4 Jun 2019

Makna Aidilfitri Pada Rasa Syukur Seorang Hamba

| |


Saat ini, tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Ramadhan tahun ini meninggalkan kita. Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum kita menyambut dan merayakan Aidilfitri bagi tahun ini. Apa Ramadhan kita kali ini memberi nafas dan erti baru dalam hidup kita? Adakah Ramadhan yang kita lalui kali ini lebih bermakna dari Ramadhan yang sebelumnya? Koreksilah diri dan simpannya sebagai pedoman di masa yang mendatang.

Erti puasa pada keampunan tuhan dan ketaqwaan seorang hamba kepada Tuhannya. Jika kedua ini dicapai sepanjang Ramadhannya, maka berjayalah dia mencapai hikmah di sebalik puasa dan ramadhannya. Mudah mudahan kita tidak tergolong di kalangan mereka yang nabi doakan kecelakaan, iaitu mereka yang berkesempatan bertemu ramadhan namun tidak diampunkan dosanya oleh Allah. Tidak dibebaskan namanya dari senarai ahli neraka. Nauzubillah!

Namun sebahagian umat islam harini selalu keliru, setelah ramadhan, apa? Andai kata jika sudah berjaya meningkatkan amalan dan ibadah lebih daripada ramadhan yang lalu, berjaya istiqamah membaca alquran, bersedekah, dan bermacam macam amal soleh yang berjaya dilazimi dan ditingkatkan sepanjang peluang untuk ramadhan yang kali ini, apa pula hal keadaan sesudah ramadhan? Memadaikah dengan amalan di bulan ramadhan sahaja? 


Apakah ertinya menyambut Aidilfitri pula? Bagaimanakah penghayatan Aidilfitri dan kaitannya dengan segala amal ibadah kita di bulan ramadhan? Untuk menjawab persoalan dan kekeliruan ini, saya mulakan dengan satu hadith yang diceritakan oleh Aisyah RA.  

Pernah suatu hari, ummul mukminin,  Aisyah RA menegur Baginda Nabi SAW tatkala melihat baginda SAW solat hingga bengkak bengkak kakinya. 

Ya Rasulullah. Perlukah kamu bersolat sebegini teruk walhal engkau telah diampunkan oleh Allah sama ada dosa yang telah lalu atau yang akan datang?

Lalu baginda SAW menjawab,

Tidak bolehkah aku mahu menjadi seorang hamba yang bersyukur? 

(Riwayat Muslim)


Allahuakbar. Lihat bagaimana hamba Allah yang dosanya telah dan akan datang diampunkan namun baginda sedikitpun tidak berkira malahan ibadahnya bertambah hebat dan gigih sehingga bengkak bengkak kakinya.

Dalam satu kisah lain, diceritakan juga, pada hari akhirat, ahli syurga yang dimasukkan ke dalam Syurga kelak, ketika mana ahli ahli syurga melihat nikmat dan kelebihan yang telah Allah sediakan untuk mereka kelak, mereka sujud dan memuji muji Allah tanpa henti. Sedangkan pada waktu itu sudah terangkat taklifan mereka untuk sujud dan beribadat kepada Allah.

Daripada dua situasi ini, bolehlah kita simpulkan satu kesimpulan. Mukmin sejati itu sifatnya bersyukur. Semakin diangkat darjat mereka, semakin diampun Allah semakin mereka sujud menyembah Tuhan mereka bersyukur dengan kurnia dan limpahNya. Semakin mereka dekat dengan Allah, semakin mereka mencari lantai bumi untuk sujud mahu bersyukur kepada Allah.


Lalu, marilah kita sambut Aidilfitri kali ini dengan penuh kesyukuran. Janji ampunan Allah setelah sebulan di bulan ramadhan bukanlah alasan untuk kita bersenang senang dan mula kembali bermalas malasan setelah ramadhan. Sesudah gigih mempertingkatkan ibadat, memburu keampunan sebulan, zahirkan kesyukuran kita kepada Allah SWT dengan terus mengekalkan apa yang sudah dipertingkatkan. Gigih saban hari memperbaiki ibadat dan amal soleh kita.

Sampai bila? Allah sebut,


Ùˆَاعْبُدْ رَبَّÙƒَ Ø­َتَّÙ‰ٰ ÙŠَØ£ْتِÙŠَÙƒَ الْÙŠَÙ‚ِينُ

“Dan sembahlah Rabbmu sampai datang Kematian kepadamu.” 
(al-Hijr [15]: 99)

Sambutlah Aidilfitri seperti yang Allah redhai. Aidilfitri adalah perayan kesyukuran. Sesudah sebulan Allah bagi kesempatan beribadah di bulan yang berlipat ganda amalan, sesudah sebulan berperang dengan nafsu, maka Allah jadikan di penghujungnya perayaan kerana berjayanya kita berperang melawan nafsu, menahan makan tidur dan syahwat. Maka marilah kita teladani sifat mukmin yang sejati, semakin diangkat darjat semakin kita bersyukur berterima kasih kepada Robbul 'Alamin. 

Ingat, Aidilfitri adalah bulan bebasnya kita dari berpuasa. Bukan bebasnya kita dari agama dan segala hukum hakam agama. Maka jagalah diri di Aidilfitri kali ini dari mencemarkan kesucian diri yang sudah kembali kepada fitrah itu dengan sebarang dosa dan perlanggaran batas dan hukum hakam, jagalah diri dari sambutan yang melekakan dan melalaikan diri kita menjauhkan kita dari Allah SWT.


Alangkah ruginya kita susudah kita letih penat menyemai taqwa, membajak dan menjaga ladang ibadah ini selama sebulan kita cemarkan dengan maksiat dan dosa pada hari pertama di bulan Syawal. Sengaja mendedahkan 'ladang' kita itu kepada haiwan perosak 'dosa' sehingga boleh merosakkan seluruh tanaman dan semaian ladang ibadah kita. Sia sia sahaja penat dan lelah kita selama sebulan ini. Wal'iyazubillah.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! 

Sambutlah kedatangan syawal dengan memperbanyakkan takbir membesarkan Allah bermula malam ini. Begitulah petunjuk Allah buat orang mukmin menyambut dan merayakan diri mereka setelah sebulan melawan nafsu. Firman Allah,

(ÙŠُرِيدُ اللَّÙ‡ُ بِÙƒُÙ…ُ الْÙŠُسْرَ ÙˆَÙ„َا ÙŠُرِيدُ بِÙƒُÙ…ُ الْعُسْرَ ÙˆَÙ„ِتُÙƒْÙ…ِÙ„ُوا الْعِدَّØ©َ ÙˆَÙ„ِتُÙƒَبِّرُوا اللَّÙ‡َ عَÙ„َÙ‰ٰ Ù…َا Ù‡َدَاكُÙ…ْ ÙˆَÙ„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَØ´ْÙƒُرُونَ (١٨٥
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya (sesudah Ramadhan), dan supaya kamu bersyukur.

Al Baqarah : 128 


Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh makna kesyukuran di atas hidayah Allah ke atas kita. Mengembalikan diri kita kepada fitrah dan menjadi permulaan untuk kita bersiap supaya nanti mati juga di dalam keadaan fitrah. Persis bayi yang baru lahir, suci tiada noda dan dosa. Allahumma aamiin!


Salam Aidilfitri.

SYA
0434 PM
Kampung Tasek

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D