panjang.hanya sekadar makluman sahaja. Wassalam.Insha allah saya akan sertakan beberapa keping gambar semasa yang sempat dirakam.selebihnya di pages facebook.
Read More

2 November 2010

Bermain dengan kalau....

| |
0 Komen



Alhamdulillah...bebas sudah menghirup udara segar tanpa kekusutan peperiksaan.dalam duk kalut2 merdeka dari peperiksaan, saya juga "teringin" untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan The Red Warriors yang berjaya menamatkan kemarau penantian.
Nak harapkan pasukan Yob, melepas pulak ler tahun nie. berbisa sungguh kelantan tahun nie.hehe.

saya nak tarik anda bermain dengan kalau.ha, bermain dengan kalau; satu perkataan yang memang
power.jangan tanya saya kenapa ianya power.anda sendiri pun saban hari menggunakannya.kadang2 kita gunakannya untuk menyimpan impian, or memendam rasa atau memasang angan2...jadi, apa kata saya ajak anda bersama menyertai permainan"kalau"..(ade ke nme permainan nie??tp KALAU ade....?!he.he.he)

bagaimana mahu bermula?!sedangkan benda itu sebenarnya sudah menjadi rutin seharian kita tanpa kita sedari.caranya mudah.anda hanya perlu timbulkan persoalan2 yang berkaitan dengan kalau.dan kalau kena pada caranya, memang berkesan untuk anda guna bagi tujuan pembersihan jiwa.berikut saya berikan antara contoh2 bagaimana bermain dengan "kalau" yang saya maksudkan:

1. Kalau kita sanggup berjaga malam keran bola, mengapa tidak kerana tahajjud?!
2. kalau kita sanggup berjam-jam bercakap dengan buah hati melalui telefon, mengapa tidak "bercakap" kepadaNya walaupun sesaat?!
3.Kalau kita sanggup menghabiskan berjuta-juta wang semata2 kerana nama, mengapa tidak kepada jalanNya?!
4. Kalau kita sanggup berpeluh-peluh meredah lautan manusia di shopping mall, mengap tidak meluangkan hanya 5-10 minit untuk solat berjemaah bersama?!
5.kalau kita tidak lenguh2 bersiul dengan lagu2 dari barat, mengapa tidak kita alunkan zikir dan selawat yang ternyata lebih indah dan bermanfaat dari itu?!

....dan banyak lagi "kalau" untuk bermain..mungkin ader sesetengah dari anda yang mempunyai bermacam-macam idea lagi...khulasahnya, marilah sama-sama kita gunakan kalau ini untuk tujuan tazkiyyah..insyaAllah, jika kena pada tempatnya, berkesan.Bukalah mata anada melihat kebesaran dan keagunganNya.....



P/S: (Kalaulah maher zain abag aku...he.he.he.memang xboleh lari kalu dari mulut..)Alhamdulillah,genap 16 tahun umur saya mulai hari ini....ada yang nk sponsor hadiah?!he.he.
Read More

8 Oktober 2010

Exam..menghampiri kegemilangan..InsyaAllah

| |
1 Komen


Setiap detik berlalu.Tidak lama lagi saya akan menghadapi Sijil Menengah Ugama (SMU).Doakan kejayaannya.InsyaAllah.Semoga Allah membuka pintu hati. Dan bercerita tentang penilaian/periksa, terkadang saya terfikir, lulus kah kita menghadapi ujian Allah swt dengan cemerlang setakat ini?!Bagaimana perjalanannya?!Dan bersediakah untuk menghadapi hari"mengambil slip peperiksaaan" kita kelak di hadapan Allah tanpa ragu?! Semoga kita di kalangan orang yang cemerlang hendaknya.


Banyak ragam atau kerenah yang sering dilihat di dalam masyarakat yang tidak tahan dengan ujian ataupun penilaian taqwa yang Allah beri. Sedangkan itu adalah pengukur segala ibadat dan tunduk akur kepadaNya. Sesetengahnya hingga mengambil jalan pintas dengan membunuh diri dan laen2. Jadi, saya tidak mahulah berceloteh panjang.hanya sekadar memenuhi entri sahaja. Akhirul kalam(Connectors untuk insya'), sama2lah kita berdoa agar kita cemerlang ujian di dunia mahupun di akhirat
.Insya Allah.Sama2 kita renungkan ayat Quran di bawah:

" Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Dan sdikit pengisian rohani(hajat nak pergi Konsert dia, tapi terhalang....Xpe, azamku satu hari nanti nak bwak plak dia mai buat konsert lagi...hehehe) Hayati liriknya yang sarat dengan peringatan.:







Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way




P/S: Doakan saya dibuka pintu hati untuk ujian kelak.InsyaAllah Mumtaz dunia dan akhirat bersama anda.Amin!
Read More