2 November 2010

Bermain dengan kalau....

| |



Alhamdulillah...bebas sudah menghirup udara segar tanpa kekusutan peperiksaan.dalam duk kalut2 merdeka dari peperiksaan, saya juga "teringin" untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan The Red Warriors yang berjaya menamatkan kemarau penantian.
Nak harapkan pasukan Yob, melepas pulak ler tahun nie. berbisa sungguh kelantan tahun nie.hehe.

saya nak tarik anda bermain dengan kalau.ha, bermain dengan kalau; satu perkataan yang memang
power.jangan tanya saya kenapa ianya power.anda sendiri pun saban hari menggunakannya.kadang2 kita gunakannya untuk menyimpan impian, or memendam rasa atau memasang angan2...jadi, apa kata saya ajak anda bersama menyertai permainan"kalau"..(ade ke nme permainan nie??tp KALAU ade....?!he.he.he)

bagaimana mahu bermula?!sedangkan benda itu sebenarnya sudah menjadi rutin seharian kita tanpa kita sedari.caranya mudah.anda hanya perlu timbulkan persoalan2 yang berkaitan dengan kalau.dan kalau kena pada caranya, memang berkesan untuk anda guna bagi tujuan pembersihan jiwa.berikut saya berikan antara contoh2 bagaimana bermain dengan "kalau" yang saya maksudkan:

1. Kalau kita sanggup berjaga malam keran bola, mengapa tidak kerana tahajjud?!
2. kalau kita sanggup berjam-jam bercakap dengan buah hati melalui telefon, mengapa tidak "bercakap" kepadaNya walaupun sesaat?!
3.Kalau kita sanggup menghabiskan berjuta-juta wang semata2 kerana nama, mengapa tidak kepada jalanNya?!
4. Kalau kita sanggup berpeluh-peluh meredah lautan manusia di shopping mall, mengap tidak meluangkan hanya 5-10 minit untuk solat berjemaah bersama?!
5.kalau kita tidak lenguh2 bersiul dengan lagu2 dari barat, mengapa tidak kita alunkan zikir dan selawat yang ternyata lebih indah dan bermanfaat dari itu?!

....dan banyak lagi "kalau" untuk bermain..mungkin ader sesetengah dari anda yang mempunyai bermacam-macam idea lagi...khulasahnya, marilah sama-sama kita gunakan kalau ini untuk tujuan tazkiyyah..insyaAllah, jika kena pada tempatnya, berkesan.Bukalah mata anada melihat kebesaran dan keagunganNya.....



P/S: (Kalaulah maher zain abag aku...he.he.he.memang xboleh lari kalu dari mulut..)Alhamdulillah,genap 16 tahun umur saya mulai hari ini....ada yang nk sponsor hadiah?!he.he.

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D