22 Oktober 2008

Akhlak adalah Buah Keimanan !

| |
Anakanda,
Yakinlah dengan apa yang telah kita pegang sekarang. Inilah jalan yang lurus.Jalan yang dilalui oleh para Nabi ,para rasul ,para aulia yang soleh dan solehah suatu ketika dahulu. Ummi mengambil kesempatan di sini menerobosi laman dakwah mu tanpa ada perancangan.

Sewajarnya anakanda kena ingat jalan yang kita pilih ini bukan sesuatu yang mudah. Sudah menjadi sunnatullah setiap jalan yang dilalui oleh para nabi dan golongan siddiqin akan melalui ranjau,onak dan duri. Sepanjang perjalanan itu sebenarnya penuh dengan dugaan dan ujian. Jika sekiranya sepanjang perjalanan kita di muka bumi ini disukai ramai dan penuh dengan kenikmatan ,Itu bermakna kita tidak lagi berada dalam landasan yang betul.MUHASABAH balik di mana silapnya.

Di kesempatan yang ada ini ummi ingin mengingatkan dirimu bahawa akhlak yang baik itu adalah BUAH kepada KEIMANAN .So jika kita tidak dapat mempamerkan lagi akhlak yang baik dan konsisten dalam kehidupan maka kena cek balik amalan yang telah kita lakukan...Ummi tekankan sangat setiap kali anakanda balik bercuti..soal solat paling penting..Jangan permudahkan. Biarlah ada kekuatan untuk melawan segala runtunan hawa nafsu untuk melawan rasa mengantuk tika azan bakal berkumandang. Itu namanya akhlak kita dengan Tuhan..Perkara inilah yang paling UTAMA ummi nak lihat ada peningkatan.

Anakanda,
Sejak dari dahulu lagi ummi sentiasa mengingatkan dirimu bahawa tanggungjawab yang anakanda pikul adalah berat dan ummi tahu anakanda mampu lakukan. Pada siapa lagi akan tergalas segala tanggungjawab ini kalau bukan anakanda putera tunggal ummi yang bakal mewarisi spesis kemandirian keluarga kita? Oleh itu jangan hampakan harapan ummi dan abi sepanjang kehidupanmu. Jadikan pesanan ummi ini sebagai pemangkin untuk dirimu terus berpegang dengan TALI ALLAH.


Sewajarnya anakanda bersyukur dengan jalan yang ummi dan abi tolong plihkan ini demi memacu keluarga kita menuju ke SYURGA.Jagalah amanah ini dengan sebaik mungkin dan cuba lah lahirkan buah-buah keimanan ini dengan sebanyak mungkin supaya dihujung kehidupan nanti kita sama-sama menikmati KEMANISAN IMAN.

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D