10 November 2012

Untuk kesekian kalinya.

| |
Alhamdulillah.!

Masih diberi peluang untuk menaip tinta bisu ini. Kali ini dan saat ini, saat jari ini menari-nari menyusun kalam, aku sendiri masih belum pasti untuk apa entri ini diterbitkan. Aku sendiri kurang pasti bicara apa yang akan ku lantunkan untuk perkongsian. Tapi yang pasti jiwa ini melonjak-lonjak untuk meninggalkan sebarang catatan di laman ini.



Untuk kesekian kalinya, aku ingin memberitahu anda SATU rahsia. Rahsia yang sememangnya korang sendiri tak pernah tahu dan sedar.

Nak tahu?

ANDA dan SAYA adalah orang yang JAHAT di atas muka bumi ini.

Kenapa?Tak percaya?

Tak Mahu mengaku?

Ok. Simpan dulu persepsi masing-masing. Biar aku tunjukkan beberapa situasi di mana anda merasakan diri anda BAIK. Bukan seperti yang didakwa.

Kemudian, nilailah sendiri BAIK atau JAHAT sikap anda nilailah sendiri.

Just read and think about it.

#Situasi 1
Saat anda, bangun dari tidur, ringankah mulut Anda mengucapkan syukur pada Sang Pemberi Nyawa yang menghidupkan kita kembali? Pernahkah terdetik di hati dan terfikir bagaimana akibat mereka
yang tidur tanpa mampu untuk bangkit semula?

#Situasi 2
Saat anda makan, mampu mengunyah dan menelan hidangan dengan lazat tanpa sebarang halangan dan kesusahan, pernahkah bibir itu mengucapkan Syukur pada Si Pemberi Rezeki? Tidakkah ada di dunia ini di mana mereka yang tidak mampu menikmati kelazatan hidangan di dunia bahkan ada juga yang tidak mampu untuk mencicip sebarang makanan pon dalam sehari?

#Situasi 3
Situasi ini aku jamin hampir semua dari anda mengalaminya. Saat anda keluar dari tandas, mampu buang air kecil dan buang air besar tanpa sebarang masalah pernahkah kita terfikir, di mana ada sahaja mereka yang menjerit menangis terseksa di hospital akibat sakit tidak mampu membuang air kecil mahupun air besar. Bahkan sehingga terpaksa menggunakan bantuan wayar tambahan??Pernahkah lafaz syukur itu meniti di bibir kita?

#Situasi 4
Saat seorang bapa menyambut kelahiran anaknya, pernahkah dahinya sujud menyembah Yang Esa tanda syukur?Walhal nikmat seorang anak bukan semua insan di dunia ini dapat mengecepinya. Antara nikmat yang paling besar yang dijanji olehNya. .Pernahkah?

Banyak lagi situasi-situasi yang boleh aku sorotkan di sini. Fikirlah sendiri. Layak sangat kah anda masuk Syurga Allah dengan sebegini rupa? Layakkah anda mendapat Bidadari Syurga? Segala nikmat di sana? Bahkan mahukah Allah memandang kita kelak di akhirat kelak saat kita tak mahu bersyukur?

BAIK lagikah kita dengan keadaan sedemikan?

Fikirlah.


Kita ini sudah banyak berlaku JAHAT padaNYA. Seharusnya kita memohon belas kasihnya di saat kita tak mampu untuk membalas beribu-ribu nikmat yang Dia sediakan. Bagaimana mungkin kita untuk ke Syurga tanpa rasa syukur di hati?

Untuk kesekian kalinya, aku mengajak anda bersyukur.


Untuk apa?

Fikirlah sendiri.

=)

SYA
1020 PM


10 NOV 2012


0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D