3 November 2012

Kembali memetik.

| |

Salam Rahmat untuk anda,
Alhamdulillah, hari ini, 3 November 2012. Memang agak lama meninggalkan ruang blogger ini. Memang itulah yang akan terpacul di setiap awal kalam ini bila setiap kali aku ber entri. Entahlah. Terasa berat benar untuk memetik picu-picu keyboard ini. Mungkin kerana populariti Blogger jatuh menjunam ditelan arus fenomena FB dan Twitter yang semakin rancak menjadi tempat pengganti bagi Blogger. Dan aku turut sama menyertai keghairahan tersebut. hehe.


Bila tengok-tengok kembali blogger pusaka yang telah lama aku tinggal ni, amboiiii! Entri terakhir aku jatuh pada 19 MAC 2012.Makna dekat 9 bulan dah aku tak aktif berblogging. Kalau baby, 9 bulan sudah cukup untuknya berjalan. Sekiranya ingin aku senaraikan sebab-sebab aku jarang nk post entri selama 9 bulan tuh, memang panjang berjela la entri ni. Yang di luar sana pastinya malas nak jengah-jengah ke entri ni bila dah nampak panjang. Langsung makin jatuh ranking popularity blog aku ni. haha. Sememangnya manusia dicipta hidup bersandarkan alasan, bukan?

Kenapa Alasan?

Secara kajian saintifik dan psikologinya(menurut kajian aku), manusia dilahirkan di dunia ini diasuh dengan dan dididik supaya menjalani hidup dengan alasan. Setuju tak? Di sini, aku berikan beberapa contoh. Contoh, sewaktu di usia masih kecil, jika seseorang Ibu ingin melarang anaknya ke sesuatu tempat, atau nak anaknya duduk diam, maka, antara amaran ibunya,

"Mat, pergilah dapur tuh, kang ad langsuir tegur" 
"Peah, duk diam-diam, kang pontianak sergah kang. padan muka" 

Nampak tak?


Jadi, bila dah besar, dan bila budak itu mula melangkah meniti alam persekolahan rendah, menengah dan hingga ke Universiti, diajar pula Ilmu Sains. Yang taraf sekolah rendah, mereka diajarlah bila air jadi ais sebabnya begini. Bila ais tu cair, sebab nya begini begitu. Taraf sekolah menengah pula diajar, bila air itu ada sebutan-sebutan saintifik dan ada teori-teori tersendiri sebabnya kisah ahli sains yang menemukan teori sekian sekian. Dan di peringkat Universiti nya. di ajar cara Universiti lah.(aku tak boleh komen sangat sebab belum masuk U, hehe).

Jelas?

Aku tak nak lah berceloteh panjang bercerita pasal alasan semata-mata. Sebenarnya banyak lagi perkara yang aku nak zahirkan. Tapi untuk kali ini, aku rasa cukup sampai di sini dulu. Cerita lain, InsyaAllah bakal aku kongsikan dalam entri-entri lain pula. Bersiap sedialah Dunia Bloggers sekelian. Bloggers ini akan kembali! hehe. Disebabkan masa yang banyak terluang dan cuti yang dibekalkan agak panjang, maka aku rasakan inilah masa yang sesuai nak warnakan balik blog aku yang kian tenggelam. InsyaAllah.



Khulasah mengenai alasan tadi, sememangnya kita ini dari kecik sampai lah besar, bahkan sampai tua diajar supaya hidup beralasan.

Alasan!. Alasan!. Alasan!. 

Satu lagi simile yang aku nak bagi sebagai contoh, bila seorang guru itu mahu menghukum muridnya yang gagal menyiapkan kerja sekolah dengan sebab, pastinya yang keluar pada mulut guru ialah, "Alasan semata-mata" Haha. Nampak tak? Guru memberi alasan untuk menghukum murid dengan 'alasan'.

=)

SYA
1114
03 NOV 2012

1 Komen:

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D