20 Mac 2012

Rindu~..

| |
Salam Ukhuwwah!


Ah! Lama sudah rasanya jari ini memetik picu-picu papan kekunci ini.Lantas kamar maya ini menjadi sepi buat beberapa ketika. Sehinggakan ranking search blog ini jatuh dari Google..(_ _")..Fuu~..Terima kasih buat sahabat-sahabat yang selalu bertanya khabar berita mengenai laman ini. Syukur dipanjatkan, waktu ini, segala urusan yang tertangguh sudah berjaya diselesaikan. Gersangnya jari dari mencoret sebarang warkah di sini disebabkan kerja-kerja yang tertangguh di kala SPM tahun lalu.Lantas segera diselesaikan pada awal tahun ini. Jam kini tepat menunjukkan 1:10am.Dan saat ini juga, seramai 468808 orang (Sumber KPM) di seluruh Malaysia berpeluh dingin dan menanti saat penuh debaran yang hanya kini tinggal beberapa jam sahaja lagi. Bermacam-macam ragam dapat dilihat dalam Facebook. Masing - masing menukilkan kerenah tersendiri dalam status profil bagi menzahirkan debaran mereka. Mudah-mudahan kita dikurniakan kekuatan dan ketenangan dalam menerima apa sahaja keputusan yang ditakdirkan. Apapun, esok InsyaAllah saya akan berangkat ke Kelantan. Aduhai! Rasa rindu yang mengalir dalam diri ini pada bumi Serambi Mekah ini bakal terubat. Setiap detik dan saat tak pernah lekang diri ini kepada bumi tadahan Ilmu itu. Sarat dengan memori bersama sahabat-sahabat. Ah!Rindu!Terlalu Rindu!Rasanya kalau dibandingkan rindu saya dengan rindu Amir(V&C) kepada Zara(V&C) (Juz dgr org bercerita..xprnh tgk pon..==")..Sah!Kalah rindu Amir!he.he.he.

Kenapa terlalu rindu?

Kerana timbul rindu itu apabila berjauhan.Dan kini, saya berjauhan dengan bumi Kelantan. Awal Februari lalu, saya sah didaftarkan sebagai pelajar di kampus SABK Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah, Batu 8, Changkat Jering. Dan kerana perbezaan suasana, maka bibit rindu pun terbit. Timbul pula kesal dalam diri mengenangkan "nasihat" dari sahabat-sahabat pada hari-hari terakhir di MTAQ..

"Sya, mung toksoh tubek(keluar) sekoloh nih la..Bilo mung tubek, menyesal tok sudah. Bilo kito tok duduk dale suasana AlQuran, koho(makin) payoh mung nok jago Quran!"

Ah!Baru terasa akan kebenarannya! Ya Allah!Engkau menjadi saksi bahawa aku sangat rindukan tanah tempat ku menadah ilmu itu!Di situlah tempatku mencipta kenangan bersama rakan-rakan!Di Situlah tempatku mengenal CINTA kepada ilmu!

Dan esok, segala rindu itu bakal terubat.. :'3
P/S : Buat semua calon SPM 2011, Selamat mengambil result SPM!! Barakallahufikum! Mohon doanya!(^_^) tak lupa jutaan terima kasih kepada Miss AuraFyRah sebab tolong modify sikit blog nih..!Nanti boleh belanja minum nih..Kalau anda rasakan modified yang dilakukan terbaik dan anda teringin di"modified" jugak, bolehla contact beliau terus dengan bayaran..hehe...Lailan Said!

SYA
0149
20 MAC 11

1 Komen:

Hye .Assalamu'alaikum :) Mrah sy lg eahh ??Soooriiii... Hehee.. Hm,dh la. Mls nk pk bnyk. nih amek blog sy. mutahirah.blogspot.com ..tgoklaa PUASSS2! Wekk >,< Okayy, slm^^

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D