14 Mei 2018

Comeback!

| |

Assalamualaikum semua.

Whoopsie. 
Agak lama juga aku menyepi dari menulis sebarang catatan di sini. Kali terakhir tulisan aku menjengah ke laman usang ini ialah pada 17 Februari 2016. DUA TAHUN LEPAS WOI!


Aduhai.

Apapun, sebelum terlupa, pertamanya aku bersyukur ke hadrat Allah, kerana dia berikan semangat dan ruang untuk kembali menulis sedikit catatan seperti ini di waktu ini. Alhamdulillah.

Sepanjang dua tahun itulah, banyak benda yang berlaku dalam hidup aku mahupun hidup orang lain di sekeliling aku hingga ke hari ini. Banyak benda ingin aku tuliskan di sini.

Aku sendiri kurang pasti sekiranya ditanya kenapa agak lama aku tidak menulis di sini. Entahlah. Barangkali benarlah kata orang orang lama bahawa kehidupan di universiti ini is too much to catch up. Terlalu banyak sampaikan terlalu penat sehinggakan masa lapang yang boleh dicuri untuk aktiviti menulis di sini aku gunakan untuk berehat (baca : tidur). HAHA

atau barangkali Blogger bukanlah medan yang relavan untuk aku menulis kerana zaman media sosial yang pesat berkicau seperti facebook dan twitter sekarang ni siapalah yang masih peduli untuk blog visit blog blog yang ada sekarang ni. jadi, barangkali aku merasakan apa faedah aku menulis sekiranya aku tahu tulisan aku tidak dibaca lagi?

atau mungkin faktor faktor lain yang mungkin aku sendiri kurang peka dan sedar? 

Entahlah. Aku sendiri tak mampu beri sebab jelas dengan persoalan tersebut. Mungkin kurang cakna dan tak berapa penting untuk diberi perhatian.

Sepanjang 24 tahun hidup sehingga saat aku menulis catatan ini, amat banyak perkara yang aku belajar tentang hidup. dan aku rasa agak baik juga aku coretkan dan terjemahkan dalam bentuk tulisan di sini. dari sini timbullah soalan yang baru.

Kenapa tiba tiba aku mendapat cetusan dan semangat untuk menulis di sini kembali? Inilah benda yang aku nak ceritakan pada posting kali ini.

Semuanya bermula bila aku keluar sahaja dari dewan peperiksaan kertas akhir untuk sem ini yang aku hanya tinggal satu tahun sahaja lagi untuk bentuk diri aku. jadi aku tak rasa sepanjang hidup aku yang 24 tahun ni aku dah capai apa apa pencapaian dalam hidup. langsung tiada!

Jadi aku rasa untuk tahun akhir aku di sini aku perlu mulakan sesuatu. apa apa gerak kerja ke arah untuk membina balik diri aku ke arah satu pencapaian yang aku boleh capai sebelum aku masuk fasa hidup yang seterusnya. Walaupun agak terlambat tapi dari langsung tak berbuat apa apa baik kita buat sesuatu kan?

Semalam, aku ada terbaca satu kongsian dari laman facebook menceritakan bagaimana Tun M, yang baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri selepas PRU baru baru ini, pernah berpesan supaya anak muda rajin menulis dan membaca kerana kedua ini mengasah dan menajamkan minda.

Terinspirasi dengan saranan tersebut, aku rasa mungkin inilah antara gerak kerja yang aku perlu mulakan untuk aku capai sesuatu dalam hidup. Ya. Mula dengan benda benda yang kecil. Benda benda yang berkait dengan diri aku. Pembinaan dan kekuatan sendiri dengan mula untuk menulis kembali dan dalam masa yang sama cuba untuk gilap kembali tabiat membaca yang telah lama berkarat ditinggalkan.

Sebelum menghadap dunia dan medan sebenar di luar sana, sebelum menghadap cabaran yang lebih besar, arus yang lebih kencang, kekuatan harus dibina mulai sekarang. Terlewat sedikit bukan satu alasan daripada langsung berdiam diri dan terus hanyut bukan?

Cukuplah di sini dahulu cerita aku. Lain lain cerita aku tulis lagi nanti. Terima kasih sudi membaca.

SYA
1847
alMadinah alMunawwarah, KSA

0 Komen:

Catat Ulasan

Nak komen?Ada kemusykilan? Nak beri pandangan? Silakan. Will hit you back!
:D