Kelompok awan hitam bergerak dengan gahnya mengikut hala tuju
sang angin. Sang Suria yang tadinya megah memancar panahnya kini akur
mengundur diri. Guruh dan petir berlumba-lumba muncul di permukaan
kelompok awan hitam tersebut. Situasi begini biasanya berakhir dengan
hujan.
Suasana di bandraya ipoh masih sibuk dengan berpuluh-puluh
kenderaan dan manusia tanpa menghiraukan cuaca sekitar. Tidak lama
kemudian, awan hitam yang menampung beban sebentar tadi melepaskan
titis-titis gerimis. Kelihatan mereka yang dibuai dengan kesibukan
sebentar tadi terkial-kial meloloskan diri daripada perubahan cuaca yang
drastic sebentar tadi.
Di sebuah warung makan, kelihatan seorang
remaja yang masih leka dengan dunianya sendiri. Langsung tidak
mempedulikan keadaan sekitar. Gerimis senja itu seolah-olah
mengekspresikan jiwanya yang redup dan kosong. Nasi dan sedikit lauk
yang dipesannya hanya dimamah dengan pandangan mata. Langsung tidak
mengusik selera makannya. Dengan beberapa tegukan teh ais, dia terus
membayar bil pesanannya dan beredar. Tanpa menghiraukan gerimis senja
itu, dia memecut motornya meredah hujan yang makin mengganas. Setelah
beberapa minit meredah “samudera kecil”, dia sampai di perkarangan
rumahnya.
“ Daniel, baru balik?” sapa Pak Azim, jiran sebelah rumahnya.
“Urm..”
jawab Putra Daniel hambar lantas bergegas masuk ke rumah meninggalkan
Pak Azim kebingungan. Dia sedikit janggal akan perubahan anak jirannya
itu. Kebiasaannya, Putra Daniel, anak Tuan Nasaruddin, tokoh korporat
yang berjaya ini periang dan senantiasa ceria. Tidak seperti apa yang
dia lihat sebentar tadi.
“Aii, bang, hujan emas ke kat luar tu
samapai awak tercegat lama kat situ..nanti dia demam, kita jugak yang
susah..” sapa Mak Limah sambil berseloroh.
“Ish, awak nih,suka
sangat merepek. Bukannya apa, awak perasan tak, sejak Puan Umairah,
isteri Tuan Nasruddin tue meninggal beberapa bulan yang lalu, budak
Daniel tu makin berubah.” Pak Azim mengutarakan
keraguannya.Perlahan-lahan dia masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa
ruang tamu yang berdekatan.
“Saya dah lama perasan bang. Sejak
abang berkursus di Langkawi tempoh hari. Malahan, perangai Tuan
Nasaruddin tu pon banyak berubah. Agaknyalah, mereka dua orang tu
bergaduh tak? ” Mak Limah membuat andaian.
“ Ish, awak nie, ke
situ pulak dah!Dahla, tak payah duk piker masalah orang lain. Biarkan
mereka cari penyelesaian sendiri” Pak Azim menjawab lantas meninggalkan
Mak Limah sendirian di ruang tamu.
***************
Hujan
yang turun sejak petang tadi belum menunjukkan tanda-tanda untuk
berhenti. Banglo mewah milik Tuan Nasaruddin itu lengang seperti tidak
berpenghuni. Di anjung rumah, Putra Daniel bermonolog sendirian.
Memikirkan nasib dirinya yang diundang tragedi.
Sejak kematian
ibunya beberapa bulan yang lalu akibat barah rahim, dirinya dirasakan
bagai hilang punca hidup. Makan minumnya langsung tidak terurus. Ayahnya
pula seakan tidak menerima caturan tuhan lantas memberontak dengan
caranya yang tersendiri. Kehilangan Puan Umairah dirasakan begitu besar
dalam hidupnya. Tuan Nasaruddin langsung tidak memikirkan soal agama dan
masa depan anaknya dalam membuat keputusan. Juga kerana “kehilangan”
yang dirasakan begitu perit untuk ditelan, dia mangambil alternatif
untuk kenal tempat-tempat yang tidak bermoral. Dia juga tidak jelek dan
loya meneguk botol arak. Kadangkala, kerap juga Putra Daniel melihat
ayahnya itu membawa masuk “anak-anak ayam” ke banglo kediamannya.
“ Ayah kejam!!! ” jerit hatinya. Air matanya mengalir deras mengenangkan nasib sirinya diuji sebegitu rupa.
Sedang
dia melayan perasaannya, muncul kenangan-kenangan manis bersama ibunya.
Hadirnya kenangan tersebut sedikit sebanyak mengubat hatinya yang pilu.
Semakin dikenang, semakin rindu dirinya kepada insan yang bernama ibu.
“
Ibu, kenapa Putra diuji begini?? Kenapa ayah jadi begitu??? Langsung
tak peduli pada Putra?? Kenapa ibu cepat sangat pergi?? Andai ibu masih
ada, mungkin ayah tak jadi begitu….” Putra Daniel meraung melepaskan isi
hatinya.
“ Putra, belajar sungguh-sungguh yer. Ibu nak Putra jadi
orang yang berguna, tabah, cekal, menghadapi dugaan hidup. Jangan mudah
mengalah kalau dilandan ujian hidup. Beranilah untuk hadapi kenyataan. ”
Putra Daniel tersentak. Nasihat terakhir ibunya itu tiba-tiba terlintas
di fikirannya. Ye. Dia sedar, ibunya menginginkan dirinya itu gagah
menghadapi mehnah duniawi.
“ Ibu, Putra akan pegang nasihat ibu! ”
Ikrar dirinya. Entah berapa lama dia bermonolog keseorangan, akhirnya
dirinya hanyut dibuai mimpi…
Lewat malam itu, Tuan Nasaruddin
pulang ke rumahnya bersama perempuan murahan dalam keadaan mabuk. Putra
Daniel terjaga dari tidurnya setelah mendengar bunyi kereta memasuki
perkarangan rumah. Dia tidak mengiraukan tentang itu kerana sudah lali
dengan perangai ayahnya semenjak kematian ibunya. Tapi, dia cukup panas
jika ayahnya membawa pulang perempuan lain. Putra Daniel lantas bergegas
ke kamarnya meninggalkan anjung rumah. Setelah masuk ke kamar, dia
terdengar suara perempuan berselang suara ayahnya bergurau senda.
Terdengar bunyi pintu utama rumah itu ditutup kuat. Suara manja
perempuan itu semakin menjadi-jadi. Kemudian, disusuli dengan bunyi
pintu bilik ayahnya pula ditutup. Putra Daniel yang sudah berada di atas
katilnya itu menatap giginya. Geram. Hampir saja dia menangis, namun,
dia bukanlah selemah itu. Dia mahu menjadi lelaki! Tangannya dikepal
erat-erat. Sakit hatinya kerna kesetiaan ibu dibalas sebegitu rupa oleh
ayah. Dalam perasaan yang bercampur-baur itu, Putra Daniel sekali lagi
hanyut diulit mimpi.
*******************
Jam locengnya
bordering nyaring tepat jam 4.30 pagi. Putra Daniel yang tersedar
bingkas bangun menuju ke bilik air yang berdekatan. Selepas bersiap
membersihkan diri….
BERSAMBUNG
Merawat Masalah Kekeluargaan dan rumahtangga
4 tahun yang lalu
2 Komen:
buang la lagu .. xleh nak fokus baca..hehe
xfeel la kalau xde nasyid tuh! Hahaha
Catat Ulasan
Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D