6 November 2008

Lawatan Daripada Bumi Anbiya'

| |

Pada 14 september yang lalu(maaf ana terlupa nak tulis) bersamaan 14 Ramadhan 1429 hijrah pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat(MTAQ) telah menerima kunjungan daripada dua orang syeikh Mesir iaitu Syiekh Rejab Al-Fayumi dan Syeikh Syiekh Abdur Rahman Mu’nis. Mereka tiba di perkarangan MTAQ pada pukul 10 pagi. Merka berdua disambut dengan baik sekali oleh tenaga-tenaga pengajar MTAQ termasuk Mudir sendiri.
Asalnya mereka datang untuk mengajar guru-guru tentang makharaj huruf. Apibila sudah selesai mengajar, beliau dijemput oleh mudir MTAQ iaitu Muhammad Mansor Bin Daud. Untuk bersolat Zohor dan mengalunkan Ayat-ayat suci Al-Quran.
Mereka bersolat Zohor di Masjid Keputeraan MTAQ bersam-sama dengan pelajar tahfiz. Selepas itu majlis dipengerusikan oleh Syiekh Abdel Muhaimin Sayyed Ali Abdel Maged iaitu guru khas Bahasa Arab di MTAQ. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Syiekh Rejab Al-Fayumi. Bacaannya yang lunak berserta tajwidnya yang kemas membuatkan para pelajar dan ustaz terpegun seketika. Kemudian beliau menerangkan sedikit-sebanyak tentang ilmu Al-Quran.
Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Syiekh Abdur Rahman Mu’nis. Ana diberitahu oleh Mudir Mansor bahawa beliau adalah cucu Said Hawwa, Ulama’ Mesir. Bacaan doanya yang sayu membuatkan hati-hati kami sebak.
Ana terlihat manik-manik jernih yang keluar melalui mata Syiekh Rejab dan Syiekh Abdel Muhaimin.Majlis berakhir pada pukul 2.30 petang.....

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D